Duit raya

Friday, September 24, 2010 · 1 comments

Memang dah adat lepas-lepas raya nih, yang adik-adik dok sibuk kira duit raya masing-masing. Pastu gerenti dah siap plan nak buat ape dengan duit raya tuh. Mak-mak pon x lupa nak kirekan duit anak.

So, Isnin lepas aku pegi cimpeng (read = CIMB bank) untuk bank-in duit raya Cik Damia sorang tu. Alhamdulillah, tahun pertama berhari raya, murah rezeki anak tu. Dapatla ngam2 rm200. Untung ko ye.. Campur-campur dengan duit orang bagi masa dalam pantang dengan duit bulanan yang aku n encik hubby invest tetiap bulan.. banyak pulak duit dak tu.. Tergugat 'mata duitan' mama ko nih.. Hahah

Ini gambar sekadar 'perhiasan'


Kalau dulu-dulu, seingat aku la, duit raya habis-habis banyak pon RM180. Tu kira tahap yang paling banyak aku pernah dapat la. Habis raya je, gerenti lawan dengan abang sape lagi banyak dapat duit raya. Tapi ofkos la dia dapat lagi banyak sebab dia rajin merambu p kutip duit raya. X macam aku. Aku kan nak dara sunti.. mana bleh merambu sebarangan! Hahaha..

Sebut pasal duit raya, ke mana selalunya duit tuh pergi?? Simpan atau labur kat kedai apek?? Macam aku, dulu-dulu abah akan mintak half untuk simpan and the rest terpulang pada kitorang nak buat apa. Disebabkan 'terpulang', pakat x pulang modal la duit tuh.

Ingat tak dulu-dulu zaman sekolah, kebanyakan student ada name card? Bukan yang macam bisnes card kita sekang.. Yang dia punya modal biasanya gambar artis-artis omputih, x pon katun sailormoon. Kalau yang kecik-kecik dah jiwang karat, theme love-love pon ada. Ha.. ke situ la duit aku selalu pegi. Ntah ape gedik nak ber'name card' bagai ntah. Nak kata ramai pakwe, time tu berhingus lagi.. Orang tengok pon x berselera. Dok sibuk la tempah sampai 2,3 design. Pastu pas kat adik-beradik n membe kelas je pon. Appara..

Tapi, aku ingat lagi. Masa tu kitorang se'family' duk kat Sarawak. Abang ngan akak aku memang bisnes minded. Diorang buat modal start bisnes tikam-tikam (Ceh.. kecik-kecik dah ada niat bisnes2 judi..keh3). Tapi series, bisnes tikam-tikam memang laku betol..

Aku ingat..kalo zaman sekang punya standard, budak-budak dah boleh bukak bisnes lagi besar macam bisnes main game ke. Ala.. ape susah.. ko tong-tong duit beli PS3, X-box ke.. panggil budak-budak datang main. Ko caj la sejam RM1 pon dah kira masyuk gak tu..

Tafsir personaliti anda melalui tulisan

Thursday, September 23, 2010 · 2 comments

Sebelum baca kena capai pen, dan tulis pape perkataan. Try tulis 'ASSALAMUALAIKUM' dulu. Pastu baru leh tau personaliti anda macam mana.

Contoh-contoh tulisan yang familiar pada mata kasar aku:-


Tulisan selalu bermula dengan huruf kecik.

Contoh : assalamualaikum

Personaliti : Anda adalah jenis orang yang x banyak cakap. Pendek kata, pendiam. Selalu merendah diri juga.

Percintaan : Macam personaliti ko jugak, macam tu jugaklah nasib dalam perhubungan. Selalu sangat kena kelentong ngan pakwe/awek ko.

Pelajaran/ kerjaya : Kalau ko ni student, memang standard selalu jadi mangsa member-member yang pemalas. Diorang nih memang dah aim nak tiru assignment ko.


Tulisan 'mixed'

Contoh : aSSaLaMuaLaiKum

Personaliti : Seorang yang sangat kreatif dan selalu berpikir di luar kotak. Tapi dek terlampau suka berpikir, hidup ko selalu tunggang-langgang. Lain yang ko buat, lain yang jadi.

Percintaan : Ko cepat bosan dengan pasangan. Dalam erti kata lain, ko ni playboy/ playgirl.

Pelajaran/ kerjaya : Cemerlang dalam pelajaran tapi tidak dalam kerjaya sebab terlalu suka tukar-tukar kerja.


Bila menulis huruf a, selalu ada palang kat tengah-tengah huruf tu
(budak sekolah yang selalu ada tulisan macam ni)

(ini kali aku lump sum personaliti, percintaan, pelajaran/ kerjaya)

Ko jenis orang yang suka memberontak. Suka bantah. Apa orang cakap semua ko nak bangkang. Apa ko ingat ko bagus sangat ke? Tak kira la mak, pak, kak, abang, membe atau bos - ade je benda yang ko rasa x betul. Dari segi percintaan pulak, ko dengan pakwe/awek selalu x sehaluan. Si dia kata A, ko kata Z. Putus lagi bagus la macam ni. Ko x layak ada pakwe/awek. Baik tukar tulisan kalau x nak hidup berkelana kesorangan.


Tulisan sambung (tapi kemas)

Ko sentiasa berusaha untuk memajukan. Tak pernah kenal erti putus asa. Tahun 2010 hampir ke penghujung. Mungkin ada berita baik bagi yang dah bekerja?


Tulisan condong ke kiri/ kanan

Seorang yang kelakar. Bila dengan kawan-kawan, ko ada je idea nak menghidupkan suasana. Tapi sebab ko terlampau kelakar, x sorang pun pakwe/awek yang lekat lama ngan ko. Mana nak tahan, setiap satu benda yang diorang cakap, semua ko nak jadikan bahan lawak. Melampau tol!

Ini yang last.. Lain-lain tulisan sendiri tafsir la..


Tulisan tegak, kemas, cun dan sewaktu dengannya
(ni kira tulisan paling otai la..keh3)

Contoh :




Personaliti : Ko jenis yang cermat. X suka sepah-sepah ni. Ko pon rajin jugak. Banyak kualiti yang bagus dalam diri ko nih.. Anak sapaaaaaaaaaa la ni..

Percintaan : Memang bertuah sape yang dapat ko sebagai pakwe/awek. Udahla baik, setia.. isk..x tau la aku nak explain macam mana.

Pelajaran/kerjaya : Seorang pelajar cemerlang. Kat opis lak, ko disenangi opismate. Bos pon sayang ko.

Amacam.. terpulang la kot nak percaya ke idak..

p/s : hak3..

· 3 comments

Gambar dicilok dari Google


Semalam aku lunch kepci. Dah lama rasanya x makan kepci. Tetiba buang tebiat nak mencekik kepci, so pas ronda-ronda kat Giant Setia Alam yang sumpah x best, terus drive-thru kepci. Hajat hati nak makan twister tapi malang memang tidak berbau.. yang dihajat tekak tak ada. CEh!! xpe.. kita switch to snack plate.. jangan senakkan kapla dengan benda-benda simple..

Time makan-makan tuh, terpandang plastik kepci tuh.. Terus fikiran melayang jauh. Punya jauh sampai tahun 1991. Itu time aku darjah 3. First time dapat makan mekdi!

Dulu-dulu masa abah aku still dalam army, hidup kitorang sefamily xdelah selesa sangat. Lepas makan pakai je la kata orang. So, there was 1 fine day (gedix nak ber'skiping' london jap), tetiba abah bawak balik berplastik-plastik mekdi. Peghak sungguh aku time tu.. Ye la.. seblom tu dok tengok je member-member (si Adeemasrizal ngan si Hafizah - ni 2 orang anak orang kaya) dok bawak bekal letak dalam plastik mekdi. Walaupon isinya bukan mekdi, tapi aku dah cukup rasa jaki! Ye la.. sajeje nak menunjuk2 la tuh.. keh3

Jadi, seblom mencekik mekdi tuh, aku dah pesan kat mak supaya jangan buang plastik-plastik mekdi tuh. Niat aku memang 1, sok bawak bekal nak buh dalam plastik mekdi!!

So, besoknya tuh.. aku berjalan penuh bergaya dengan plastik mekdi kat tangan.. Dalam hati kembang berbunga.. Ye la, korang mampu ke nak makan mekdi? Keh3. Masuk kelas, siap landing bekal berplastik mekdi atas meja lagi. Padahal selalu aku letak bawah je pon. Hahaha...

Bile pikir-pikir balik, memang le buruk giler perangai. Tapi biasela.. budak2 lagi tim tu.. Kire logik la kalo dengki-mendengki ni still kuat lg..

Sepatah 2 kata

Monday, September 20, 2010 · 2 comments

Salam..

Sekian..

p/s : inilah sepatah dua kata.. kah3.. harap maaf.. tuan blog berada dalam kondisi yang x stabil!

Random update!

Saturday, September 18, 2010 · 0 comments

Salam

X berapa ada mood nak update.. Banyak juga yang nak dicerita, tapi idea x keluar-keluar. Penat 'perah' otak. Still beku jugak..

Few updates about Hari Raya this year:

1 Syawal :
Raya di Kuala Kangsar (my hometown). X sempat sangat nak berjalan-jalan coz ramai amat saudara mara n jiran-jiran yang datang. Sampaikan sessi beraya sesama ahli keluarga pon bertanggak ke tengahari. Apedaaa..

Malamnya nampak bintat-bintat berkeliaran kat badan Damia. Sah!!! Chicken pox menyerang.. Aku dah terbayang sessi x beraya untuk tahun ni.

2 Syawal :
Duk melengung kat rumah je. Naya nak bawak Damia g beraya. Dengan condition demam yang agak teruk.. better don't take a risk.. Melayan tetamu yang datang saje sudehhh..

3 Syawal :
Pergi Sungkai (rumah Mak Ngah). Melawat nenek yang beraya kat sana. Kurus betul nenek sampai terketar-ketar tapi Alhamdulillah, masih punya kesempatan meraikan Aidilfitri kali ini bersama-sama. Balik dari Sungkai terus gerak ke Sg. Petani untuk sessi raya-raya kat sana plaks.

4 & 5 Syawal :
Beraya ala kadar.

Malam 5 Syawal, dapat kol dari mak. Nenek telah pergi meninggalkan kami selamanya. Terus bergerak balik ke KK malam tu jugak. Macam-macam hal yang berlaku. Aidilfitri kali ini sedikit tercalar.

6 Syawal :
Seawal 7 pagi bergerak ke Sungkai. Arwah dikebumikan sebelum jam 11. Hati sedikit terusik sebab nenek saja generasi tua yang tinggal. Banyak kenangan bersama arwah yang x mungkin dilupakan. Sayang nenek!! Adik lebih lagi, asyik menangis.. Sebab dia paling rapat dengan arwah nenek. Yang rajin menyikatkan rambut, memotong kuku, memapah nenek dan segalanya. Kami amat merasa kehilangannya. Semoga ditempatkan disisi insan yang beriman dan beramal soleh. Doa kami sentiasa bersama nenek. InsyaAllah...

Petang terus balik ke KL. X banyak yang dapat diceritakan.. Otak rasa sendat..

p/s : teringat zaman kecik-kecik dulu. Zaman kami adik-beradik terlamapau nakal sampaikan mak dah xde kerja lain asyik belasah kitorang je. Mujur arwah nenek ada, kerana dia la yang selalu meredakan kemarahan mak..

Terima kasih nenek.

Ampunkan KAMI mak.. heheheh

Prebet Jamilah - no Q at all!

Monday, September 6, 2010 · 0 comments

Arini aku nak jadi Gayah Soh Seh. Ke Gayah Pok-pek eh?? Lantak la.. Biar apa pun nick yang nak aku gunakan, tujuannya tetap SATU!

Aku mau komplen pasal ini cer:-

Prebet Jamilah


Teraju Utama:-



AKu 'ter'tengok ini cerita masa weekend hari itu. Actually aku 'agak' suka tengok Scha ni belakon sebab dia memang sikit sesuai untuk watak ala-ala sengal macam previous drama dia Awan Dania tuh. Sekali tengok ada Awal sekali.. First impression aku "Owh.. ni mesti best kot.. belakon dgn pokwe!"

Jangkaan aku meleset belaka.

Lepas 20 minit tengok, aku rasa nak tepuk dahi berkali-kali. Cerita apakah ini?? Cerita Melayu yang bagi aku takde hala tuju. Main redah je, janji jadi cerita even hasilnya ntah hapekebenda ntah.

Aku meng'google' tadi. Rupa-rupanya cerita Prebet Jamilah ni bersempena Merdeka. Apakah?? X kena langsung okeh. Memang x sesuai! Aku x nafikan, ada..la.. 2,3 ketul moral value (kot) dalam cerita nih.. Tapi, x merdeka la..

Scha.. cukup-cukupla bawak watak aweks yang sengal-sengal ubi


Kalau ada yang nak tengok full version, jelajah la Astro Ria, gerenti ada ulangan. Standard la, Astro kan rajin ulang tayang cite sampai orang rasa nak muntah darah. Hohoho. Kot takde, tengokla kat you tube. Silalah tonton n judge la sendiri whether this kind of story boleh diangkat/ dikategorikan ada unsur-unsur kemerdekaan di dalamnya.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.. tehehheeh

Aku, pose dan raya

Friday, September 3, 2010 · 0 comments

Harini pepagi lagi time tengah siap-siap nak g keje, tiba-tiba je rasa nak sengih sengsorang. Aku ni memang ada penyakit menyengih sengsorang dari dulu lagi. Nak kata ada pendamping dok main aww-cak ngan aku, lagi la x logik! Ni kan bulan pose.. ngehehe

Bukan apa, tetiba je pagi tadi aku terkenang kenangan pose time budak-budak. Kejenya mesti nak tuang pose je. Seingat aku, aku start blaja pose masa darjah 2 macam tu kot. Pose yang-yok je la, tapi bukan yang jenis bukak periuk okeh. Aku bukak peti ais!

Masa dulu-dulu, abah aku memang selalu beli tembikai. Kira sepanjang bulan pose tu, stok tembikai mesti ada punyalah! Mungkin sebab anak-anak sume jakun, xnak makan kurma, terpaksalah kene menten stok tembikai hari-hari. Nak dijadikan cerita, abah aku ni memang beli tembikai yang separuh tu je, pastu cover dengan plastik tu kan. Aiseh, bulan-bulan pose nampak pulak tembikai kemerah-merahan gitu, mana nak tahan. Hehehe.. Keje aku dok ulang-alik g dapur, bukak peti ais slow-slow bagi muat-muat tangan je, korek isi buah tembikai tu pakai jari! Ngap terus.. hahahh.. Time mak tengah nak sesiap makanana berbuka, itu time la kantoi ada 'makhluk' yang ponteng pose dalam rumah.

Lagi satu trick nak ponteng pose, aku rasa semua tau trick ni. Ya betol! Teguk air paip time mandi bak kata pepatah tu la 'sambil menyelam minum air' tapi yang ni 'sambil mandi minum air'. Biasanya,time mandi akan menjadi lebih panjang daripada biasa. Tapi aku x rajin pakai trick ni, sebab abang aku yang biasa guna trick ni. Togok air paip apa barang? Tasteless! Baik tibai buah tembikai! Keh! keh! keh!

Kadang-kadang tu, dah nazak sangat, kira macam line x clear, aku akan simpan stok makanan dari malam lagi. Tapi kena pandai pilih makanan la, takkan la nak simpan nasik lauk ayam bawah katil. Otak kena jalan tambah lagi nak buat keje-keje menipu macma nih.. Hahahah.. Biasanya aku akan simpan stok milo. Dulu-dulu, milo ni memang feveret gila la. Ratah macam tu je. Gerenti! Makan milo anda jadi sihat dan kuat!! Tapi lepas tu, ko tanggung la azab sembelit! Sape suruh x pose.

Tapi macam mana aku sorok n curi-curi makan, aku rasa gerenti mak aku tau punya. Ye la, time tu yang ada kitorang bertiga je : Akak, abang ngan aku. Adik x keluo lagi masa tu. Kalau dah namanya budak kecik, mustahil boleh pose penuh sehari punya. Buatla muka suci macam mana pon, mesti kene saspek punyalah! Tapi mak baik, time berbuka semua dilayan sama rata, takde istilah "ko x pose, x leh makan sekali."

Banyak gila kenangan berpose masa kecik-kecik dulu yang boleh buatkan aku tersengih-sengih sengsorang. Cerita raya satu hal pulak. Tapi aku malas nak menaip dah. Kot aku rajin, aku sambung la.. Kot x, halalkan je lah..

Company ter'chenta'

Thursday, September 2, 2010 · 4 comments

Ini hari aku nak story pasal company aku keje nih. Aku sendiri noticed, dalam previous entry.. ade gak 2-3 kali aku kutuk-kutuk bos @ opismate aku.. Adat la tu, takkan la aku nak kutuk akak cleaner yang datang opis once a week (eh, ade gak sekali-sekala terlepas mulut aku ni komplen dia cuci jamban x bersih).
Aku keje dengan non-bumi punye company. Chinese-based company. Faham-faham jelah working environment-nya macam mana kan. Meh aku describe sebutir-sebutir:

Korang memang banyak gile keje, dah macam tahap balaci dah. Tapi, gaji ciput!
Aku join this company since 2008. Within 3 months - confirm. Gaji adela naik time tu. Time tu je la.. time la dah x ada naik dah.. Ape ko rasa keje bagai nak rak for almost 3 years tapi gaji x naik-naik gak?? Sakit beb sakit!
Kenapa x mintak naik?? Bagi aku.. increament will be based on your performance, and performance valued by boss. Tapi incik bos, tidak cukup 'perform'kah saya? Atau incik bos mau saya perform style lain?

Setiap gerak-geri korang sentiasa kena perati
Ini dah memang biasa sangat dah. Sampaikan kadang-kadang aku dok rasa "Eh..cun sangat ke aku ni." Mau x nye, kadang-kadang kita kat depan biji mata depa pon.. rilek depa usha lain macam. Aisehh... malu i!
Kadang-kadang jugak, bila kita ambik menatang yang kita print tu, diorang akan tanya "Print apa?" Sebak mak noksss...

Datang haruslah on time, balik pulak digalakkan lambat
Ini rules by the biggest bos.Memang betul la sepatutnya kena datang on-time. Tapi aku ni, kalau orang yang kenal aku nih gerenti tahu betapa aku sangatlah 'menepati' masa orangnya. Ok la, katakan harini ko balik lambat gile, so ape salah besoknya datang lambat sikit. Apa kata orang tu.. kenala ada 'give and take' yakni 'memberi dan menerima'. Takkanla memanjang nak memberi dan terus memberi.
Tapi mujur la bos department aku ni orang yang sangat baik hati dan bertimbang rasa. Sebab once dia penah cakap kat aku "U come at 8.30am then u go back at 5.30pm. If 9.00am, then u know la kan." Jadi sampai sekarang la aku pegang ayat dia tu.

Office attire - x formal langsung
Aku bukan la nak office yang kena pakai blazer bagai. Cukuplah sekadar mengenakan appropriate attire. Mula-mula dulu kena kejutan budaya gak aku tengok awek-awek ofis ni (chinese) punya pakai mak ai.. boleh jadi lesbian aku kot tengok lama-lama. Hak hak. Iya.. seksi amat dong. Japgi kang tekoyak bawah, tekoyak belakang. Istighfar banyak-banyak je la. Yang lelaki kot x kuat iman, toksah la tergedik-gedik nak test nasib keje sini. Goyah iman uols nanti!

Kedekut nak mampos
Ini memang x boleh blah punya kedekut. Sampaikan tisu toilet tu pon boleh jadi topik? Wake up man.. It just a tissue.. TISSUE!! Yang guna sekadar nak salat-salat ape yang patut je. Itupon berkira. Yang lagi lahanat (maaf ye, penggunaan bahasa agak kasar di situ), ade pulak mulut-mulut longkang yang menyalahkan staf-staf yang beragama Islam ni sebagai punca kehabisan stok tisu kat ofis. Kononnya guna tisu untuk lap-lap muka yang dah basah sebab wudhu'. Akai ada ka?? Xpelah, kot aku explain beriya-iya pon bukan diorang faham pon. Telan je la.

Eh.. aku ni asyik list down yang buruk je.. Meh aku pikir ada x yang baiknya company ni.

Surau
Walaupun company ni kekurangan staf Melayu yang beragama Islam, tapi Alhamdulillah. Surau adalah besar dan selesa. Siap boleh belasah tido sampai 10 orang pon still muat. Selesa gitu. Ekon lagi.. Hek3

Bonus
Bonus every year memang ada. Setakat ni bonus aku x pernah lagi 1 bulan gaji saja. Sokmo-sokmo lebih.. Ngeheheh.. Suke.. suke!

Incentive
Recently, company sudah 'maktubkan' ada incentive untuk staf. Alhamdulillah, lepas jugak la bajet untuk raya. Lagi sekali.. Suke..suke!

Annual Dinner
Dah namanya annual dinner, gerenti la tetiap tahun pon ada. Tapi yang x bestnya, company dinner buat before Chinese New Year (for every year). Tekak aku ni lemah sikit nak telan makanan cina nih.. Kot setakat shark fin soup tu, don't worry la.. laju je aku telan. Ni x, ntah sup timun ape la yang diorang hidang. Wekkk!!!

Buka Puasa
Every year pon ada. Walaupun bilangan staf beragama Islam adalah ciput. Ni aku suka. Setakat ni, bos belanja buka posa kat hotel yang makanannya sedap-sedap. Macam 2008, kat Holiday Villa, Subang - Sedap, makanan pon banyak. Last year (2009) kat Hotel Maya yang letaknya betul-betul depan Zouk KL. Kire kot lepas-lepas berbuka rasa nak bergoyang.. lintas je la jalan masuk Zouk tu terus. Hehehe.. Situ lagi best. Last year walaupon aku 'buyung' itu time, aku tetap gagah dok bangun duduk p amik makanan. Keh keh. Mesti ada org kata "Kuatnya mak buyung tu makan."
This year, baru tadi bos cakap buat kat Armada PJ. Aku ingat dah bagi incentive dah x de buffet segala nih.. Rupenye ade eh. Ok la tu.. Tapi sape penah buffet kat Armada? Sedap ke eh?

p/s : actually aku nak cite pasal bukak pose tu je.. apasal la aku melalut-lalut..

Sempena Merdeka Ini...

Wednesday, September 1, 2010 · 0 comments

Bukan main sakan aku meng'update' blog. Mementang la opismate merangkap senior xde, maka aku gunakan kesempatan yang ade secara sepenuh-penuhnya. Heheh.. Selalu dia ada tu, aku begitu tekun dan khusyuk buat-buat ade keje. Keh3.. Padan muka ko, kene tipu bulat-bulat dengan aku. Bukan apa, rasa ada sikit x best kalo selamba kodoks je aku nak update blog walaupon hakikat yang sebenar, hati dan jiwa ini meronta-ronta. Hahahahah..

Ha ah ek.. 31 Ogos 2010 - 53 tahun kemerdekaan. Jadi sempena merdeka ari Selasa aritu, aku pon bertekad. X nak terus dibelenggu. Dibelenggu oleh rasa x puas hati setiap kali ber'shopping' di Bazaar Ramadhan. Sebab tiap kali beli, tiap kali itulah mulut aku akan pok-pek-pok-pek non-stop. Mahal la, ciput la, x sedap la dan yang sewaktu dengannya. Hahah.. dasar banyak komplen!

Cek-cek peti ais, tengok stok lauk basah still ada lagi, terus aku bilang (bagitau, bukan kira) sama Encik Hubby "Harini ma masak la." Encik Hubby angguk-angguk je tanda setuju. Pastu Encik Hubby keluarkan idea yang bernas lagi tuntas : "kita bakar daging nak??"

Ceh.. bab-bab nak buat benda yang remeh-remeh ni memang dia expert. Takpela, sisa-sisa besday boy masih ada kan.. Layankan je la..

Jadi hasil 'berperang' kat dapur ari tu:


Grilled black pepper beef




Sambal sutun & udan (nak perabis stok katekan)




Sekaki Sosej


Hah.. yang sekaki sosej tu sah-sah la bukan aku buat. Itu hasil rembats kat BARAM. Yek.. geli pulak dengar BARAM. Ok lah, Bazaar Ramadhan. Lebih manis gitu.. Selalunya beli black pepper flavour, tapi Encik Hubby salah beli.. Dia beli yang plain aje. Takpe, yang penting.. Goreng pon sodap!


Tapi aku pelik, apasal panggil 'Sekaki Sosej' sedangkan panjangnya tidaklah sekaki.. Lebih dari sekaki lagi ada. Maka layak dipanggil 'Berkaki-kaki Sosej'. Takpe2, nanti aku usulkan kat abang-abang sosej tuh. Lebih molek diorang ambik order berdasarkan berapa kaki sosej yang kastemer nak. Cara x?

Entry x bertajuk..Tapi ni kire tajuk gak la..

· 2 comments

Kat mana nak mula ini cerita ya?? Banyak sangat kononnya nak cerita nih.. Ok.. tarik napas.. lepas.. tarik napas.. lepas.. *over*

Eleh, setakat nak cerita pegi jalan-jalan kat JJ Bukit Tinggi pon nak over.. Keh3

Actually cerita dah basi pon. Hek3.. Ari Ahad lepas keluar dari rumah seawal 9.30am. Perghhh.. x penah dibuek-buek kitorang keluo subuh sepi'e gini.. ngeheheh.. Selalu keluar lepas Zohor.. ececehh.. Keluar lebih awal daripada biasa adalah kerana nak pigi pikap tartlets yang aku order untuk birthday Encik Hubby. 30/08 birthday dia. Tak nyempat-nyempat nak keluar gamaknya, kot keluar 31/08, boleh join jadi anak merdeka n of course masa mak mertua aku beranakkan dia dulu gerenti dapat hadiah dari bini menteri besar. Hohohoo

Pikap tartlets kat Seksyen 13, Shah Alam. Berkobar-kobar mak nak menge'taste' tartlets itu. Sebab mak ni xpernah-pernah lagi order makanan yang seangkatan dengan tartlets ni via online. Selalu kot nak, mak p carik kat kedai je.

Tengok ini pic terus rase lapar..


Sape-sape yang terasa nak order.. boleh order kat cuppies4you. Highly recommended n harga pon patut-patut. Ape yang penting.. rasa dia okeh!

Pas pikap tartlets (dah macam aturcara majlis lak aihh) terus pigi itu JJ Bukit Tinggi sebab kami laki bini teramat bosan nak dok menganga kat rumah. Perghh.. berasap gak nak carik parking.. Berkerumun plak orang kat situ. Ape kes ntah?! Ronda-ronda tanpa tujuan sebab nak shopping raya.. udah setel.. Tinggal kasut budak kecik sorang tu jeh.. Okeh.. g beli kasut Damia lah..



Kaki sepasang je..kasut 3 pasang

(gara-gara ke-haloba-an seorang mama)


Tuh.. kasut tengah-tengah tu. Cap Baby Kiko (barangan buatan Malaysia). Rege RM 31.90. Manakala (ceh..manakala tu) yang belakang sekali tuh cap Vincent (Made In Sweeden) dan rege adalah RM 17 sahaja ye... Aku terus teringat iklan kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia' yang ada si Zarina AF tu belek baju rege RM300 lebih kut, mula dia xnak amik.. tapi mengenangkan baju tu Buatan Malaysia, dia hamik. So, aku agak curious di sini "Adakah barangan buatan Malaysia memang kena mahal regenya?"


Round punya round.. tiba kat centre court JJ tuh.. hingaq sungguh la.. Rupenya Astro ada buat event. Ada la 2-3 budak-budak AF dok terkinja-kinja atas pentas tuh.. Energetic betol walaupun di bulan poser. Padanla parking full, rupenye orang berebut-rebut tempat nak tgk diorang la kot. Adela snap pic diorang 2-3 tapi x koser aku nak tepek kat sini. Keh3

Tapi pic ini harus tepek okeh! ;p




Cett.. anak dara kecik ni 'sedekah' ayaq liuq kat mak dia


Pic Encik Hubby adalah tiada sebab dia selaku photographer x bergaji untuk hari itu. Len kali la ye bang!

Oh ye.. belt yang dah nazak sudah ada pengganti. Dari study aku dok belasah belt tu. Dan atas dasr ketahanan terhadap kelasakan, maka aku beli cap yang sama jugak ini kali..

Dulu beli ni xde diskaun

Ini time beli, ada diskaun. 30%!

Ini budak kecik dengki.. Sudah sapu ayaq liuq kat belt mama!



Ada lagi barang-barang lain yang berjaya disambar tanpa disedari oleh Encik Hubby. Jadi x boleh tepek pic. Kasi diam-diam duduk!

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets