Entry x bertajuk..Tapi ni kire tajuk gak la..

Wednesday, September 1, 2010

Kat mana nak mula ini cerita ya?? Banyak sangat kononnya nak cerita nih.. Ok.. tarik napas.. lepas.. tarik napas.. lepas.. *over*

Eleh, setakat nak cerita pegi jalan-jalan kat JJ Bukit Tinggi pon nak over.. Keh3

Actually cerita dah basi pon. Hek3.. Ari Ahad lepas keluar dari rumah seawal 9.30am. Perghhh.. x penah dibuek-buek kitorang keluo subuh sepi'e gini.. ngeheheh.. Selalu keluar lepas Zohor.. ececehh.. Keluar lebih awal daripada biasa adalah kerana nak pigi pikap tartlets yang aku order untuk birthday Encik Hubby. 30/08 birthday dia. Tak nyempat-nyempat nak keluar gamaknya, kot keluar 31/08, boleh join jadi anak merdeka n of course masa mak mertua aku beranakkan dia dulu gerenti dapat hadiah dari bini menteri besar. Hohohoo

Pikap tartlets kat Seksyen 13, Shah Alam. Berkobar-kobar mak nak menge'taste' tartlets itu. Sebab mak ni xpernah-pernah lagi order makanan yang seangkatan dengan tartlets ni via online. Selalu kot nak, mak p carik kat kedai je.

Tengok ini pic terus rase lapar..


Sape-sape yang terasa nak order.. boleh order kat cuppies4you. Highly recommended n harga pon patut-patut. Ape yang penting.. rasa dia okeh!

Pas pikap tartlets (dah macam aturcara majlis lak aihh) terus pigi itu JJ Bukit Tinggi sebab kami laki bini teramat bosan nak dok menganga kat rumah. Perghh.. berasap gak nak carik parking.. Berkerumun plak orang kat situ. Ape kes ntah?! Ronda-ronda tanpa tujuan sebab nak shopping raya.. udah setel.. Tinggal kasut budak kecik sorang tu jeh.. Okeh.. g beli kasut Damia lah..



Kaki sepasang je..kasut 3 pasang

(gara-gara ke-haloba-an seorang mama)


Tuh.. kasut tengah-tengah tu. Cap Baby Kiko (barangan buatan Malaysia). Rege RM 31.90. Manakala (ceh..manakala tu) yang belakang sekali tuh cap Vincent (Made In Sweeden) dan rege adalah RM 17 sahaja ye... Aku terus teringat iklan kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia' yang ada si Zarina AF tu belek baju rege RM300 lebih kut, mula dia xnak amik.. tapi mengenangkan baju tu Buatan Malaysia, dia hamik. So, aku agak curious di sini "Adakah barangan buatan Malaysia memang kena mahal regenya?"


Round punya round.. tiba kat centre court JJ tuh.. hingaq sungguh la.. Rupenya Astro ada buat event. Ada la 2-3 budak-budak AF dok terkinja-kinja atas pentas tuh.. Energetic betol walaupun di bulan poser. Padanla parking full, rupenye orang berebut-rebut tempat nak tgk diorang la kot. Adela snap pic diorang 2-3 tapi x koser aku nak tepek kat sini. Keh3

Tapi pic ini harus tepek okeh! ;p




Cett.. anak dara kecik ni 'sedekah' ayaq liuq kat mak dia


Pic Encik Hubby adalah tiada sebab dia selaku photographer x bergaji untuk hari itu. Len kali la ye bang!

Oh ye.. belt yang dah nazak sudah ada pengganti. Dari study aku dok belasah belt tu. Dan atas dasr ketahanan terhadap kelasakan, maka aku beli cap yang sama jugak ini kali..

Dulu beli ni xde diskaun

Ini time beli, ada diskaun. 30%!

Ini budak kecik dengki.. Sudah sapu ayaq liuq kat belt mama!



Ada lagi barang-barang lain yang berjaya disambar tanpa disedari oleh Encik Hubby. Jadi x boleh tepek pic. Kasi diam-diam duduk!

2 comments:

cc said...

nak sket tartlets hehe =p

anak u very the chinese looking, mata sepet sama mcm yg bcakap nih. putih melepak wu geram2.
ohh emak dia adalah cunsss!

Puteri Ogy said...

cc : make your own tartlets!! hahaha..

ehem2.. tq for d compliments but no duhet raya for u!! hahaha..

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets