Ada rasa cuak nak borong barang sales tak?

Thursday, August 19, 2010


Ni la namanya nak tipu, tapi x pakai strategi..

Baru je dapat email pasal nih tadi.. Kita petik sikit je la eh.. (berkita-kita plak..budget manja ke?)

"Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. "

"Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. "

Haaahhh.. dah ada kesimpulan pon.. X payah aku susah-susah diri perah otak kerut-kerut muka macam tertelan bijik semata-mata nak buat kesimpulan. Sebab aku memang x terer langsung bab-bab simpul-menyimpul ni. Time sekolah dulu, aku paling x suka buat rumusan Bahasa Melayu, tambah-tambah lagi aku memang anti dengan cikgu tu.. Hahahah. In fact, i sound silly when I speak in Malay... tett!! Bahasa Inggeris pon P7 time SPM.. gile poyo minah ni..

Actually benda-benda macam ni mesti ada (pasal sales tipu-tipuan, bukan pasal result SPM aku). Just fikirlah, xkanla ada sales yang sampai macam tu kan. Kalau aku jadi tokey besar esok-esok pon.. kot barang x berapa nak laku, aku x sampai hati nak discount up to 80% bagai.. Baik aku sedekah je terus.. bantu orang susah (Hek3.. ayat YB nak masuk bertanding).

Tapi x dapat dinafikan jugak, sesetengah tu pon betul jugak. Macam experience aku pergi membasahkan ketiak kat Metrojaya Warehouse Sales yang memang 'a must event' yang memang aku tunggu tetiap tahun. Sebabnya, nak borong perfumes nokkkkk.. Perlu ditekankan disitu.. PERFUMES bukan sekadar PERFUME. Maknanya beli banyakkk (gile minah ni menunjuk-nunjuk!) Hahahhaha.. Mau kau x beli banyak.. Perfume gile murah ok.. Boleh beli bagi kat mak, abah, adik, kakak semua. And so far, most of the perfumes yang aku beli tu, semua ok lagi.. Baunya pon wangi and lasting. Takde isu perfume lama ataupun x ori punya disitu!

Okeylah, berbalik kes sale tipu tadi tu, terpulanglah pada seseorang individu itu untuk menilai value sesuatu barang yang nak dibeli tu. Tapi alhamdulillah, setakat ni aku belom berjaya ditipu lagi (konfiden gile) sebab aku ni kadang-kadang 'sedikit' kedekut orangnya. Kadang-kadang la..





0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets