Malam Jumaat ke?

Friday, April 30, 2010



Macam hari-hari yang lain, tapi bila ari Jumaat dia jadi spesel sikit. Sebab malam tadi malam Jumaat. Hahahaahah.. Bukannn.. arini agak spesel sebab arini ari Jumaat, da aku berbaju kurung. Jarang sekali ok aku nak pakai baju kurung g opis. Selalu aku belasah je pakai apa yang sempat. So, arini aku rasa ayu sangat.. Hehehhehe. Walaupun aku rasa aku ayu hari ini, tetapi aku tetap nak moody. Mane tak moodynye, bila masuk opis je, bos dah gasak ngan 1001 soalan. Kotye nak tanya pon, tunggu la aku mentekedarah breakfast dulu. Ini x, main sondol je. Aku taula ko bengang sebab xde orang ingat birthday ko semalam. Siapa suruh masuk opis dengan muka ketat, dah tak dapat kek. Padan muka bos aku! Hahahahha

This week macam tak berapa sempat nak update blog. Sebab? Takde sebab, aku malas je la sebabnye (alasan yang sangat konkrit dan standard dari aku).

Ni kejadian semalam. Ini bukan cobaan.. ini betol-betol kejadian!

Ni baru kat sini, depan tu lagi ramaiiiii orang lepak-lepak


Tukang masak, waiter semua keluo bersidai tepi jalan.

Semalam aku sampai lambat kat opis. Almost 9.00am baru aku sampai. Selalunya aku lambat dalam 2,3,5,10 minit je. Eheheeh.. tapi semalam jadi lambat setengah jam sebab ade eksiden. Jammed bagai nak rak. Macam biasa la, bila ada eksiden, orang pon sibuk-sibuk nak berentikan keta, yang tengah masak tutup dapur gas g bersidai tepi jalan macam makcik-makcik kat restoran sri rahayu tu. aku report kat bos ko nanti. Hahahhah

By the time aku lalu kat tempat kejadian, aku tak nampak objek apakah yang eksiden itu. Sebab dah clear pon. Yang menambahkan keadaan jammed tu, bukan sebab apa pon.. Semua sebab orang lain yang 'prihatin' terlebih. Terlampau prihatin sampaikan benda dah jadik 2-3 hari lepas pon still lagi dok berkesidai kat situ. Bawak-bawakla gerak weih.. Unless mangsa accident tu ada kat situ lagi xpela, maknanya aku tau, korang berkesidai kat situ sebab nak menolong. Ini tak, benda dah clear semua, aku tengok mulut sorang-sorang terkumat-kamit bercerita, tangan pon tergawang-gawang. Beriya betul bercerita.

Eh..itu cerita semalam..ada cerita jugak untuk 2 hari lepas. Ini entry backwards ye.



Ada apa dengan Avanza?

Ini avanza sangat the kureng ajar one. Selamba kodoks je ko corner lipat eh. Kot tersondol kete bmw aku macam mane? ade duit nak bayar??!! Aku beriye nak kejar n snap no plate dia so that next time kot-kot ternampak keta ni kat mana-mana aku nak gores & menang je keta ko. Ye la..bukan ape. Aku tau semua orang nak cepat balik, tapi janganlah ko memandu dengan lagak & bahaya sampai nak membahayakan orang lain. Udahle awak tu pakcik, tunjukla perangai molek sikit kat generasi muda macam aku nih. Ahahahha..

Aku follow je avanza tu. Nak gak tengok yang dia dok rushing sangat tu nak ke mana, airport ke? Lahhhh.. rupa-rupanya, mau pegi makan Mc'D. lapo rupenye. Isk3..kot lapar pon, hati-hati memandu pakcik. Ce kalo tereksiden time ko tunjuk lagak ngeri tu, kan dah melepas makan Mc'D.

Cukup-cukupla aku merepek untuk separuh hari ni. Ade lagi benda aku nak labun kan. (Tau x labun?). Perut pon sudah lapar, kot lambat-lambat, mau aku pulak dapat tabiat macam pakcik Avanza tu.. corner lipat di mana-mana sahaja anda berada. Kang x pasal-pasal, kereta aku pulak masuk blog entah sapa-sapa n then kena gores & menang pulak!




0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets