Sepatah 2 kata
Salam..
Sekian..
p/s : inilah sepatah dua kata.. kah3.. harap maaf.. tuan blog berada dalam kondisi yang x stabil!
Salam..
Sekian..
p/s : inilah sepatah dua kata.. kah3.. harap maaf.. tuan blog berada dalam kondisi yang x stabil!
Teraju Utama:-
AKu 'ter'tengok ini cerita masa weekend hari itu. Actually aku 'agak' suka tengok Scha ni belakon sebab dia memang sikit sesuai untuk watak ala-ala sengal macam previous drama dia Awan Dania tuh. Sekali tengok ada Awal sekali.. First impression aku "Owh.. ni mesti best kot.. belakon dgn pokwe!"
Jangkaan aku meleset belaka.
Lepas 20 minit tengok, aku rasa nak tepuk dahi berkali-kali. Cerita apakah ini?? Cerita Melayu yang bagi aku takde hala tuju. Main redah je, janji jadi cerita even hasilnya ntah hapekebenda ntah.
Aku meng'google' tadi. Rupa-rupanya cerita Prebet Jamilah ni bersempena Merdeka. Apakah?? X kena langsung okeh. Memang x sesuai! Aku x nafikan, ada..la.. 2,3 ketul moral value (kot) dalam cerita nih.. Tapi, x merdeka la..
Scha.. cukup-cukupla bawak watak aweks yang sengal-sengal ubi
Kalau ada yang nak tengok full version, jelajah la Astro Ria, gerenti ada ulangan. Standard la, Astro kan rajin ulang tayang cite sampai orang rasa nak muntah darah. Hohoho. Kot takde, tengokla kat you tube. Silalah tonton n judge la sendiri whether this kind of story boleh diangkat/ dikategorikan ada unsur-unsur kemerdekaan di dalamnya.
Renung-renungkan, dan selamat beramal.. tehehheeh
Sambal sutun & udan (nak perabis stok katekan)
Hah.. yang sekaki sosej tu sah-sah la bukan aku buat. Itu hasil rembats kat BARAM. Yek.. geli pulak dengar BARAM. Ok lah, Bazaar Ramadhan. Lebih manis gitu.. Selalunya beli black pepper flavour, tapi Encik Hubby salah beli.. Dia beli yang plain aje. Takpe, yang penting.. Goreng pon sodap!
Tapi aku pelik, apasal panggil 'Sekaki Sosej' sedangkan panjangnya tidaklah sekaki.. Lebih dari sekaki lagi ada. Maka layak dipanggil 'Berkaki-kaki Sosej'. Takpe2, nanti aku usulkan kat abang-abang sosej tuh. Lebih molek diorang ambik order berdasarkan berapa kaki sosej yang kastemer nak. Cara x?
Tengok ini pic terus rase lapar..
Sape-sape yang terasa nak order.. boleh order kat cuppies4you. Highly recommended n harga pon patut-patut. Ape yang penting.. rasa dia okeh!
Pas pikap tartlets (dah macam aturcara majlis lak aihh) terus pigi itu JJ Bukit Tinggi sebab kami laki bini teramat bosan nak dok menganga kat rumah. Perghh.. berasap gak nak carik parking.. Berkerumun plak orang kat situ. Ape kes ntah?! Ronda-ronda tanpa tujuan sebab nak shopping raya.. udah setel.. Tinggal kasut budak kecik sorang tu jeh.. Okeh.. g beli kasut Damia lah..
Kaki sepasang je..kasut 3 pasang
(gara-gara ke-haloba-an seorang mama)
Tuh.. kasut tengah-tengah tu. Cap Baby Kiko (barangan buatan Malaysia). Rege RM 31.90. Manakala (ceh..manakala tu) yang belakang sekali tuh cap Vincent (Made In Sweeden) dan rege adalah RM 17 sahaja ye... Aku terus teringat iklan kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia' yang ada si Zarina AF tu belek baju rege RM300 lebih kut, mula dia xnak amik.. tapi mengenangkan baju tu Buatan Malaysia, dia hamik. So, aku agak curious di sini "Adakah barangan buatan Malaysia memang kena mahal regenya?"
Round punya round.. tiba kat centre court JJ tuh.. hingaq sungguh la.. Rupenya Astro ada buat event. Ada la 2-3 budak-budak AF dok terkinja-kinja atas pentas tuh.. Energetic betol walaupun di bulan poser. Padanla parking full, rupenye orang berebut-rebut tempat nak tgk diorang la kot. Adela snap pic diorang 2-3 tapi x koser aku nak tepek kat sini. Keh3
Tapi pic ini harus tepek okeh! ;p
Cett.. anak dara kecik ni 'sedekah' ayaq liuq kat mak dia
Pic Encik Hubby adalah tiada sebab dia selaku photographer x bergaji untuk hari itu. Len kali la ye bang!
Oh ye.. belt yang dah nazak sudah ada pengganti. Dari study aku dok belasah belt tu. Dan atas dasr ketahanan terhadap kelasakan, maka aku beli cap yang sama jugak ini kali..
Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex
Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets