Materialistik ke?

Thursday, May 27, 2010 · 5 comments

Hahhahah..tajuk entry x agak-agak. Kali ni punya entry aku nak buat entry on wishlist aku. Saje, so that nanti-nanti akan lebih bersemangat nak save duit n jadi kaye. Boleh ke cenggitu??? Hahahaha. So, my wishlists are:

First wish :

seksinya bb ini


Nak tukar phone. Sebab lemas okeh pakai hp yang same je. Wakakakka.. macam bagus-bagus je ayat. Ape keje ko cap duit ke Ogy? Ke ko 'supplier' metaphatamine (btol ke aku eja). Dah lame 'craving' for BB but still x dapat2 lagi. Takde ke sub-con or supplier yang nak rasuah aku ngan BB nih? Huhuhuuh..


Second wish :

I need a new lappy! Like this 'blue' one.

That day dah sound kat encik hubby betapa saye nak lappy yang baru. Yang ade sekang sudah seakan-akan nazak. Huhuhuhuhu.. Encik hubby buat dunno je. Xpelah, gunalah lappy yang ada until jahanam dulu ye. Jangan gedik sangat, laki ko bukan kaye. But still nak masukkan dalam wishlist. Ngehehhehe

Third wish :


Gucci handbag



Ohhh.. sangat teringin memiliki designer handbag. 1 pon jadilah. Actually, pernah je pakai designer handbag tapi of course la beli kat butik uptown! Muahahahhha..

Fourth wish :

Nak beli rumah sendiri. Rumah tu mesti ada swimming pool, so that boleh la aku berangan ala-ala mermaid gitu. Kot rasa stress sangat, boleh terjun terus masuk pool dari balkoni. Hehehheheh.. Kot gitu, ari-ari leh la aku terjun tiruk. Ye tak ye gak, kot nak impak lebih sikit, better aku duk kat apartment je, terjun dari tingkat 18 terus. Erk, bersepai lak tulang-temulang aku dalam pool tu nanti. Kensel apartment!

Nak rumah cenggini la lebih kurang
tapi kalo boleh pool tu besar sikit lagi


Fifth wish :

Last but not least, of course la nak g bercoti okeh. I x nak coti dalam Malaysia, i nak coti kat oversea u know. Muahhahahha.. Malaysia ni pun aku x abis round lagi, gedik nak ke oversea. Heheheh.. Name pon wishlist kannnnn.. So, destinasi bajet i ialah:

Istanbul, Turki


Tak ingat bila, tapi pernah tengok dokumentari pasal Istanbul. Sangat-sangat teruja. Sebab senibina kat sana memang cantik-cantik and view pon cantik-cantik gak. Masa tu jugak aku terus jerit kat encik hubby "D! nanti kite g Istanbul nak?". Dia terus jawab "Ok." Best x husband i? Jangan jeles okeh? Muahahhaa (dia ok kan aje, ntah bile nak peginye pon xtau!)

TAPI

Kot x dapat nak g Istanbul, aku ada listkan second choice :

Jepun

Motif nak g Jepun?



Nak pegang sekuntum bunga sakura di gurun sahara. heheh


K la, kot x dapat nak g Istanbul atau Turki, bawak je la aku g Bukit Tinggi. TAPI, bukan sekadar Bukit Tinggi, kena stay kat Tropicale Colmar okey. Hahahhaha.


nampak klasik x? kire ok la.. nampak mcm kat oversea gak


Okehlah. Enough dreaming! Huhuhu...

p/s : mintak-mintak la encik hubby bace this entry. And then dia senyap-senyap je suprisekan wife dia yang materialistik nih.. Hahahahha..























SH!To

· 0 comments

Inilah hasil kerja tangan aku

Tadi aku sibuk menggodek-godek layout

Adjust itu ini.

Sekali hasil mcm sh!to.

So malas nak repair balik

Pakai classic dulu

Sok-sok je la aku adjust balik





SH!tO

RUDE-RUDE BOY

Wednesday, May 26, 2010 · 0 comments



suka ini lagu.. suka itu gelek..hehehhe

Hati gumbira tidak terkira..

Saturday, May 22, 2010 · 1 comments

Semalam encik hubby udah pulang dari out-stesen (ceh, macam bagus je aku tulis out-stesen. Ehhh, jepun kira out-stesen ape??!!).

Bile encik hubby dah balik, macam-macam cerita yang aku bukak. Kire macam open table, tp xde makanan. Kire untung sebab aku perlu bermodalkan air liur je. Heh. Dari cerita opis sampaila ke cerita makcik nasik lemak aku cerita. Bukan nasik lemak makcik! Dia angguk-angguk saja. Paham atau setuju? Ke sekadar angguk nak puaskan nafsu hati aku je?

The best things bile encik hubby ada kat rumah mestilah sebab dapat makan 'benda' best! Ko ingat benda apa? X kisah la ape benda pon, janji aku puasssssssss. Hahhahaha.. Ye la, puas la dapat makan nasik.

Hari pon kembali seperti biasa. X payah aku susah-susah nak bukak tutup pagar. Hhihihihihi.. (Ntah ape yang best sangat ntah)

K lah, nak layan menuju puncak nih. AFUNDI maulana sendatttt!!! wakakakka


Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..

Friday, May 21, 2010 · 2 comments

I found this article in one of my fren FBs'. Just to share this info, so that kita lebih jelas tentang hukum-hakam dalam Islam. Am not very good though, but am trying to be one.

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

P/S : Semoga kita lebih berhati-hati

Ini macam pon ada ka?

· 1 comments




Ini macam punye claim pon ade ke?? First time aku jumpe.. HAHAHHAHHAA


For GRO : RM300

Kot aku la yang 'order' GRO tu.. pastu aku nak claim.. tak sampai hati aku nak tulis situ yang aku claim for GRO. Ingat company bapak ko ke suka hati nak tulis apa-apa claim pon. Kot ye pon, tipu la sikit. Takyah la terang-terang ko bagitau. Ape ke jujur (ke bodo?) sangat ko meng'claim'?

Ini manusia kat opis aku yang claim ni. Kira nak tunjuk hebat a tu, siap boleh order GRO segala. Elehhhhhhhhhhh... ape kelas GRO. GRO yangs setakat teman menyanyi je kot... Kat bawah opis ni pon berterabur kat rumah urut. Siap pandai urut tauuuuuuuuuuuu!!! GRO lelaki pon ada. Hahahahahahah.. Kot sape-sape nak dapatkan extra 'urutan' yang aku x sure tahap kehebatannya (korang g lah jengah rumah urut atas MK Fatimah ni) ahahahahah...

p/s : RM 300 berapa jam punye servis ek? Huhuhuuh

Buat sang suami

Tuesday, May 18, 2010 · 3 comments

Sedihnya. Dah lama encik hubby tak out-station, tiba-tiba kena g pulak kali ni (macam jauh sangat bunyinya). Bertambah-tambah sedih, bila tengok Damia macam tercari-cari kelibat babanye. Baba takde sayang, kita sama-sama tunggu baba balik bawak duit satu guni ok. Hihihiihi..

Selalunya, tiap pagi, aku yang akan gerak pegi keje dulu. Tak kira la aku lambat ke cepat, memang aku yang keluar dulu, sebab aku malas tutup & kunci pagar. Itu tugas encik hubby. Pemalas betul aku. Huhuuhu.. Jadi, nak tak nak, encik hubby jugak yang kena keluar last gara-gara bini yang amat rajin ni. Tapi, start semalam, aku yang kena buat semua tu. Japgi kang terkejar-kejar pulak, Damia dah start buat-buat batuk. Tu tandanya kejap lagi dia nak menangis ala-ala gedik. Saje dia suka tengok aku terkejar-kejar macam x cukup tanah je gayanya. Pastu kang dia tersengih-sengih je pulak. Saje suke ye.. Tenyeh kang. Hehehhe.. mesti baba gerun kan tinggalkan Damia ngan mama berdua je.

Bila balik dari ofis, lepas fetch Damia kat nursery, kadang-kadang encik hubby sampai rumah dulu. So, aku x payah susah-payah nak stop kereta, bukak pagar. Pagar dah ternganga luas dah, tinggal masuk & park je lagi. Huhuhuuhuh... Tapi, start semalam, kena bukak & tutup pagar sendiri. Pastu kedek-kedek masuk rumah & park Damia atas tilam dia. Paling x best bila encik hubby takde ialah, aku kena pikir pasal makan sendiri-sendiri aje. Huhuu.. Selalunya, encik hubby yang akan come out ngan idea-idea bernas untuk juadah dinner. Perggghh..kot baca memang orang budget aku bini paling malas. Hahhahahah.. Ehhhh.. x semestinya encik hubby bagi idea, dia jugak kena masak.. Pegi beli je. Hhahahaha... Xpe, kita ambik kesempatan untuk berdiet sementara ketiadaan encik hubby di rumah.

Rindu sama kamu
(camwhore gila, muka anak sipi xpe, janji muka dia penuh)

Cerita pasal dinner, malam tadi aku buat laicikang. Mengadap laicikang depan tv sambil si anak tido terkangkang, amatlah sedapnye. Hihiiiii.. Tapi..dek kerana laicikang itu, aku punya kapla banyak weng sampai ini time. Weng punye pasal, malam tadi aku x dapat nak tido, BUKAN sebab Damia, tapi sebab laicikang! Aku nampak tiang katil bergerak-gerak je malam tadi. Balik ni aku nak humban je longan tu, sakit kepala aku longan weih! (Tapi sayang la pulak sebab longan tu sedapppp.. banyak lagi pulak tu).

Tu la, masa laki ada rumah, keje aku pok-pek-pok-pek je.. Huhuhuuh.. Bila xde pon aku stil pok-pek gak lagi, tapi kat Damia la.. Dia tak paham takpe, yang penting ada yang sudi tadah telinga untuk mendengar. Hahahahh..

Encik hubby, siapkan kerja cepat-cepat. Lepas tu cepat-cepat balik okeyh. Tak tahan rasa, bukan tak tahan rindu, tapi tak tahan sebab bila membebel takde orang nak reply. Ngeheheh..

P/s : Baru dapat berita yang anak kakak aku admitted kat Seremban Medical coz ada infection kat lungs. Adik, jom kite pegi..





 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets