Random update!

Saturday, September 18, 2010

Salam

X berapa ada mood nak update.. Banyak juga yang nak dicerita, tapi idea x keluar-keluar. Penat 'perah' otak. Still beku jugak..

Few updates about Hari Raya this year:

1 Syawal :
Raya di Kuala Kangsar (my hometown). X sempat sangat nak berjalan-jalan coz ramai amat saudara mara n jiran-jiran yang datang. Sampaikan sessi beraya sesama ahli keluarga pon bertanggak ke tengahari. Apedaaa..

Malamnya nampak bintat-bintat berkeliaran kat badan Damia. Sah!!! Chicken pox menyerang.. Aku dah terbayang sessi x beraya untuk tahun ni.

2 Syawal :
Duk melengung kat rumah je. Naya nak bawak Damia g beraya. Dengan condition demam yang agak teruk.. better don't take a risk.. Melayan tetamu yang datang saje sudehhh..

3 Syawal :
Pergi Sungkai (rumah Mak Ngah). Melawat nenek yang beraya kat sana. Kurus betul nenek sampai terketar-ketar tapi Alhamdulillah, masih punya kesempatan meraikan Aidilfitri kali ini bersama-sama. Balik dari Sungkai terus gerak ke Sg. Petani untuk sessi raya-raya kat sana plaks.

4 & 5 Syawal :
Beraya ala kadar.

Malam 5 Syawal, dapat kol dari mak. Nenek telah pergi meninggalkan kami selamanya. Terus bergerak balik ke KK malam tu jugak. Macam-macam hal yang berlaku. Aidilfitri kali ini sedikit tercalar.

6 Syawal :
Seawal 7 pagi bergerak ke Sungkai. Arwah dikebumikan sebelum jam 11. Hati sedikit terusik sebab nenek saja generasi tua yang tinggal. Banyak kenangan bersama arwah yang x mungkin dilupakan. Sayang nenek!! Adik lebih lagi, asyik menangis.. Sebab dia paling rapat dengan arwah nenek. Yang rajin menyikatkan rambut, memotong kuku, memapah nenek dan segalanya. Kami amat merasa kehilangannya. Semoga ditempatkan disisi insan yang beriman dan beramal soleh. Doa kami sentiasa bersama nenek. InsyaAllah...

Petang terus balik ke KL. X banyak yang dapat diceritakan.. Otak rasa sendat..

p/s : teringat zaman kecik-kecik dulu. Zaman kami adik-beradik terlamapau nakal sampaikan mak dah xde kerja lain asyik belasah kitorang je. Mujur arwah nenek ada, kerana dia la yang selalu meredakan kemarahan mak..

Terima kasih nenek.

Ampunkan KAMI mak.. heheheh

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets