Alahai Damia

Thursday, May 6, 2010

Aku rasa dah terlalu banyak mengeluh. Mengeluh bukan kerana kesal dek nasib diri, tapi dek sikap sesetengah orang yang masih tak berpijak di bumi nyata. Salah sendiri tetap nak menyalahkan orang lain dan masih lagi nak berselindung dan berpura-pura. Dan aku rasa sangat penat. Macam-macam manusia zaman sekarang.

Eh intro macam gile dasat. Ngeheheh.. Hari ni aku nak buat entry bergambar.

Pasal apa?

Pasal..

tadaaaaa....!!!! (macam dasat sangat)

Nur Amani Damia Binti Mohd Kamal

Inilah anak gue..Damia. Sekarang dah pun berusia 7 bulan 2 hari. Semakin hari, semakin bermacam-macam perangai yang dah ditunjukkan. Termasuklah sangat suka menjerit time-time mama atau baba nak tido. nak kena babab sekali nih. Heheheh.. Sebab aku x pernah pon nak story pasal perKEMBANGan Damia, maka nak la cerita sekali ni. Nanti-nati 2 kali pulak. Ngehehhee..


X ingat dah berapa weeks mase nih.

Above was captured around 30 weeks, if I'm not mistaken. Punyalah susah bangatt!! Kejap-kejap tutup muka, kejap-kejap hisap jari.. After a few trial (by the gynae of course) barulah sukses! Ya.. sukses!! Hahah.. The first moment dapat dengar baby punye heart beat pon aku dah meleleh air mata, apelagi tatkala dapat melihat wajahnya. Tak tau nak explain macam mane eh. Begitu besar kekuasaan Yang Maha Esa.


Day 1 : Hosp. Sg. Buloh



Damia was born on 04th October 2009, Sunday, 3.27pm. Gambar tu memang fresh lagi. Encik hubby yang amik gambar tu after qamatkan baby. Hihihhi..Berat 2.5kg, ok for premature baby. Ini baby x sabar-sabar mau keluar oo... Baru 35 weeks sudah mahu keluar. Tapi aku dok imagine gak, alangkan 35 weeks pon sudah 2.5kg, agak-agak kot cukup bulan berapa la beratnye ye. Huhuuhuhu.. Lucky me, kot x kena la aku menge'push' dengan lebih hebat. Yang 2.5kg ni ponnnn....menggigil kepala aku dibuatnya.. Aim time meneran tu memang nak keluarkan baby cepat-cepat. Dah keluar tu, perghhhh.. kelegaan yang amat sangat walaupun badan aku memang rasa sangat lemah sebab after deliver tu aku punya blood pressure agak bahaya. Aku yang sepatutnya kena hantar ke wad tapi x jadi sebab kena tahan kat labour room untuk further monitoring by doc. Kalau x kena masuk darah, tapi doc bagi chance dulu, and after few hours baru la condition aku stabil sikit. Jam 8 baru dapat masuk wad.



Day 3 : Otw nak balik ke Kuala Kangsar


Damia was spotted jaundice tapi still below serious level. Mesti ramai yang tahu, kalo baby yg spotted jaundice, they tend untuk tidur aje.. so, otw nak balik ke Kuala Kangsar, memang dia tido je.. Jenuh aku kejutkan dia nakbagi susu.. Huhuuhuuh... Selambe derk je dia tido.. Esoknya pergi bawak check kat Klinik Kesihatan dengan bangganye aku terus kena tahan hospital sebab level jaundice Damia reached 14.7. Yang bestnya aku masuk hospital sebab Damia jaundice sampai 2 kali. ekekekkeke...




Jaundice. Kat hospital pon maintain tido je kejenya. Anak sapala ni..Hahahah




Juruhnye anok nihhh...

Ni pic time Damia berusia 3 weeks kot x silap. Ni kali ke-3 pergi check jaundice. Alhamdulillah, turun gak tahap jaundice dia. Aku pon dah glamer sangat kat wad jaundice tu. Huhuhu.. Tapi best gak, sebab nurse & adik-adik praktikal semua baik-baik. Punya baik sampaikan cara nak breastfeeding baby pon diajar. Siap tacing-tacing lagi.. Hahahahhah..



Damia asyik muntah-muntah


Ingatkan lepas kes jaundice, xdela aku kena stay kat hospital lagi. Rupanya kena jugak. Sebab lebih kurang 1 minggu lepas tu, Damia asyik muntah-muntah. Especially setiap kali lepas bf. Kesian wehh... Masuk hospital, Damia kena puasa. Bayangkan baby berpuasa! Meantime, Damia cuma dapat 'makanan' thru drip (betol ke eja gitu?). Kalau aku ingat-ingatkan balik, memang nak menangis je kerja aku. Mana taknye, admitted Rabu malam, terus start puasa until ari Jumaat. Itupon lepas jumpa specialist kat Ipoh coz the doc nak amik sample tisu Damia kat bahagian bontot. Cian anakku, kecik-kecik dah kena rasa semua tu. Kalau boleh, biarlah aku yang menaggung semua kesakitan dia. 3 hari kat hospital menyebabkan mata aku sangat bengkak sebab terlalu banyak menangis mengenangkan nasib Damia. Macam-macam yang terlintas kat fikiran aku. Oh ye, doc suspected Damia ada Hircsprung Disease, tapi x confirm lagi until diorang test that sample. Alhamdulillah, Damia free from that disease but until today aku still tak tau apa yang menyebabkan perut Damia kembung & keras macam tu. okeh, x mau ingat itu. Aku sudah mau sedih.

Ingin melompat lebih tinggi

Selingan


Itu saya punya Omma. Standard la, dalam pantang kita duduk je okeh. Xpayah buat pape. Hehehehhe... Ehhh.. jangan tak tau, orang dalam pantang ni gedik ok. Dia pon sibuk gak kadang-kadang nak buat itu ini. Huhuhuuh.. Masa ni mak aku nak buatkan pulut kuning untuk anta ke masjid sebagai tanda syukur yang Damia disahkan tak menghidapi apa-apa penyakit. Alhamdulillah...

Budak manja


Abaikan muka seorang ibu yang sememeh tu. Fokus pada baby yang tengah terpeleot tu. Tido tu... Haihhh.. masa ni dah dekat nak habis pantang so, macam-macam perangai dia tunjuk. Nak tido terpeleot gitu la, nak tido atas riba la. Tapi x lama pon. Saja nak manja-manja gitu. (Manja la sangatttttt..... )

Meeting the twins


Megat Mukhriz


Megat Mushrif


Aktiviti ujung minggu. Mengunjungi the 2-days-older brothers. Hehehhehe.. Ye la, kakak ipar aku bersalin ari Jumaat, aku bersalin Ahad. 2 days older la. Mak aku siap sound " Twin okeeehhh!!!! Sangat comel, macam anak mat saleh, hidung boleh buat hanger you! Sessi melawat macam biasa, cuma Damia maintain meneruskan aktiviti Sleeping Beauty dengan jayanya. Elok keluar dari rumah mak mertua abang aku tu, baru la dibukak matanye. Aisehhhh...


5 month

5 months old. Sudah semakin buas. Kadang-kadang kalo diangkat melonjak-lonjak. Tak nak ok!!! Eksyen betol. Kalau x dipujuk suruh tido, nak main je la kejenya. Huhuhu.. Takpe, janji sihat.
Okeyla, malas mau sambung lagi ini entry. Kang orang kata duk tayang anak je kejenye. Hehehehhe.. anyways, entry ni aku start since semalam, baru ini pagi siap. Hohohohooh....



5 comments:

wawa said...

dh lame x jupe dak comey ni....

Puteri Ogy said...

wawa : maknye yg comey pon dah lame ko x jumpe gak..ahahahahha

aS_c0mei said...

aaaaaaaaa..rindu nak gomol damia!nak gomol mak damia pon ye jugak.nak tacing-tacing skit.hahhahaahha.

hmmmm.dah tak lama nak setahun anak ko weh,cpt la prepare beday party.hahahahahahhaha.giler saikoo.

Puteri Ogy said...

as x comei : ehhh..mama damia ko xleh gomol..itu task org lain.muahahahhahahaaa... amboih..besday party segala..mu nak sponsor ko?? kirim la duit ke aku...

Puteri Ogy said...

as x comei : ehhh..mama damia ko xleh gomol..itu task org lain.muahahahhahahaaa... amboih..besday party segala..mu nak sponsor ko?? kirim la duit ke aku...

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets