Malam Jumaat ke?

Friday, April 30, 2010 · 0 comments



Macam hari-hari yang lain, tapi bila ari Jumaat dia jadi spesel sikit. Sebab malam tadi malam Jumaat. Hahahaahah.. Bukannn.. arini agak spesel sebab arini ari Jumaat, da aku berbaju kurung. Jarang sekali ok aku nak pakai baju kurung g opis. Selalu aku belasah je pakai apa yang sempat. So, arini aku rasa ayu sangat.. Hehehhehe. Walaupun aku rasa aku ayu hari ini, tetapi aku tetap nak moody. Mane tak moodynye, bila masuk opis je, bos dah gasak ngan 1001 soalan. Kotye nak tanya pon, tunggu la aku mentekedarah breakfast dulu. Ini x, main sondol je. Aku taula ko bengang sebab xde orang ingat birthday ko semalam. Siapa suruh masuk opis dengan muka ketat, dah tak dapat kek. Padan muka bos aku! Hahahahha

This week macam tak berapa sempat nak update blog. Sebab? Takde sebab, aku malas je la sebabnye (alasan yang sangat konkrit dan standard dari aku).

Ni kejadian semalam. Ini bukan cobaan.. ini betol-betol kejadian!

Ni baru kat sini, depan tu lagi ramaiiiii orang lepak-lepak


Tukang masak, waiter semua keluo bersidai tepi jalan.

Semalam aku sampai lambat kat opis. Almost 9.00am baru aku sampai. Selalunya aku lambat dalam 2,3,5,10 minit je. Eheheeh.. tapi semalam jadi lambat setengah jam sebab ade eksiden. Jammed bagai nak rak. Macam biasa la, bila ada eksiden, orang pon sibuk-sibuk nak berentikan keta, yang tengah masak tutup dapur gas g bersidai tepi jalan macam makcik-makcik kat restoran sri rahayu tu. aku report kat bos ko nanti. Hahahhah

By the time aku lalu kat tempat kejadian, aku tak nampak objek apakah yang eksiden itu. Sebab dah clear pon. Yang menambahkan keadaan jammed tu, bukan sebab apa pon.. Semua sebab orang lain yang 'prihatin' terlebih. Terlampau prihatin sampaikan benda dah jadik 2-3 hari lepas pon still lagi dok berkesidai kat situ. Bawak-bawakla gerak weih.. Unless mangsa accident tu ada kat situ lagi xpela, maknanya aku tau, korang berkesidai kat situ sebab nak menolong. Ini tak, benda dah clear semua, aku tengok mulut sorang-sorang terkumat-kamit bercerita, tangan pon tergawang-gawang. Beriya betul bercerita.

Eh..itu cerita semalam..ada cerita jugak untuk 2 hari lepas. Ini entry backwards ye.



Ada apa dengan Avanza?

Ini avanza sangat the kureng ajar one. Selamba kodoks je ko corner lipat eh. Kot tersondol kete bmw aku macam mane? ade duit nak bayar??!! Aku beriye nak kejar n snap no plate dia so that next time kot-kot ternampak keta ni kat mana-mana aku nak gores & menang je keta ko. Ye la..bukan ape. Aku tau semua orang nak cepat balik, tapi janganlah ko memandu dengan lagak & bahaya sampai nak membahayakan orang lain. Udahle awak tu pakcik, tunjukla perangai molek sikit kat generasi muda macam aku nih. Ahahahha..

Aku follow je avanza tu. Nak gak tengok yang dia dok rushing sangat tu nak ke mana, airport ke? Lahhhh.. rupa-rupanya, mau pegi makan Mc'D. lapo rupenye. Isk3..kot lapar pon, hati-hati memandu pakcik. Ce kalo tereksiden time ko tunjuk lagak ngeri tu, kan dah melepas makan Mc'D.

Cukup-cukupla aku merepek untuk separuh hari ni. Ade lagi benda aku nak labun kan. (Tau x labun?). Perut pon sudah lapar, kot lambat-lambat, mau aku pulak dapat tabiat macam pakcik Avanza tu.. corner lipat di mana-mana sahaja anda berada. Kang x pasal-pasal, kereta aku pulak masuk blog entah sapa-sapa n then kena gores & menang pulak!




Isnin yang biru, ke Blues hari Isnin

Monday, April 26, 2010 · 6 comments

Takde apa yang nak di stori-mori kan hari ini. Sebab arini adalah ari bosan sedunia bagi aku. Teringat zaman praktikal kat JUPEM, one of my fren mengistilahkan hari Isnin as "Monday S*cks". Dan dia adalah salah seorang lelaki yang kuat membebel (hard to find okey! Kira aku bertuah la.. ;p). Asal ari Isnin je, mulela.. "S**t! Monday s*cks!" Kitorang yang menumpang kereta dia ni, tadah telinga je la dengar dia membebel pasal ari Isnin. Kang komplen, diberentikan keta tepi jalan, disuruhnye jalan kaki..Sedap eksesais pulak. Hehehh..

Semalam, lepas balik dari pasar kat seksyen 13 (yang kat stadium tu), sengaja menggedikkan diri ngan encik hubby g 'Parti Sate' kat Shah Alam 2 (kat Puncak Alam tuuu). Bukan suka-suka ada parti tu, actually IJM launch rumah baru, tu yang ade makan-makan tu. Sekali lalu kat dia punya gallery house tu, siap ada banner mini zoo. Perghh..marketing strategy apekah? Sampai diangkut zoo segala? Tapi menjadi la, sebab orang memang ramai gila.. Budak-budak pon sakan q nak naik kuda (kuda kepang aduhh..kuda kepang..yihaa!!). Kalau ikut hati nak gak g menjengah mini zoo dia, tp serius...aku pakai semalam standard bibik Indon. Maklumlah, pakai bertemakan nak g pasar, so memang aku sarung T-shirt yang gedoboh besar. Heheheh.. kalo tau nak singgah tempat lain, sure I pakai ketat-ketat biar sampai tersembul muscle2 perut ni ha. Isk, tapi serius..memang sempoi gile aku pakai semalam (padahal selekeh), sampaikan masa aku tengah pilih sayur kat pasar tu, ade cik kak ni tegur "Kak, tempe ada lagi tak?"

Hancur luluh hati aku. Disamakan aku ngan penjual tempe. Huhuhu, takpela, tempe pon tempe la dik oi.....

So, memula kitorang pegi usha dia punye show house. Cantik gak, completion 2013. So, sape-sape nak beli sila cepat-cepat call I okeh! Beli 1 free lagi doblas rumah. Hahahahahhaha... Plus, fully furnished tau! (Elok korang bayar je duit booking, bedesup aku lari p Afrika dah).

Pastu, kena la pegi balik kat gallery house dia tu. Ni yang aku nak citer sebenarnye nih. Aku pon, dengan lenggang kangkung ala-ala bibik kepada suami sendiri (sebab encik hubby berpakaian agak semenggah dari aku), terus aku duduk kat depan gallery tu. Tiba-tiba ade sorang kakak ni tegur:

Kakak tu : Boleh duduk?

Me : Duduk ler (sambil tersiput-siput)

Kakak tu : Sorang je ke? Beli rumah ke? Baby awak eh?

Me : Xla, dengan husband. Datang tengok-tengok je. A'ah..baby saya la ni (takkan la aku heret anak orang lain kak oi)

Kakak tu : Ehhh..comelnye dia, awak makan apa time pregnant dulu? Kulit dia..halusnya..takde cela langsung.

Hhiihhih.. aku bukan ape. Kelakar lak ayat kakak tu. Aku rasa x pernah lagi aku tengok baby muka berparut jerawat ke apa. Hehehhe.. aku pon layankan je. Sekali tu, tetiba encik hubby ajak masuk gallery sebab nak dengar explaination pasal rega rumah la, mrta la, ape la. So, aku follow la. Akak tadi tu mencelah :

Kakak tu : Ha pergila, adela nak sign apa-apa tu. Damia ni bagi akak pegang.

Me : (Gulp?? Korang penah hadapi situasi cenggini x? Strangers offer something yang x terlintas langsung kat fikiran korang) Eh, xpela kak. Sekejap je pon. (Aku dah bangun dah ni)

Kakak tu : Eh takpe. Meh Damia tu (and dia terus ambik Damia dari tangan aku). Kenapa, awak takut akak bawak lari ke?

Aku really serba-salah terus bagi je la kakak tu pegang Damia. Tapi hanya Tuhan je yang tahu betapa aku susah hati. Penat cik kak tu story pasal rumah, loan segala. Aku sikit pon x dengar. Mata aku dok pandang kat luo. Last-last aku keluar jugak and amik Damia. Seblom balik, akak tu sempat mintak no.tel aku. Sekali rupa-rupanya "Akak ada bukak taska kat sini." Hahahahhaha.. gile dasat akak ni g carik customer. Sampai ke situ dia carik. Gile advance dia punye thinking. Hahahhahaha.. Aku ni dok ingat dia nak culik budak ke ape.. Heissshhh.. mintak simpang.

Aku ni orang yang cepat berburuk sangka. Moralnya, tak semestinya buruk sangka ni tak elok sebenarnya. Memang bagi certain people akan kata "Tak baik la ko fikir macam tu, ko bukan kenal dia pon". Tapi tu la, bagi aku, sesekali kena jugak buruk sangka kan. Dunia ni penuh dengan macam-macam jenis manusia, meaning tak semua orang baik dan tak semua orang tu jahat. Terpulang pada diri masing-masing. Yang penting, kena berwaspada selalu.



p/s : aku tau title ngan entry xde kait-mengait. Aku suka-suka taruk jeh.

$$$$$ lagi!!

Saturday, April 24, 2010 · 0 comments

dunia penuh dengan manusia 'pemurah'
aku je yang pemarah

Adehhh..aku dah penat dah dpt email-email yang cenggini. Kut ye pon ko nak bagi aku duit tu Mr.Frank David, ko la call aku. Apehal la aku nak kena call ko kan? Dah ko yang beriya-iya nak bagi duit kat aku, bukan aku yang mintak pon. Haiiihhh.. Ni segeng ngan minah yang nak bagi USD 800,000 kat aku hari tu agaknya. Tapi si Encik Frank ni nak bagi 800,000 pound lak. haihh.. ape tau no 8 je ke?? ni leh geng ngan kedai masak lomak kat sini ni. Asal amik lauk je, cajnye RM8. X kire la lauk ape, berapa jenis pon. 8 jugak yang ko kira. Haaa.. kan aku dah melalut ke laut dah ni..

Aku memang sentiasa memerlukan duit. Tapi tidak lah amat mudah untuk aku terpedaya ngan benda-benda macam ni. Mana ade benda free kat dunia ni. Mesti kena buat sesuatu untuk gain sesuatu jugak. Alangkan nak dapatkan dosa (kot ade yang nak la) pon kena buat sesuatu yang jahat baru dapat, ini pulak money..money..money!

Macam ni je lah, kot ye ada yang sudi nak bagi I duit, U pos je la cheque tu kat I. Tanpa ragu-ragu, I'll accept the money. Senang kan? Jadi, xpayah la lepas-lepas ni ade lagi email yang nak bagi duit tu. Sakit hati tau x?

Emo terus.

9 tahun

Friday, April 23, 2010 · 1 comments

jiwang sehhh..

23.04.2010 - 9 tahun dah rupenye usia perkenalan aku n hubby. Lama gak eh. Tapi still ade perkara yang aku x tahu tentang dia. Xpe, kot tau semua kang tambah bosang la..hahahahha..(i mean xde benda baru lg yang aku nak explore pasal dia). Macam eksperimen pulak eh

Sempena ulangtahun ke-9 usia per'couple'an kite, akan ku'bokti'kan padamu wahai suamiku. Betapa aku chenta sama kau. Hahahhah.. saspen! Ape pulak nak bukti-bukti lagi. Tu.. anak dara kita tu la buktinya. Ape x cukup lagi? Jangan bang.. masih ku ingat lagi betapa susahnye nak keluarkan yang seorang tu dulu. Bagila adindamu ini berehat dulu ye..

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau restui lah keluarga kecil kami ini. Kau limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami. Kau jauhilah kami dari sebarang anasir-anasir yang boleh memecah-belah keluarga kami ini Ya Allah. Kau tetapkanlah iman kami ini, kerana kami ini insan yang lemah dan mudah lupa. Amin...

p/s : pakat-pakat Amin jugak ye kawan-kawan

Random

· 2 comments

Tak berapa nak ada mood. Tak tau pasal ape. Maybe sebab this whole week rasa sikit penat. Penat kat opis and rumah. Rutin harian dah x teratur. Tapi kira macam ok sikit la dari dok buat benda yang sama hari-hari.

Dulu time belum ada anak, aku agak rajin gak memasak. Tambah lagi time pregnant. Sebab rajin memasak time pregnant : opis aku 4-tingkat, x larat nak turun naik banyak kali. So nak tidak, kena memasak. Sekarang? hahahah.. kalo x sempat - malas! tu je la alasan aku. But luckily en.hubby saya agak ringan tulang. Menolong itu ini, dan memasak juga. Tapi yang menyampah, bile kite ajar masak sekali, the next time dia masak, muka gila berlagak. Memula dulu, en.hubby cuma reti masak nasi goreng pakai perencah instant. Tapi sekang sudah maju sikit. Sebab sang isteri dok bebel x suka makan nasi goreng masak pakai perencah. Hahahahah.. Trimas ya en.hubby kerana menahan karenah bini yang senantiasa emo dan kadangkala agak saiko!

Ha'ah. Masuk this week, dah dekat 3 weeks Damia asyik batuk-batuk. Bila refer klinik x kira la private/gomen, both cakap benda biasa. Unless kalau demam, baru bawak pegi klinik lagi. Aku bukan ape, agak risau jugak bila dengar Damia dok batuk-batuk. Apa yang boleh mama buat ye sayang. Opismate pon cakap batuk-batuk tu benda biasa. Biasa ke? Xpela, aku tgk end of this week macam mana, kalau still batuk lagi, aku nak bawak g specialist.

Lagi satu hal. Pasal keje. Aiseh..kalau cakap pasal keje memang leh naik syeh. Mane taknye, keje belambak (abih tu yang ko pegi berblogging, berFB tu apesal?) heheheh.. Kalau boleh nak cari kerja kat area Perak, tapi susah betul nak dapat (dah ko mintak gaji 5k sape nak amik keje?). Kalau boleh nak settle down kat Perak je (umur baru nak masuk 30. dah pikir settle down. Poyo betol bunyinye).

Merepek. Apesal aku banyak merepek. Tu la, dulu duk kutuk kakak aku suka merepek. Aku pon same da.

Korang nak? Kot nak amik la..aku x nak

Thursday, April 22, 2010 · 2 comments

duit aku dah cukup aku rasa..
jadi kalo korang nak..
korang amik la.. USD 800,000 tuuuuuuu....
;p

p/s : Mrs. Dean, if u really have the amount, no need to email me, just deposit it into my account.

Wednesday, April 21, 2010 · 8 comments

First of all, did u guys noticed yang entry penuh kontroversi tu dah pon aku delete kan? Selain mengambil kira apa yang dinasihati oleh a fren of mine to just let it go, entry tu turut di delete setelah that person yang aku harap membacanya telah pon membacanya , so, that's it. sampai situ saje sudah. aku pon tidak langsung hendak buat kenyataan balas pada entry that person itu. (by the way, thanx for the explaination yg x rasional langsung-for me la). Okeyh, enough Ogy. Bersihkan diri, hiasi peribadi. (melalut la aku - forgive me readers? ade readers ke aku ni..hahah..okeyh, forgive me again bcoz lately i've been so mengantuk n so f*****g tired! So, melalut is a way for me to release all my tense).


Korang pernah x terfikir yang every single thing that happened to u (or sesape saje la) was already tertulis. Maksud saya ialah 'Qada' dan Qadar' (kenapa aku jadi mek saleh celup padahal cakap omputih pon sangat fail!). Aku teringat nak menulis tentang hal ni sbb dah selalu sangat dengar orang menyalahkan takdir which ayat sering berbunyi begini "Semua ni dah takdir". Ayat ni boleh applied kalau berkait dengan ajal maut atau something yang berkaitan dengannya, tapi bila sendiri tertinggal solat Subuh, jangan la kata "Dah ditakdirkan aku tertinggal solat pagi ni." No offense people, tapi ayat tu sangat x sesuai ye.



Eh, later la aku sambung this entry. Aku ade keje urgent!



 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets