Pilihan..

Tuesday, March 27, 2012 · 2 comments

Career atau keluarga..
Berbelah bagi btol aku rs sekarang..

Actually ceritanya macam ni..Ewahhh.. skema pulak aku rasa..
Actually (again) aku ni sedang dalam proses mencari peluan kerja baru.. Since dalam pantang lagi aku dah start mencari lobang-lobang kerja.. So, semenjak dua menjak ni adela 2-3 company yang call for job interview. And ada yang aku pegi, ada yang aku tolak. Yang aku tolak tu sebab location sgt jauh dari rumah.. Ambik kira jammed n lain-lain factor, so aku tolak la kan..

So, semalam aku ada pegi 1 interview and luckily aku dapat position tu. Aku memang aim company tu sebab x berapa jauh dari rumah.. Memang best jugak la bila dah dapat cos offer memang quite ok.. Gaji pon better dr company sekarang.. And tengok environment pon so much better than company sekarang. Best.. best.. best..

Tapi! Ade tapi ok.. Kalau aku accept that job offer.. Aku kene buat pilihan.. To be a career woman atau pun family. Sebab the boss (orang yg interview aku tu la) seems to be very fussy on banyak benda. It's ok kalo pasal workload kerja tu tp when it comes to family, selama ni aku always letak my family beyond everything. Tapi semalam the boss dah warned siap-siap, cuti memang susah dia nak bagi.. Kalau anak sakit ke apa.. kena pandai-pandai arrange. Dia x nak dengar kalo kata kita ni mintak cuti sbb nak jaga anak sakit. Adehhhhh.. itula yang paling aku susah hati sebab aku ni jenis kalo anak sakit, aku x pecaya kat orang lain nak jaga.. Selalunya aku memang akan apply cuti untuk jaga anak sakit.

Macam sekarang company yang aku keja ni company kecik-kecik aje. So far, whatever keja related to tender @ project ke, aku biasa directly report to Director. Bos aku pon selalu ada kat ofis, so whatever decision memang dibuat dengan tuntas la. Xde makna nak kena tunggu orang tu ke orang ni untuk buat decision. Selama aku keja sini, xpernah la aku stay kat ofis sampai midnite. Worst case pon smpai pukul 10pm je. Bawak balik keja opis ke rumah memang dah selalu la kan. Nama pon QS.. keja memang x habih-habih. Tapi, this company punya style memang best la.. Nak tentukan profit margin pon kena tunggu last minit. Aku faham keje Qs rata2 mmg mcm tu..tp tu la..susahh.. susah nk buat keputusan..

Adehh...entri ni mkn 3 Ari kot nak siap but still aku x dpt buat keputusan..hati bilang nak..tp akal kata jangan Ogy jangan!!!!

CIMB : lu bikin gua panasss

Monday, March 12, 2012 · 0 comments

Ehhhh...

aku memang hangin satu badan hari ni.. Since pagi aku try call cimb customer line, but until now diorang semua dok busy.. Agak-agak la... Ingat aku call saja suka-suka ke? Aku ni nak claim balik 50 hengget aku yang lost ntah ke mana.

Actually last week aku ada buat transaction via cimb clicks untuk reload aku nye hengpong. Ye.. saya pakai prepaid je uolsss... X mampu nak meng'postpaid' bagai nih.. Tapi tu la.. ana tunggu punya tunggu sampai ini ari, itu 50 hengget kredit tadak muncul-muncul. Asal cek balance je gerenti rm 2.92. Eh.. hangin btol..

Jap lagi aku nak try lg.. Biar berasap sekalipon telefon ofis ni aku fedulik hape. Ini semua karna RM50 ku.. hak3

Edisi 2012 - Siri 1

Saturday, February 25, 2012 · 0 comments

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...

gituuu...

Lame kot x update blog.. Kalo dulu-dulu, org tua cakap kalau rumah kita tinggalkan lama-lama x berpenghuni gerenti ada 'benda' yang akan menumpang. Ni mujur la blog..kot x.. meriah..

Alhamdulillah..aku dah pon selamat melahirkan anak yang ke-2 pada 1 Disember 2011. Anak lelaki seberat 3.76kg. Believe it or not.. aku sendiri macam x percaya kot yang 2nd baby ni membesar bagai johan (dah mak baby pon kejenye mentekedarah siang malam). Proses melahirkan pon biasa je, cuma kali ni perit sikit sebab duduk dalam labour room sikit punya lama coz masa yang diambik untuk 'menjahit' lebih lama dari masa 'meneran'. Ok, dah rasa seriau balik.

Tutup cerita bersalin.

Muhammad Aiman Danial. Itulah nama untuk anakanda yang ke-2 ni. Ecehhhh.. Aiman maksudnya yang berkat @ bertuah, Danial pula nama Nabi Allah S.W.T. Masa mula-mula orang dengar nama Aiman, ramai juga yang pertikai, kenapa lebih panjang dari nama babanye? Sebab kata orang tua (orang tua lagik..ape yg muda x reti nak berkata-kata dah ke?) kalau nama anak lebih panjang dari nama bapak, nanti esok-esok anak tu degil. Wallahualam.. Mintak simpang la hendaknya...

Ok..cukup setakat ni dulu untuk pembukaan 2012.. hihiih.. sek sok x pon lusa kot aku rajin adelah cite lain hendaknya...

Friday, November 4, 2011 · 0 comments

Uiii.. rasa lama gila x berhapdet ini blog.. Berbulan-bulan oih.. ntah mana punya malas la yang dah tersangkut kat aku sampaikan liat sangat nak menghapdet. Padahal banyak je kot cerita-cerita yang nak aku bebelkan.. Gossip-gossip yang nak diumpatkan (oi..x baik mengumpat!!).. Hal-hal yang nak dikepochikan..


Ok la..


Seiring dengan semangat serta tahap kerajinan yang begitu membuak-buak..mehla aku merepek barang sepatah dua.. Oh ye.. merepek pasal pregnancy la.. Senahohohoho


Sekang aku dah 35 weeks pregnant. Alhamdulillah, setakat ni takde la lagi apa-apa masalah yang kronik unless bleeding masa awal-awal pregnant hari tu. Maybe masa tu aku dok buat kerja-kerja berat kot.. Tapi lepas-lepas tu ok je...sampailah ke hari ni..


Sepanjang 2nd pregancy ni aku takde pun mengidam yang pelik-pelik. Selamat poket encik hubby.. Tapi aku rasa masa pregnantkan Damia pon aku takde nak idam-idam ni. Cuma cepat terliur kalau tengok orang makan apa-apa la.. Hehehhe.. Lepas tu cepat-cepat jugak la aku paksa encik hubby gi belikan.


So far, barang-barang baby pon semua dah standby dan dah selamat masukkan dalam kereta pon just in case kot-kot aku nak terberanak awal macam kes Damia hari tu. Kot x standby awal-awal, ada pulak yang dok hangkut dua tiga beg masuk hospital. Hahahha.. serius lawak gila kot aku ingat balik time bersalinkan Damia. Memang tak standby apa-apa barang, tup-tup nak terberanak. Encik hubby p angkut segala barang-barang macam nak suruh aku berkampung terus kat hospital. Aku rasa, mesti nurse-nurse kat Hospital Sungai Buloh tu pakat gelakkan aku. Mau tak, ade ke patut set pantang bersalin aku pon dia hangkut sekali bawak p hospital. Adehaiii...


Harap-harap bersalin kali ni takde masalah.. Insyaallah..

Kisah Di Neraka

Friday, September 30, 2011 · 0 comments

Post ni aku copy paste dari blog cik chelsea. Sharing is caring plus peringatan untuk diri sendiri juga..

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿


( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

P/S : berpesan-pesanlah walaupun sepotong ayat...

Day 1 - My favourite song

Wednesday, June 22, 2011 · 0 comments



Meantime, aku suka sangat dengar lagu ni.. ye laaa... orang nak feeling2 jadik billionaire (tak agak2 nak billionaire terus).


Eh.. x sangka.. day 1 challenge telah berjaya kulaksanakan...

Do it or not doing it??

Tuesday, June 14, 2011 · 4 comments

Aku rasa blog ni semakin kusam setiap hari.. Mana taknya, aku just masuk blog sendiri pon untuk cek updates bloggers yang ada dalam blog list aku je.. Nama nak update.. ya ampun.. aku malas seh.. Capek bangat!! Ntah apa yang capek sangat tak tau la..

So.. aku nak try challenge diri aku untuk :

30 days blogging challenge:

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – How important you think education is?
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – Your views on drugs and alcohol
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your view on homosexuality.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – Your reflection in the mirror
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


Hahahahahha.. mampu ke tak aku nak buat.. Just wait n see.. Kah3.. (Aku gelak guling-guling siap-siap dulu)

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets