Friday, November 4, 2011

Uiii.. rasa lama gila x berhapdet ini blog.. Berbulan-bulan oih.. ntah mana punya malas la yang dah tersangkut kat aku sampaikan liat sangat nak menghapdet. Padahal banyak je kot cerita-cerita yang nak aku bebelkan.. Gossip-gossip yang nak diumpatkan (oi..x baik mengumpat!!).. Hal-hal yang nak dikepochikan..


Ok la..


Seiring dengan semangat serta tahap kerajinan yang begitu membuak-buak..mehla aku merepek barang sepatah dua.. Oh ye.. merepek pasal pregnancy la.. Senahohohoho


Sekang aku dah 35 weeks pregnant. Alhamdulillah, setakat ni takde la lagi apa-apa masalah yang kronik unless bleeding masa awal-awal pregnant hari tu. Maybe masa tu aku dok buat kerja-kerja berat kot.. Tapi lepas-lepas tu ok je...sampailah ke hari ni..


Sepanjang 2nd pregancy ni aku takde pun mengidam yang pelik-pelik. Selamat poket encik hubby.. Tapi aku rasa masa pregnantkan Damia pon aku takde nak idam-idam ni. Cuma cepat terliur kalau tengok orang makan apa-apa la.. Hehehhe.. Lepas tu cepat-cepat jugak la aku paksa encik hubby gi belikan.


So far, barang-barang baby pon semua dah standby dan dah selamat masukkan dalam kereta pon just in case kot-kot aku nak terberanak awal macam kes Damia hari tu. Kot x standby awal-awal, ada pulak yang dok hangkut dua tiga beg masuk hospital. Hahahha.. serius lawak gila kot aku ingat balik time bersalinkan Damia. Memang tak standby apa-apa barang, tup-tup nak terberanak. Encik hubby p angkut segala barang-barang macam nak suruh aku berkampung terus kat hospital. Aku rasa, mesti nurse-nurse kat Hospital Sungai Buloh tu pakat gelakkan aku. Mau tak, ade ke patut set pantang bersalin aku pon dia hangkut sekali bawak p hospital. Adehaiii...


Harap-harap bersalin kali ni takde masalah.. Insyaallah..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets