keje = stress = !!^&@@!!###

Thursday, October 7, 2010

Aku ni balik-balik, kalo menghapdet pasal keje.. mesti nak bebel pasal stress.. aku rasa sepanjang melibatkan diri dalam arena pem'blogging'an ini (amek kau), x pernah la ada cerita yang best pasal keje. Gerenti x best punye. Asal keje je, x best. Asal x best je, mesti keje!

Disebabkan dek kerja yang lately makin menimbun-nimbun, aku tend to be seorang yang cepat marah. Selalunya tempat aku nak marah-marah tu of coz la kat rumah kan.. Kot marah-marah kat opis kang, ade lak yang kene buang keje. Hohohooho..

Kesian kat encik hubby yang kadang-kadang terpaksa 'sambut' setiap kemarahan isterinya yang saiko ni dengan penuh kasih-sayang (ye ke?). Kadang-kadang Damia pon terkena tempias kemarahan aku tu.. Marah je la.. bukan la aku belasah budak kecik tu sampai lembik.

Kepada encik hubby, maafkanlah isterimu yang saiko nih. Sesungguhnya aku x mampu nak melawan 'godaan' si amarah ini. Dan untuk Damia.. maafkan mama ye.. mama x sengaja nak marah-marah.. Hihihihi..

p/s : peace no war!

3 comments:

~ini an~ said...

kata damia...'sudahla mama...damia dh bosan ngan sikap mama' haha

Puteri Ogy said...

an : mesti Irfaan dah biasa kata macam tu kat ko kan.. keh3

mama_izz said...

saya teringin sgt nak hapdet pasal keje tapi apa kan daya, saya selalu di stalker... pantang salah sikit, saya akan dibawa ke muka pengadilan.. hehhee

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets