Ada rasa cuak nak borong barang sales tak?
Baru je dapat email pasal nih tadi.. Kita petik sikit je la eh.. (berkita-kita plak..budget manja ke?)
"Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. "
Haaahhh.. dah ada kesimpulan pon.. X payah aku susah-susah diri perah otak kerut-kerut muka macam tertelan bijik semata-mata nak buat kesimpulan. Sebab aku memang x terer langsung bab-bab simpul-menyimpul ni. Time sekolah dulu, aku paling x suka buat rumusan Bahasa Melayu, tambah-tambah lagi aku memang anti dengan cikgu tu.. Hahahah. In fact, i sound silly when I speak in Malay... tett!! Bahasa Inggeris pon P7 time SPM.. gile poyo minah ni..
Okeylah, berbalik kes sale tipu tadi tu, terpulanglah pada seseorang individu itu untuk menilai value sesuatu barang yang nak dibeli tu. Tapi alhamdulillah, setakat ni aku belom berjaya ditipu lagi (konfiden gile) sebab aku ni kadang-kadang 'sedikit' kedekut orangnya. Kadang-kadang la..