Priceless Gems Gala Dinner

Wednesday, November 24, 2010

invitation card

Last month, Project Director tiba-tiba baik hati. Datang terkedek-kedek terus hulur invitation card untuk dinner. Kene angin senggugut gamaknye dia. Lepas tu, siap 'paksa' lagi aku pegi.. Hoh.. aku memang pantang tok ayah aku kot orang main paksa-paksa ni.. TAPI, mujur paksa makan-makan.. so, aku cool je..

Mula-mula hati macam x berapa redha je nak pergi. Bukan apa, sebab x boleh bawak spouse and anak. Ye la.. sejak dah beranak-pinak ni (padahal anak baru sorang je pon), nak kemana-mana pon susah. Bukanlah sebab aku ni ibu mithali sangat, tapi aku ni x berapa nak rasa best kalau aku berseronok ataupun beronok-ronok tanpa anak dan husband di sisi.. Cewahhh..

TAPI (tapi lagi), mujur PD aku tu baik hati terlebih.. die bagi extra invitation card, bukan setakat 1, malah 2 so that I can bring over spouse but still x boleh bawak anak. So, lagi 1 card extra tu, aku plan nak bawak adik aku. So, discuss ngan encik hubby, sama-sama capai kata sepakat, letak Damia kat nursery.. huhuhuuhh

So, the event was held kat Sunway Resort Hotel & Spa, started at 7.00pm. Mujur la aku tengah coti, jadi lega sikit la.. Xdela nak rushing apa semua.
Event started dengan ucapan yg berjela-mela.. Minister of Tourism pon ada.. lagila berjela.. Dalam hati, bilela nak start makan nih..

Around 8.30pm, baru la start makan. Dinner served adalah Chinese Cuisine..

Ni je yang aku sempat snap.. Yang lain x sempat daaa...

Sambil makan tu, of course la ada performance kan.. Ape barang mencekik tapi senyap sunyi je.. Aku x amik port sangat coz 1st performance tu dari mana ntah.. Dok tergelek-gelek.. X best langsung.. harap seksi je lebih.. Tiba-tiba, the MC announced "L&G, we present to you, Adibah Noor!!!!!". Haaa... macam ni barula cara.. ada artis.. xdela kusam bagai..


Walaupun pakai nikon, tp disebabkan x berapa expert lg.. so, kelabu hasap la.. Nampak kecik je Kak Dib.. kan?? kan??


Hahahha.. susah sangat.. aku tangkap pic Kak Dib kat screen.. clear gileeeeee...

Performance Kak Dib memang no doubt.. best amat!! Plus, memang friendly gile okeh..

After Kak Dib's performance, barula lucky draw. Teruja ok, sebab Grand Prize (consider prize ke eh kalau lucky draw?) kerusi urut OGAWA.. 2nd prize BB.. Beriye tunggu lucky draw habis, tapi penantian adalah hampeh.. x dapek! Even doorgift pon x dapat.. Coiii... Mujurla ada souvenir masa register kat entrance tu je.. Kalo x melopong je la..

Eh.. Lupe plak aku nak snap pic souvenir.. Next entry la.. hohooh

p/s : lupe plak, dinner ni anjuran PPK (Pusat Pengurusan Kompleks). Majoriti yang datang represent shopping complex macam Pavillion, Suria KLCC, Sunway Pyramid.. aku pon pelik macam mana kitorang para contractor ni boleh 'terjebak' kat dinner ni.. btw Pavillion n Sunway yang banyak menang awards.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets