Priceless Gems Gala Dinner

Wednesday, November 24, 2010 · 0 comments

invitation card

Last month, Project Director tiba-tiba baik hati. Datang terkedek-kedek terus hulur invitation card untuk dinner. Kene angin senggugut gamaknye dia. Lepas tu, siap 'paksa' lagi aku pegi.. Hoh.. aku memang pantang tok ayah aku kot orang main paksa-paksa ni.. TAPI, mujur paksa makan-makan.. so, aku cool je..

Mula-mula hati macam x berapa redha je nak pergi. Bukan apa, sebab x boleh bawak spouse and anak. Ye la.. sejak dah beranak-pinak ni (padahal anak baru sorang je pon), nak kemana-mana pon susah. Bukanlah sebab aku ni ibu mithali sangat, tapi aku ni x berapa nak rasa best kalau aku berseronok ataupun beronok-ronok tanpa anak dan husband di sisi.. Cewahhh..

TAPI (tapi lagi), mujur PD aku tu baik hati terlebih.. die bagi extra invitation card, bukan setakat 1, malah 2 so that I can bring over spouse but still x boleh bawak anak. So, lagi 1 card extra tu, aku plan nak bawak adik aku. So, discuss ngan encik hubby, sama-sama capai kata sepakat, letak Damia kat nursery.. huhuhuuhh

So, the event was held kat Sunway Resort Hotel & Spa, started at 7.00pm. Mujur la aku tengah coti, jadi lega sikit la.. Xdela nak rushing apa semua.
Event started dengan ucapan yg berjela-mela.. Minister of Tourism pon ada.. lagila berjela.. Dalam hati, bilela nak start makan nih..

Around 8.30pm, baru la start makan. Dinner served adalah Chinese Cuisine..

Ni je yang aku sempat snap.. Yang lain x sempat daaa...

Sambil makan tu, of course la ada performance kan.. Ape barang mencekik tapi senyap sunyi je.. Aku x amik port sangat coz 1st performance tu dari mana ntah.. Dok tergelek-gelek.. X best langsung.. harap seksi je lebih.. Tiba-tiba, the MC announced "L&G, we present to you, Adibah Noor!!!!!". Haaa... macam ni barula cara.. ada artis.. xdela kusam bagai..


Walaupun pakai nikon, tp disebabkan x berapa expert lg.. so, kelabu hasap la.. Nampak kecik je Kak Dib.. kan?? kan??


Hahahha.. susah sangat.. aku tangkap pic Kak Dib kat screen.. clear gileeeeee...

Performance Kak Dib memang no doubt.. best amat!! Plus, memang friendly gile okeh..

After Kak Dib's performance, barula lucky draw. Teruja ok, sebab Grand Prize (consider prize ke eh kalau lucky draw?) kerusi urut OGAWA.. 2nd prize BB.. Beriye tunggu lucky draw habis, tapi penantian adalah hampeh.. x dapek! Even doorgift pon x dapat.. Coiii... Mujurla ada souvenir masa register kat entrance tu je.. Kalo x melopong je la..

Eh.. Lupe plak aku nak snap pic souvenir.. Next entry la.. hohooh

p/s : lupe plak, dinner ni anjuran PPK (Pusat Pengurusan Kompleks). Majoriti yang datang represent shopping complex macam Pavillion, Suria KLCC, Sunway Pyramid.. aku pon pelik macam mana kitorang para contractor ni boleh 'terjebak' kat dinner ni.. btw Pavillion n Sunway yang banyak menang awards.

Sessi kecuq ayaq liuq

Monday, November 22, 2010 · 4 comments

Hamik kau.. tetibe 'ter'rajin nak hapdet sampai 2 kali.. tak hadpet 2 to 3 weeks. Tapi sekali hapdet 3 to 4 entries!

Takde ape nak sharing is caring sangat pon.. Tapi last 3 weeks (cerita lama lagi..) pergi Sunway Pyramid. Gila kau.. lama dah aku x pegi Sunwy Pyramid. As long as I can eremember, last time pergi adalah masa study dulu. Gile lame okehhh!! Mana aku hilang selama ni?? Obesee kah?? Mimpi la ko..

Ok sambung.. masa jenjalan kat Sunway, tibe-tibe termelintas kat

TADAAAA!!!!


Okeh.. lama sudah aku nak menge'pow' encik hubby bende alah ni.. tapi most of tempat yang aku pegi xde bende alah ni.. Teringin nak rasa.. maklumla... orang lain dah buat pandang x pandang je.. aku je la yang beriya-iya pandang.. Hehehehhe.. Padahal sebelum tu baru je mencekik but tetap gagahkan tekak dan perut untuk terus mencekik..

dan...

TADAAAAAA!!!!!


Ini macam punya 'kapasiti' rege adalah RM14.50! X ingat pulak how much per gram.. I took banana-strawberry and green apple flavors, kiwi ngan strawberry slices. Oppsss.. tidak dilupa choc rice!!! And the result was superb!! Luckily aku amik sikit je green apple flavor tuu.. X sedap okeh..

Tapi, sesedap mana Tutti Frutti itu, masih x boleh menandingi kesedapan yang ini

All time feveret.. ABC coklat cap Seksyen 2 Shah Alam!!!

Ohh.. tiba-tiba air liur nak meleleh..

D, jom pekena ABC seksyen 2 jom!

· 0 comments

Cerita dah x hangat dahhh.. But still aku nak hapdet dalam ini blog so that ade la hapdet at least... Better than nothing..

Actually a week before Raya Haji, me n my family (ngan my sis) & Ona and his hubby (Pit) telah pon jalan-jalan carik pasal kat PD. Budget nak overnite kat sana but then almost semua chalet (macam la aku survey sume..keh3) were fully booked!! So that, 2 family kecil kami hanya sempat mandi-manda ala-ala Baywatch je la..


Ona posing ala-ala kak Pam la konon.. keh3



Encik tourist guide yang berbaju kaler merah..
Tolong jangan mintak no pon kat aku coz dia dah bertunang!
Tapi yang baju itam married BUT available! keh3




"Macam mana nak makan benda alah ni ek??"


"Chill bro!!!"


Budak takut pelampung


Ada banyak lagi gambar tapi malas nak upload. Boleh??
Tapi aritu kitorang balik awal gak la.. Spent time lebih kurang 2 jam lebih gitu je..
Sebabnya, adik aku ngan Ona terjumpa kayu balak terapung cantik je.. Keheheheheh.. Spoil betul..

The Perfect'est' Gift

Saturday, November 13, 2010 · 1 comments

28 November - 2nd anniversary.

Haiiihhhhhh... Since last month, aku dah jenuh berfikir2... mende laaaa aku nak bagi as anniversary's gift??? This year memang kena bagi la coz last year aku xde belikan apa2.. Encik hubby je yang ade bagi hadiah last year.. Huuhuhuh..Ehhhh.. aku hadiahkan dia seorang anak la... tehehehe..

So, ada few things yang aku dah list down as anniversary gifts:

1. Perlukah aku hadiahkan something yang dia boleh pakai selalu macam


Perfume @



Baju (kemeja/t-shirt)

Tapi aku noticed, encik hubby dah da banyak baju.. Baik kemeja, t-shirt @ jersey. So, kensel! Perfume?? Might be okay, tapi celah bedah bila yang aku nak gi survey perfume ni?? Asal keluar je aku mesti keluar dengan encik hubby.. Apa plan ye?? Perlu ke lari dari rumah buat seketika?? Keh3.. merepek!

2. Second choice plak, aku rasa something yang berkaitan dengan masa and of course la jam kan.


Jam tangan ok jugak, coz aku tengok encik hubby dok belasah jam dia dah taraf nyawa-nyawa ikan. So, kalau nak beli jam kenalah beli jam yang tahan lasak sikit mcm Chronoforce ke, klorofil ke.. Huuuhuhuh

Atau perlukah aku hadiahkan alarm radio?? Maka lebih senang untuk dia bukak biji mata pagi2.. ni idakkk.. susah no nak bangunnya..



Choice ketiga lebih ke aras isteri mithali. Bak kata orang tua-tua, kalau nak menambat hati suami, 'tambat'lah dari perutnye.. Hehheheh.. Jadi aku plan to prepare a nice, tasty n yet simple dishes as a dinner.. Pastu hias sini sikit, sana sikit.. budget ala-ala candle light dinner kat hotel la kononnya kan. Tapi xde la wine2 bagai tu.. I orang Islam okehhh..

Heiiihhh.. naik stress aku dok pikir.. Padahal benda simple je pon.. Ala.. susah-susah sangat aku hadiahkan kasih-sayang sudahlaaaa.... Save pon save.. Memang seswai ngan orang 'cike' macam aku nih..

(Pic source : google)



masihkah ada kemaafan..

Wednesday, November 3, 2010 · 0 comments

huhuhuuuh..

fuh..fuh..

bersawang dah blogku sayang..

maafkan daku Mr.B kerna tak berkesempatan nak jenguk2 hengko.. aku adalah kebizian amat..

masihkah ada kemaafan darimu??

kehehheheh..*over*

(blogku berjantina 'jantan')

My lil' precious.. PART 1

Tuesday, October 19, 2010 · 4 comments

Rasa-rasa macam x pernah lagi update pasal perkembangan Damia. Rasanya la.. gile malas nak selongkar lemari cek satu-satu en3.. Jadi ini hari, tak kira la pernah ke tak, aku tetap nak update pasal my little girl based on pic yang ada dalam pc haku ni.. Bukan apa, takut sok-sok terlupa sudah macam mana muka dia, saiz dia, kaler dia masa newly born.. Heheheh..

Hns..hns...I am full n sleepy..ZzzZZzzz...

Actually ada banyak scan image, yang 2D banyak gak sebab everytime gi cek up, scan, Dr.Rozita akan bagi. Scan 3D x banyak, dalam 3 pcs je kot.. masa 1st time scan 3D and dapat tengok muka baby.. wahhh.. memang over sexcited! Heheheh.. Tapi, aku noticed masa 3D scan, idum baby memang sejibik seketul hidung pak dia. So, memang sah dan kompem la anak encik Kamal.. Kahahahaha...

"Please take the camera away!! I hate it"

Ni betol-betol gambar yang disnap dalam labour room. Tergedik-gedik betol encik hubby nak tangkap pic sang anak. Perasaan aku?? Segala sakit dan penat hilang. Hilang di balik kemungilan wajah anak.. Cewahhh.. (ayat ala-ala novel Alaf 21 x??)

"Mama..wake up.. I'm starving"

Pic lepas keluar dari hospital. Sekejap je muka dah nampak lain kan?? Masa day 1, nampak ketara kesepetan matanya. Ni nampak besar bulat sikit.

"I hardly open my eyes...zzZZZzzzz"

This pic was taken on the way nak balik ke Kuala Kangsar. Masa ni Damia boleh bantai tidur all the way.. Jenuh aku kejutkan untuk bf dia.. Adehai.. Kekejungan tahap dewa bukan kerana mewarisi bakat semulajadi mamanya, tapi dek kerana jaundice.

2 weeks


Masa ni aku n Damia, both admitted kat Hospital KK for the 3rd time.. 3rd time ok!!! Sampai glemer gak la kami berdua time tu.. Keh3..

To be continued....

Drag me to hell

Monday, October 18, 2010 · 2 comments

Tajuk kuss semangat..

Actually bukan aku buang tebiat ke hape.. tu tajuk felem tuhhh.. Malam tadi 'ter'layan satu horror movie. Agak kus semangat gak la tengok..huhuhu. Jadi ini kali, aku nak buat felem prebiu sikit.. teheheheh..

Ini cerita adik aku dah war-warkan dari ari Sabtu pagi lagi. Beriye-iye.. "ade cite best Kak Ogy... cite hantu tau.. orang nak tengok!"

Jadi last night, berpakat-pakatla kami berdua berhimpit-himpit nak tengok citer ni.. Sepanjang citer tangan aku jap2 dok cover muka.. Keh3..


Leading actress

Cite pasal si Christine Brown yang al-kisah terlampo desperate nakkan post Asst.Manager kat bank die kerja. Sampaikan sanggup melupakan sifat perikemanusiaan.(tu dia..jarang-jarang aku dok guna perkataan ni). Dan mangsanya adalah sang makcik seperti pic di bawah.

Ni makcik tua yang telah meng'curse' Christine

Memang coii okeh makcik nih.. Kejenya nk gigit org ngan gigi pelesu dia je.. Geli tgk weihhh.. Part bermulanya tahap kengerian hidup Christine bermula bila makcik ni dok menyumpah dia dalam bahasa ancient Gipsi (gamaknyela..sbb aku x paham sepatah haram ayat maki dia). Tapi makcik ni x main la nak sumpah2 gambar bagai, dia sumpah pakai butang overcoat Christine tu je kehh..

'Upacara' menyeru Lamia..

Masa scene dok seru-seru nih memula memang agak seram ok. Mau tak, dok seru-seru roh jahat suh masuk dalam badan.. Kira macam main spirit-spirit la.. Tapi memang spoil mood seram aku bila Lamia (si roh jahat) tu masuk dalam badan tok bomoh tu, si Christine ni gi letak tangan si tok bomoh atas kepala kambing. So, 'ter'transfer la roh jahat tu dalam badan kambing. Memang la muka kambing jadi menyeramkan, tapi aku rasa nak gelak guling-guling. Keh3.. Dan pulak mat saleh ni nak selit comedy scene dalam cerita nih.


Scene ni memang kesian la.. Penat-penat je si heroin ni korek balik kubur makcik Sylvia nih and yo yo je ko berhempas pulas nak masukkan butang baju ko dalam mulut makcik nih. Siap kene hempap ngan cross lg.. but at last ko mati gak.. Hohoohoh.

To conclude, movie ni agak boleh tahan la.. Tapi kalo bleh buat request, aku nak request kat producer tuh, ko buang je la scene kambing tuh.. Kot nak jugak, tukar la dengan sang haiwan yang lebih brutal. Barula meremang-remang bulu tengkuk tengok. Ini kambing??

Muahahahha...

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets