Tafsir personaliti anda melalui tulisan

Thursday, September 23, 2010

Sebelum baca kena capai pen, dan tulis pape perkataan. Try tulis 'ASSALAMUALAIKUM' dulu. Pastu baru leh tau personaliti anda macam mana.

Contoh-contoh tulisan yang familiar pada mata kasar aku:-


Tulisan selalu bermula dengan huruf kecik.

Contoh : assalamualaikum

Personaliti : Anda adalah jenis orang yang x banyak cakap. Pendek kata, pendiam. Selalu merendah diri juga.

Percintaan : Macam personaliti ko jugak, macam tu jugaklah nasib dalam perhubungan. Selalu sangat kena kelentong ngan pakwe/awek ko.

Pelajaran/ kerjaya : Kalau ko ni student, memang standard selalu jadi mangsa member-member yang pemalas. Diorang nih memang dah aim nak tiru assignment ko.


Tulisan 'mixed'

Contoh : aSSaLaMuaLaiKum

Personaliti : Seorang yang sangat kreatif dan selalu berpikir di luar kotak. Tapi dek terlampau suka berpikir, hidup ko selalu tunggang-langgang. Lain yang ko buat, lain yang jadi.

Percintaan : Ko cepat bosan dengan pasangan. Dalam erti kata lain, ko ni playboy/ playgirl.

Pelajaran/ kerjaya : Cemerlang dalam pelajaran tapi tidak dalam kerjaya sebab terlalu suka tukar-tukar kerja.


Bila menulis huruf a, selalu ada palang kat tengah-tengah huruf tu
(budak sekolah yang selalu ada tulisan macam ni)

(ini kali aku lump sum personaliti, percintaan, pelajaran/ kerjaya)

Ko jenis orang yang suka memberontak. Suka bantah. Apa orang cakap semua ko nak bangkang. Apa ko ingat ko bagus sangat ke? Tak kira la mak, pak, kak, abang, membe atau bos - ade je benda yang ko rasa x betul. Dari segi percintaan pulak, ko dengan pakwe/awek selalu x sehaluan. Si dia kata A, ko kata Z. Putus lagi bagus la macam ni. Ko x layak ada pakwe/awek. Baik tukar tulisan kalau x nak hidup berkelana kesorangan.


Tulisan sambung (tapi kemas)

Ko sentiasa berusaha untuk memajukan. Tak pernah kenal erti putus asa. Tahun 2010 hampir ke penghujung. Mungkin ada berita baik bagi yang dah bekerja?


Tulisan condong ke kiri/ kanan

Seorang yang kelakar. Bila dengan kawan-kawan, ko ada je idea nak menghidupkan suasana. Tapi sebab ko terlampau kelakar, x sorang pun pakwe/awek yang lekat lama ngan ko. Mana nak tahan, setiap satu benda yang diorang cakap, semua ko nak jadikan bahan lawak. Melampau tol!

Ini yang last.. Lain-lain tulisan sendiri tafsir la..


Tulisan tegak, kemas, cun dan sewaktu dengannya
(ni kira tulisan paling otai la..keh3)

Contoh :




Personaliti : Ko jenis yang cermat. X suka sepah-sepah ni. Ko pon rajin jugak. Banyak kualiti yang bagus dalam diri ko nih.. Anak sapaaaaaaaaaa la ni..

Percintaan : Memang bertuah sape yang dapat ko sebagai pakwe/awek. Udahla baik, setia.. isk..x tau la aku nak explain macam mana.

Pelajaran/kerjaya : Seorang pelajar cemerlang. Kat opis lak, ko disenangi opismate. Bos pon sayang ko.

Amacam.. terpulang la kot nak percaya ke idak..

p/s : hak3..

2 comments:

alifah@along said...

hahhahaha...sebenarnya nak tunjuk tulisan dia la tu..hehhehhee....kalau semua tulisan aku ada, camna plak tu??hahhahaa...ko jd mak tilik plak ke???tp, aku rasa tulisan aku lebih kurg tulisan ko la..apakah??hahahha

Puteri Ogy said...

hahahha.. kalo semua ada itu maknanya anda seorang yang sukar dikawal. Kalau boleh semua anda nak walaupon termasuk merampas hak org lain.. wakakak..

kalo tulisan ko macam aku long, kira betul dah tilikan aku tuh.. hahah

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets