Random

Friday, April 23, 2010

Tak berapa nak ada mood. Tak tau pasal ape. Maybe sebab this whole week rasa sikit penat. Penat kat opis and rumah. Rutin harian dah x teratur. Tapi kira macam ok sikit la dari dok buat benda yang sama hari-hari.

Dulu time belum ada anak, aku agak rajin gak memasak. Tambah lagi time pregnant. Sebab rajin memasak time pregnant : opis aku 4-tingkat, x larat nak turun naik banyak kali. So nak tidak, kena memasak. Sekarang? hahahah.. kalo x sempat - malas! tu je la alasan aku. But luckily en.hubby saya agak ringan tulang. Menolong itu ini, dan memasak juga. Tapi yang menyampah, bile kite ajar masak sekali, the next time dia masak, muka gila berlagak. Memula dulu, en.hubby cuma reti masak nasi goreng pakai perencah instant. Tapi sekang sudah maju sikit. Sebab sang isteri dok bebel x suka makan nasi goreng masak pakai perencah. Hahahahah.. Trimas ya en.hubby kerana menahan karenah bini yang senantiasa emo dan kadangkala agak saiko!

Ha'ah. Masuk this week, dah dekat 3 weeks Damia asyik batuk-batuk. Bila refer klinik x kira la private/gomen, both cakap benda biasa. Unless kalau demam, baru bawak pegi klinik lagi. Aku bukan ape, agak risau jugak bila dengar Damia dok batuk-batuk. Apa yang boleh mama buat ye sayang. Opismate pon cakap batuk-batuk tu benda biasa. Biasa ke? Xpela, aku tgk end of this week macam mana, kalau still batuk lagi, aku nak bawak g specialist.

Lagi satu hal. Pasal keje. Aiseh..kalau cakap pasal keje memang leh naik syeh. Mane taknye, keje belambak (abih tu yang ko pegi berblogging, berFB tu apesal?) heheheh.. Kalau boleh nak cari kerja kat area Perak, tapi susah betul nak dapat (dah ko mintak gaji 5k sape nak amik keje?). Kalau boleh nak settle down kat Perak je (umur baru nak masuk 30. dah pikir settle down. Poyo betol bunyinye).

Merepek. Apesal aku banyak merepek. Tu la, dulu duk kutuk kakak aku suka merepek. Aku pon same da.

2 comments:

~ini an~ said...

bukan kadangkala agak saiko...mmg sentiasa saiko lebih tepat hahaha

Puteri Ogy said...

hahahhahha..tp saiko aku leh dikawal lg an..

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets