Sempena Merdeka Ini...

Wednesday, September 1, 2010

Bukan main sakan aku meng'update' blog. Mementang la opismate merangkap senior xde, maka aku gunakan kesempatan yang ade secara sepenuh-penuhnya. Heheh.. Selalu dia ada tu, aku begitu tekun dan khusyuk buat-buat ade keje. Keh3.. Padan muka ko, kene tipu bulat-bulat dengan aku. Bukan apa, rasa ada sikit x best kalo selamba kodoks je aku nak update blog walaupon hakikat yang sebenar, hati dan jiwa ini meronta-ronta. Hahahahah..

Ha ah ek.. 31 Ogos 2010 - 53 tahun kemerdekaan. Jadi sempena merdeka ari Selasa aritu, aku pon bertekad. X nak terus dibelenggu. Dibelenggu oleh rasa x puas hati setiap kali ber'shopping' di Bazaar Ramadhan. Sebab tiap kali beli, tiap kali itulah mulut aku akan pok-pek-pok-pek non-stop. Mahal la, ciput la, x sedap la dan yang sewaktu dengannya. Hahah.. dasar banyak komplen!

Cek-cek peti ais, tengok stok lauk basah still ada lagi, terus aku bilang (bagitau, bukan kira) sama Encik Hubby "Harini ma masak la." Encik Hubby angguk-angguk je tanda setuju. Pastu Encik Hubby keluarkan idea yang bernas lagi tuntas : "kita bakar daging nak??"

Ceh.. bab-bab nak buat benda yang remeh-remeh ni memang dia expert. Takpela, sisa-sisa besday boy masih ada kan.. Layankan je la..

Jadi hasil 'berperang' kat dapur ari tu:


Grilled black pepper beef




Sambal sutun & udan (nak perabis stok katekan)




Sekaki Sosej


Hah.. yang sekaki sosej tu sah-sah la bukan aku buat. Itu hasil rembats kat BARAM. Yek.. geli pulak dengar BARAM. Ok lah, Bazaar Ramadhan. Lebih manis gitu.. Selalunya beli black pepper flavour, tapi Encik Hubby salah beli.. Dia beli yang plain aje. Takpe, yang penting.. Goreng pon sodap!


Tapi aku pelik, apasal panggil 'Sekaki Sosej' sedangkan panjangnya tidaklah sekaki.. Lebih dari sekaki lagi ada. Maka layak dipanggil 'Berkaki-kaki Sosej'. Takpe2, nanti aku usulkan kat abang-abang sosej tuh. Lebih molek diorang ambik order berdasarkan berapa kaki sosej yang kastemer nak. Cara x?

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets