Duit raya
So, Isnin lepas aku pegi cimpeng (read = CIMB bank) untuk bank-in duit raya Cik Damia sorang tu. Alhamdulillah, tahun pertama berhari raya, murah rezeki anak tu. Dapatla ngam2 rm200. Untung ko ye.. Campur-campur dengan duit orang bagi masa dalam pantang dengan duit bulanan yang aku n encik hubby invest tetiap bulan.. banyak pulak duit dak tu.. Tergugat 'mata duitan' mama ko nih.. Hahah
Kalau dulu-dulu, seingat aku la, duit raya habis-habis banyak pon RM180. Tu kira tahap yang paling banyak aku pernah dapat la. Habis raya je, gerenti lawan dengan abang sape lagi banyak dapat duit raya. Tapi ofkos la dia dapat lagi banyak sebab dia rajin merambu p kutip duit raya. X macam aku. Aku kan nak dara sunti.. mana bleh merambu sebarangan! Hahaha..
Sebut pasal duit raya, ke mana selalunya duit tuh pergi?? Simpan atau labur kat kedai apek?? Macam aku, dulu-dulu abah akan mintak half untuk simpan and the rest terpulang pada kitorang nak buat apa. Disebabkan 'terpulang', pakat x pulang modal la duit tuh.
Ingat tak dulu-dulu zaman sekolah, kebanyakan student ada name card? Bukan yang macam bisnes card kita sekang.. Yang dia punya modal biasanya gambar artis-artis omputih, x pon katun sailormoon. Kalau yang kecik-kecik dah jiwang karat, theme love-love pon ada. Ha.. ke situ la duit aku selalu pegi. Ntah ape gedik nak ber'name card' bagai ntah. Nak kata ramai pakwe, time tu berhingus lagi.. Orang tengok pon x berselera. Dok sibuk la tempah sampai 2,3 design. Pastu pas kat adik-beradik n membe kelas je pon. Appara..
Tapi, aku ingat lagi. Masa tu kitorang se'family' duk kat Sarawak. Abang ngan akak aku memang bisnes minded. Diorang buat modal start bisnes tikam-tikam (Ceh.. kecik-kecik dah ada niat bisnes2 judi..keh3). Tapi series, bisnes tikam-tikam memang laku betol..
Aku ingat..kalo zaman sekang punya standard, budak-budak dah boleh bukak bisnes lagi besar macam bisnes main game ke. Ala.. ape susah.. ko tong-tong duit beli PS3, X-box ke.. panggil budak-budak datang main. Ko caj la sejam RM1 pon dah kira masyuk gak tu..
1 comments:
balik ni aku nak g rompak damia la.banyak duit raya kaaaauuuu.hahah
lama dah aku tak dpt duit raya.mu tokse wi ke aku keee??
Post a Comment