Malam Jumaat ke?

Friday, April 30, 2010 · 0 comments



Macam hari-hari yang lain, tapi bila ari Jumaat dia jadi spesel sikit. Sebab malam tadi malam Jumaat. Hahahaahah.. Bukannn.. arini agak spesel sebab arini ari Jumaat, da aku berbaju kurung. Jarang sekali ok aku nak pakai baju kurung g opis. Selalu aku belasah je pakai apa yang sempat. So, arini aku rasa ayu sangat.. Hehehhehe. Walaupun aku rasa aku ayu hari ini, tetapi aku tetap nak moody. Mane tak moodynye, bila masuk opis je, bos dah gasak ngan 1001 soalan. Kotye nak tanya pon, tunggu la aku mentekedarah breakfast dulu. Ini x, main sondol je. Aku taula ko bengang sebab xde orang ingat birthday ko semalam. Siapa suruh masuk opis dengan muka ketat, dah tak dapat kek. Padan muka bos aku! Hahahahha

This week macam tak berapa sempat nak update blog. Sebab? Takde sebab, aku malas je la sebabnye (alasan yang sangat konkrit dan standard dari aku).

Ni kejadian semalam. Ini bukan cobaan.. ini betol-betol kejadian!

Ni baru kat sini, depan tu lagi ramaiiiii orang lepak-lepak


Tukang masak, waiter semua keluo bersidai tepi jalan.

Semalam aku sampai lambat kat opis. Almost 9.00am baru aku sampai. Selalunya aku lambat dalam 2,3,5,10 minit je. Eheheeh.. tapi semalam jadi lambat setengah jam sebab ade eksiden. Jammed bagai nak rak. Macam biasa la, bila ada eksiden, orang pon sibuk-sibuk nak berentikan keta, yang tengah masak tutup dapur gas g bersidai tepi jalan macam makcik-makcik kat restoran sri rahayu tu. aku report kat bos ko nanti. Hahahhah

By the time aku lalu kat tempat kejadian, aku tak nampak objek apakah yang eksiden itu. Sebab dah clear pon. Yang menambahkan keadaan jammed tu, bukan sebab apa pon.. Semua sebab orang lain yang 'prihatin' terlebih. Terlampau prihatin sampaikan benda dah jadik 2-3 hari lepas pon still lagi dok berkesidai kat situ. Bawak-bawakla gerak weih.. Unless mangsa accident tu ada kat situ lagi xpela, maknanya aku tau, korang berkesidai kat situ sebab nak menolong. Ini tak, benda dah clear semua, aku tengok mulut sorang-sorang terkumat-kamit bercerita, tangan pon tergawang-gawang. Beriya betul bercerita.

Eh..itu cerita semalam..ada cerita jugak untuk 2 hari lepas. Ini entry backwards ye.



Ada apa dengan Avanza?

Ini avanza sangat the kureng ajar one. Selamba kodoks je ko corner lipat eh. Kot tersondol kete bmw aku macam mane? ade duit nak bayar??!! Aku beriye nak kejar n snap no plate dia so that next time kot-kot ternampak keta ni kat mana-mana aku nak gores & menang je keta ko. Ye la..bukan ape. Aku tau semua orang nak cepat balik, tapi janganlah ko memandu dengan lagak & bahaya sampai nak membahayakan orang lain. Udahle awak tu pakcik, tunjukla perangai molek sikit kat generasi muda macam aku nih. Ahahahha..

Aku follow je avanza tu. Nak gak tengok yang dia dok rushing sangat tu nak ke mana, airport ke? Lahhhh.. rupa-rupanya, mau pegi makan Mc'D. lapo rupenye. Isk3..kot lapar pon, hati-hati memandu pakcik. Ce kalo tereksiden time ko tunjuk lagak ngeri tu, kan dah melepas makan Mc'D.

Cukup-cukupla aku merepek untuk separuh hari ni. Ade lagi benda aku nak labun kan. (Tau x labun?). Perut pon sudah lapar, kot lambat-lambat, mau aku pulak dapat tabiat macam pakcik Avanza tu.. corner lipat di mana-mana sahaja anda berada. Kang x pasal-pasal, kereta aku pulak masuk blog entah sapa-sapa n then kena gores & menang pulak!




Isnin yang biru, ke Blues hari Isnin

Monday, April 26, 2010 · 6 comments

Takde apa yang nak di stori-mori kan hari ini. Sebab arini adalah ari bosan sedunia bagi aku. Teringat zaman praktikal kat JUPEM, one of my fren mengistilahkan hari Isnin as "Monday S*cks". Dan dia adalah salah seorang lelaki yang kuat membebel (hard to find okey! Kira aku bertuah la.. ;p). Asal ari Isnin je, mulela.. "S**t! Monday s*cks!" Kitorang yang menumpang kereta dia ni, tadah telinga je la dengar dia membebel pasal ari Isnin. Kang komplen, diberentikan keta tepi jalan, disuruhnye jalan kaki..Sedap eksesais pulak. Hehehh..

Semalam, lepas balik dari pasar kat seksyen 13 (yang kat stadium tu), sengaja menggedikkan diri ngan encik hubby g 'Parti Sate' kat Shah Alam 2 (kat Puncak Alam tuuu). Bukan suka-suka ada parti tu, actually IJM launch rumah baru, tu yang ade makan-makan tu. Sekali lalu kat dia punya gallery house tu, siap ada banner mini zoo. Perghh..marketing strategy apekah? Sampai diangkut zoo segala? Tapi menjadi la, sebab orang memang ramai gila.. Budak-budak pon sakan q nak naik kuda (kuda kepang aduhh..kuda kepang..yihaa!!). Kalau ikut hati nak gak g menjengah mini zoo dia, tp serius...aku pakai semalam standard bibik Indon. Maklumlah, pakai bertemakan nak g pasar, so memang aku sarung T-shirt yang gedoboh besar. Heheheh.. kalo tau nak singgah tempat lain, sure I pakai ketat-ketat biar sampai tersembul muscle2 perut ni ha. Isk, tapi serius..memang sempoi gile aku pakai semalam (padahal selekeh), sampaikan masa aku tengah pilih sayur kat pasar tu, ade cik kak ni tegur "Kak, tempe ada lagi tak?"

Hancur luluh hati aku. Disamakan aku ngan penjual tempe. Huhuhu, takpela, tempe pon tempe la dik oi.....

So, memula kitorang pegi usha dia punye show house. Cantik gak, completion 2013. So, sape-sape nak beli sila cepat-cepat call I okeh! Beli 1 free lagi doblas rumah. Hahahahahhaha... Plus, fully furnished tau! (Elok korang bayar je duit booking, bedesup aku lari p Afrika dah).

Pastu, kena la pegi balik kat gallery house dia tu. Ni yang aku nak citer sebenarnye nih. Aku pon, dengan lenggang kangkung ala-ala bibik kepada suami sendiri (sebab encik hubby berpakaian agak semenggah dari aku), terus aku duduk kat depan gallery tu. Tiba-tiba ade sorang kakak ni tegur:

Kakak tu : Boleh duduk?

Me : Duduk ler (sambil tersiput-siput)

Kakak tu : Sorang je ke? Beli rumah ke? Baby awak eh?

Me : Xla, dengan husband. Datang tengok-tengok je. A'ah..baby saya la ni (takkan la aku heret anak orang lain kak oi)

Kakak tu : Ehhh..comelnye dia, awak makan apa time pregnant dulu? Kulit dia..halusnya..takde cela langsung.

Hhiihhih.. aku bukan ape. Kelakar lak ayat kakak tu. Aku rasa x pernah lagi aku tengok baby muka berparut jerawat ke apa. Hehehhe.. aku pon layankan je. Sekali tu, tetiba encik hubby ajak masuk gallery sebab nak dengar explaination pasal rega rumah la, mrta la, ape la. So, aku follow la. Akak tadi tu mencelah :

Kakak tu : Ha pergila, adela nak sign apa-apa tu. Damia ni bagi akak pegang.

Me : (Gulp?? Korang penah hadapi situasi cenggini x? Strangers offer something yang x terlintas langsung kat fikiran korang) Eh, xpela kak. Sekejap je pon. (Aku dah bangun dah ni)

Kakak tu : Eh takpe. Meh Damia tu (and dia terus ambik Damia dari tangan aku). Kenapa, awak takut akak bawak lari ke?

Aku really serba-salah terus bagi je la kakak tu pegang Damia. Tapi hanya Tuhan je yang tahu betapa aku susah hati. Penat cik kak tu story pasal rumah, loan segala. Aku sikit pon x dengar. Mata aku dok pandang kat luo. Last-last aku keluar jugak and amik Damia. Seblom balik, akak tu sempat mintak no.tel aku. Sekali rupa-rupanya "Akak ada bukak taska kat sini." Hahahahhaha.. gile dasat akak ni g carik customer. Sampai ke situ dia carik. Gile advance dia punye thinking. Hahahhahaha.. Aku ni dok ingat dia nak culik budak ke ape.. Heissshhh.. mintak simpang.

Aku ni orang yang cepat berburuk sangka. Moralnya, tak semestinya buruk sangka ni tak elok sebenarnya. Memang bagi certain people akan kata "Tak baik la ko fikir macam tu, ko bukan kenal dia pon". Tapi tu la, bagi aku, sesekali kena jugak buruk sangka kan. Dunia ni penuh dengan macam-macam jenis manusia, meaning tak semua orang baik dan tak semua orang tu jahat. Terpulang pada diri masing-masing. Yang penting, kena berwaspada selalu.



p/s : aku tau title ngan entry xde kait-mengait. Aku suka-suka taruk jeh.

$$$$$ lagi!!

Saturday, April 24, 2010 · 0 comments

dunia penuh dengan manusia 'pemurah'
aku je yang pemarah

Adehhh..aku dah penat dah dpt email-email yang cenggini. Kut ye pon ko nak bagi aku duit tu Mr.Frank David, ko la call aku. Apehal la aku nak kena call ko kan? Dah ko yang beriya-iya nak bagi duit kat aku, bukan aku yang mintak pon. Haiiihhh.. Ni segeng ngan minah yang nak bagi USD 800,000 kat aku hari tu agaknya. Tapi si Encik Frank ni nak bagi 800,000 pound lak. haihh.. ape tau no 8 je ke?? ni leh geng ngan kedai masak lomak kat sini ni. Asal amik lauk je, cajnye RM8. X kire la lauk ape, berapa jenis pon. 8 jugak yang ko kira. Haaa.. kan aku dah melalut ke laut dah ni..

Aku memang sentiasa memerlukan duit. Tapi tidak lah amat mudah untuk aku terpedaya ngan benda-benda macam ni. Mana ade benda free kat dunia ni. Mesti kena buat sesuatu untuk gain sesuatu jugak. Alangkan nak dapatkan dosa (kot ade yang nak la) pon kena buat sesuatu yang jahat baru dapat, ini pulak money..money..money!

Macam ni je lah, kot ye ada yang sudi nak bagi I duit, U pos je la cheque tu kat I. Tanpa ragu-ragu, I'll accept the money. Senang kan? Jadi, xpayah la lepas-lepas ni ade lagi email yang nak bagi duit tu. Sakit hati tau x?

Emo terus.

9 tahun

Friday, April 23, 2010 · 1 comments

jiwang sehhh..

23.04.2010 - 9 tahun dah rupenye usia perkenalan aku n hubby. Lama gak eh. Tapi still ade perkara yang aku x tahu tentang dia. Xpe, kot tau semua kang tambah bosang la..hahahahha..(i mean xde benda baru lg yang aku nak explore pasal dia). Macam eksperimen pulak eh

Sempena ulangtahun ke-9 usia per'couple'an kite, akan ku'bokti'kan padamu wahai suamiku. Betapa aku chenta sama kau. Hahahhah.. saspen! Ape pulak nak bukti-bukti lagi. Tu.. anak dara kita tu la buktinya. Ape x cukup lagi? Jangan bang.. masih ku ingat lagi betapa susahnye nak keluarkan yang seorang tu dulu. Bagila adindamu ini berehat dulu ye..

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau restui lah keluarga kecil kami ini. Kau limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami. Kau jauhilah kami dari sebarang anasir-anasir yang boleh memecah-belah keluarga kami ini Ya Allah. Kau tetapkanlah iman kami ini, kerana kami ini insan yang lemah dan mudah lupa. Amin...

p/s : pakat-pakat Amin jugak ye kawan-kawan

Random

· 2 comments

Tak berapa nak ada mood. Tak tau pasal ape. Maybe sebab this whole week rasa sikit penat. Penat kat opis and rumah. Rutin harian dah x teratur. Tapi kira macam ok sikit la dari dok buat benda yang sama hari-hari.

Dulu time belum ada anak, aku agak rajin gak memasak. Tambah lagi time pregnant. Sebab rajin memasak time pregnant : opis aku 4-tingkat, x larat nak turun naik banyak kali. So nak tidak, kena memasak. Sekarang? hahahah.. kalo x sempat - malas! tu je la alasan aku. But luckily en.hubby saya agak ringan tulang. Menolong itu ini, dan memasak juga. Tapi yang menyampah, bile kite ajar masak sekali, the next time dia masak, muka gila berlagak. Memula dulu, en.hubby cuma reti masak nasi goreng pakai perencah instant. Tapi sekang sudah maju sikit. Sebab sang isteri dok bebel x suka makan nasi goreng masak pakai perencah. Hahahahah.. Trimas ya en.hubby kerana menahan karenah bini yang senantiasa emo dan kadangkala agak saiko!

Ha'ah. Masuk this week, dah dekat 3 weeks Damia asyik batuk-batuk. Bila refer klinik x kira la private/gomen, both cakap benda biasa. Unless kalau demam, baru bawak pegi klinik lagi. Aku bukan ape, agak risau jugak bila dengar Damia dok batuk-batuk. Apa yang boleh mama buat ye sayang. Opismate pon cakap batuk-batuk tu benda biasa. Biasa ke? Xpela, aku tgk end of this week macam mana, kalau still batuk lagi, aku nak bawak g specialist.

Lagi satu hal. Pasal keje. Aiseh..kalau cakap pasal keje memang leh naik syeh. Mane taknye, keje belambak (abih tu yang ko pegi berblogging, berFB tu apesal?) heheheh.. Kalau boleh nak cari kerja kat area Perak, tapi susah betul nak dapat (dah ko mintak gaji 5k sape nak amik keje?). Kalau boleh nak settle down kat Perak je (umur baru nak masuk 30. dah pikir settle down. Poyo betol bunyinye).

Merepek. Apesal aku banyak merepek. Tu la, dulu duk kutuk kakak aku suka merepek. Aku pon same da.

Korang nak? Kot nak amik la..aku x nak

Thursday, April 22, 2010 · 2 comments

duit aku dah cukup aku rasa..
jadi kalo korang nak..
korang amik la.. USD 800,000 tuuuuuuu....
;p

p/s : Mrs. Dean, if u really have the amount, no need to email me, just deposit it into my account.

Wednesday, April 21, 2010 · 8 comments

First of all, did u guys noticed yang entry penuh kontroversi tu dah pon aku delete kan? Selain mengambil kira apa yang dinasihati oleh a fren of mine to just let it go, entry tu turut di delete setelah that person yang aku harap membacanya telah pon membacanya , so, that's it. sampai situ saje sudah. aku pon tidak langsung hendak buat kenyataan balas pada entry that person itu. (by the way, thanx for the explaination yg x rasional langsung-for me la). Okeyh, enough Ogy. Bersihkan diri, hiasi peribadi. (melalut la aku - forgive me readers? ade readers ke aku ni..hahah..okeyh, forgive me again bcoz lately i've been so mengantuk n so f*****g tired! So, melalut is a way for me to release all my tense).


Korang pernah x terfikir yang every single thing that happened to u (or sesape saje la) was already tertulis. Maksud saya ialah 'Qada' dan Qadar' (kenapa aku jadi mek saleh celup padahal cakap omputih pon sangat fail!). Aku teringat nak menulis tentang hal ni sbb dah selalu sangat dengar orang menyalahkan takdir which ayat sering berbunyi begini "Semua ni dah takdir". Ayat ni boleh applied kalau berkait dengan ajal maut atau something yang berkaitan dengannya, tapi bila sendiri tertinggal solat Subuh, jangan la kata "Dah ditakdirkan aku tertinggal solat pagi ni." No offense people, tapi ayat tu sangat x sesuai ye.



Eh, later la aku sambung this entry. Aku ade keje urgent!



Mata bagai digam!

Tuesday, April 20, 2010 · 3 comments

Ngantok lagi. Macam mane la aku nak ilangkan ngantuk aku ni eh? Jangan suruh aku tido ok, sebab ni bukan opis aku. Kena warning siap-siap, kang ade yg leave comment "tido la kalo dah ngantok" ataupon "aku baru bangun tido ni..sedak tido weih!" (Heheheh.. aku rasa orang tu mesti tau punye aku tuju...tuppp kena kat kepala lutut ko terus)

Adehhhh... serius weihhh.. aku ngantuk bangat. Padahal keje banyak. Tender, V.O segala. Ohh.. sangat benci.. tapi nak buat macam mane.. benda-benda tu la menyumbang ke rejeki aku. duit belanje ari-ari, bayo utang keliling pinggang nih. Huhuuuhuuh.. syahdu betul bunyinye.

Ah.. malas nak taip entry panjang-panjang. Ngantok!

P/S : Buang mase korang je baca update aku yg ntah pape nih.

4 in 1

Wednesday, April 14, 2010 · 5 comments

- receptionist baru -


Tengok tu. Kat opis aku ade receptionist baru. Comel orangnye. Huuhuhuuh... Ini anak opismate i k. Comey anaknye. Yang bestnye.. sporting abih. Ape nama penuh ek.. X ingat, tp nama manja Afiq. Hihiihih. Ye ye je gaye nak menaipnya tu, padahal x on pon pc tuh. Baik-baik Afiq, nanti Atan nampak, dia mau kasik patah-patah Afiq punya mak punya tangan. Ada lagi 3-4 keping pic Afiq ni, tp x yah la didedahkan wajah sebenar beliau kerana takut gak kot kena saman ngan maknye. Sedap-sedap je ko publish gambo anak aku kat blog yer. Hehehhehe


"Kaulah dambaan hati, raut wajah berseri"


Sekang ni aku ada 1 lagi tabiat baru. Minum innershine ni la. Manela tau kot-kot nanti aku leh jadi mcm Camelia, "wajah awak dah cantik, tak perlu pakai mekap". Heheheh..tapi aku pelik, apekehe pulak la muka aku naik jerawat berbatus-batus. Hampes! Marah aku kat Camelia. Kot setakat tumbuh xpe, ni sakit pulak. Konon-konon nak mencantikkan ape yg patut, jadi lagi hodoh pulak. Aisehhhh.. Hehehhe.. Tu la.. gatal sangat nak beli. Amik ko. Ntah-ntah masalah sebab lain aku salahkan bendalah tu pulak. Huhuhuhhu..


Kacip Kak Timah

Macam-macam dah yang aku belasah minum sekang. Sebab lately, aku asyik ngantuk and cepat penat. Kalau kat opis ni ade contest sape paling banyak menguap, gerentiiiiiii!! aku ni Johan 4 tahun berturut-turut. Kot kat umah pon sama. Balik keje, pas mandi sure ngantuk punya. So, dengan meminum air kacip kak timah ni mintak-mintak la x ngantok, jangan stim udahhhhhh!! Wakakakakak... Eh, air ni untuk tenaga kan? Ke ada extra benefit? Xpe..aku kontrol..Muahahahha..



budak botak

p/s : budak botak ini xde kena mengena dengan kacip kak timah yer

Geram aku ngan ko.

Tuesday, April 13, 2010 · 4 comments

Ngantok betol aku arini.. Patotnye sambung cuti je..huhuuh..Ape ko ingat opis ni laki ko punye??

Semalam aku cuti, sebab Damia demam. Panas gile badan die sampai temp cecah 40. Nasib baik malam tadi dah kebah dah sebab aku pon risau gak asik apply AL/EL je.. Bos aku so far ok jeh, it just the othersssss.. biase la.. sek2 side kick ni mmg suke menyibuk hal orang. Hahahahha.. Korang x pela, anak x payah jage, buat anak je reti..pastu campak anak kat MIL. Sakit demam anak xde hal, ade balaci tolong tengokkan. Aku x kejam lagi nak anta anak aku yang demam teruk kat nursery coz aku tau sangat to which extend that nursery boleh jaga anak aku. Melalut dah aku nih..

This weekend x de benda best yang jadi so korang leh expect la kan. Entry aku nih xde la nak havoc tahap mane pon. Malas btol nak keluo last weekend. Aku kalau dah malas, korang offer ironkan baju pon blom tentu aku nak ikut... Memang damn lain ngan encik hubby yang memang alert ngan ayat-ayat "Jom keluar!" atau "D, ma ade nak beli...." atau lagi "Aritu tgk ade banner sales kat sekian-sekian". Even time bercinta dulu pon, dia la yang paling suka plan nak g mana-mana. Aku follow jeh.

Pe'el maleh aku ni aku rase maybe sbb aku kerja Sabtu last week. Ce kalo aku off that day, lajuuu je aku nak g sana sini. Hehehehehheh... Tambah lagi ari Sabtu tu ade final FA cup : Kedah VS Negeri Sembilan. Encik hubby memang dah sound aku dari last Monday yang dia nak g tgk game tu. Aku buat pekak je, tp kepekakan aku x dipedulikan sebab dia dah suruh member dia belikan siap-siap so that aku yang kedekut ni nanti gerenti redha je la die g tgk game tu.. Ye la....rugi woooo duit tiket. Yang x tahannye, g stadium kul 4 tuuuu.. Amboihhh..semangat btol ehhh... Suh jage anak kat rumah malas. ehehehhe.. Pegila ko, jangan ko pegi rumah urut sudahhh.. Tau la untung nasib ko nanti.

A ah, sebut ari Sabtu aku terus teringat nursery anak aku tu. Ari Sabtu pas keje, aku g amik Damia terus, xdenye aku singgah makan kat sini ke, kat sinun ke. So far, aku malas nak bebel sangat pasal nursery tu, tp sebab die yang bebel banyak sangat, meh aku nak bebel kat sini pulak:

1. Korang penah dengar ke org kate kalau nak cari nursery, carik nursery yang parent x leh masuk?

Ini memang x masuk akal. Bak lagu "Tak Tercapai Akalmu". Ye la... kalo korang anta anak ke nursery, mestilah nak tgk suasana dalam tu macam mane kan. Bersih ke tak, kemas ke tak (walupon rumah aku semak-samun). Mentang-mentangla aku x byk sangat nak komplen kat ko, sedaaaappp je mulut sorang nanny ni komplen pasal some mak pak yang selamba kodok anta anak masuk dalam nusery terus. And dia turut komplen pasal management dek sorang lagi nanny yang memang dah lama keje kat situ kononnya x ikut terms nursery. Ayat dia "Selama akak ghoje jage budak, dalam syarat-syarat taska, mana boleh mak bapak masuk dalam, x boleh.. Apa-apa yang berlaku dalam nursery ni SULIT." Ape sulit ntah? Alasan dia bukan apa pon, kononnya setengah parents ni mata x reti duk diam.. melilau pandang sana-sini.

2. Ko pandai jaga baby ke tak harrrruuunnnnn????

Memang betul sebelum mula keje kat mana-mana nursery, that person akan dihantar pegi kursus dulu. Tapi sejak si 'akaaakkkk' ni masuk keje, aku tgk anak aku tu melekit masam je kot time die punye turn jaga baby. Bau bedak sikit pon x de. Leher dia merah-merah pulak tu. Bila aku tegur secara baik, mintak 'tolong' letakkan bedak, nak tau ape dia cakap? "Mintak maaf cakap la ye, akak dah lama jaga baby & banyak kursus akak pegi. Doktor kata tengkuk baby kene sentiasa kering, x boleh basah. Masa mandi pon kita x basahkan leher baby. Tapi kalau mama Amani nak macam tu, nanti akak buat la." Sikit punye baikkkk die punye grammar men'sound' aku! Helo akak, walaupon anak aku ni baru sorang ni, tp aku dah kursus habis-habisan ngan mak aku time pantang dulu. Lagi satu, xpayah basahkan leher baby? Abih tu nak biar je ke leher anak aku tu berkerak ngan daki. Doktor mana yang ajar kau labuuuuu???

3. Boleh terima ke bila orang yang kita bayar untuk jaga anak kita, then dia bebel pasal kita/ suami kite anta jugak anak kat diorang walaupon cuti.

Ye la. Aku tau ko penat kak. Tapi kalo setakat orang anta anak on weekend dalam sorang-dua je, x kan itu pon ko nak kipochi? Walaupun yang ko komplen tu adalah orang lain, tapi aku terasa ok. Sebab aku pon anto anak aku on weekend. Tapi itu pon sebab aku keje eh. Kalo x, xde makna aku nak anta anak aku kat ko and menambahkan nilai yuran tetiap bulan. Dalam pada dia duk bebel-bebel tu sempat pulak dia cakap "Yela..kami tau itu keje kami." So? Apelagi? Just shut your mouth and do your work la weyyy.

4. "Esok bila Amani dah besar sikit, pakai tudung. Kalo x Allah bakar kepala ngan rambut-rambut tu."

Niat memang baik. Tapi cara tu salah. Bertudung tu baik, aku x kate x baik. Tapi just imagine if anak aku tu dah boleh faham ape yang dia cakap, mau dia takut. Mau anak aku tu jadi antara orang yang melabelkan agama Islam ni agama yang kejam which aku mintak simpang sangat-sangat. Ade ke gitu caranye ko mengajar budak. Aku appreciate niat ko, tapi I know my part, so just do yours. Bab-bab cenggini kot dikomen lebih-lebih boleh menambahkan dosa aku pulak nanti.

Dahla. Sebenarnya kalo nak komplen memang banyak. Sebelum ni nursery tu ok je. Tapi, disebabkan dek akak yang pandai sangat jaga budak ni, aku jadi macam sikit reluctant nak berbaik-baik ngan diorang semua. Macam x ikhlas je rase nak bergurau-senda lagi. Hehehhehe. Poyo btol.

Pagi ini

Saturday, April 10, 2010 · 2 comments

Pagi td around 4am gitu, aku terjaga dek bunyi ek-ek dari Damia. Mujo dah biase, coz ni memang timing dia nak menyusu atau nak menyelit tidur celah-celah mak pak dia. Aku pon angkat dia kat bed kitorang. Still ek-ek. kenape ek?? Owhhh...mama baru perasan.. ujan lebat btol kat luar, Damia sejuk sebab die pakai sleeveless je. Lately, memang panas gile rumah aku tu, that's why aku pakaikan Damia sleeveless je. Ade air-cond pon hampeh, bile la ko nak datang repair air-cond ni Shah oiiii... (Shah bukanlah part-time lover i keyh.. dia owner rumah aku dok nyewa sekang).

Amik blanket & balut Damia. hiihhih.. Kelako lak aku tgk bila dia pakai blanket yang last diguna ialah a few months ago. Udah rupe balut nangka. Kesian ko Damia, nanti mama beli yang baru eh.. Xpon Damia share je ngan mama. muahahahahhhaa...

Baru pikir "perghhh..gerenti sedap tido, leh bangun lambat." Terbantut! Sebab this week aku keje.

Hampeh!

Sekang aku kat opis, n ujan still lebat di luar. Serta-merta berasa jealous dgn encik hubby yang gerenti tengah bergulung-gulung dalam blanket. Cis!!!

Ape kes punye jantan pegi simbah asid kat bini

Friday, April 9, 2010 · 4 comments

Aku baca paper lambat. Malam baru bace.. Aku terbaca satu artikel yang jadi kat seorang isteri dek kegilaan laki die yang gile psycho bengong @#$%^??!!!

Mase bercinta kan main lagi, bila anak dah berderet..cinta pon dianggap mcm cirit!! Selagi x habis..selagi tu la terasa sakit! Cit!! Aku sikit punye hangin satu badan pasal ade satu jantan yang simbah asid kat bini dia atas sebab bini dia xnak berasmaradana ngan dia. dah la ko tu panas baran, tambah lagi buruk perangai ko bila ko buat gitu kat bini ko yang dah berkorban segalanya selama ni. Hampeh!

Memang betul, kaum isteri dilaknat kalau menolak kehendak sang suami. Tapi, sang suami pon kene faham, mesti ada sebab kenapa hajat x sampai, mentelah lagi kot bini tu bekerja. Penat!! Penat tau x?! Kang benti keja kang, kot pakat-pakat makan pasir pulak anak-beranak. Islam ada tolak ansur okey. Bile time nak tuuu..pandai pulak jantan-jantan yang cenggini keluarkan ceramah agama berkajang-kajang. Derhaka la, nanti dilaknat la... Ni mesti stok-stok yang x pay attention time kursus kahwin.

Kaum isteri, sedarlah.. Kita isteri x dijadikan untuk dijunjung, bukan juga untuk dipijak-pijak. Kita dijadikan Allah untuk diberikan & dibelai dengan kasih-sayang suami. Dalam rumahtangga kena ada tolak ansur. Ehehem...

Perghhh.. dah macam ustazah Arbaayah pon ada. Jangan terkejut eh kot i kuar kat tv dengan rancangan "Semasam Mempelam". muahahahhhahahaha

Eh ngantok. Dah nak tido

(Entry xde niat menyindir sesiapa. Ia sekadar cetusan naluri seorang isteri yang pantang mendengar seorang isteri yang lain diperkotak-katikkan. Kot-kot ade kaum adam yang membaca..no offense guys! Am just ordinary gegirl.. ;p)

Syukur Alhamdulillah

Thursday, April 8, 2010 · 4 comments

On my way nak balik rumah semalam, ade accident. X nampak mcm ne condition mangsa, tp aku rasa mangsa seorang lelaki melayu (sebab aku nampak ramai org melayu je yg kerumun kat situ, kalo hindu mesti ramai geng² die punye kan). Motor dia agak teruk gak, tp x pasti accident ngan ape coz x nampak pulak the other kenderaan. Semoga dia selamat.

Disebabkan itu, kau mencipta jurang... Ehh! Heheheh..actually aku teringat experience aku accident gak. aku ni accident dah banyak kali, tp that very last accident yg aku experienced memang akan aku ingat sampai bila-bila. Dan, aku sangat bersyukur Allah memberikan aku peluang untuk terus menikmati hidup dan memperbaiki serba-sedikit diri ini. Insaf sekejap.

Accident tu happened a week before wedding aku. Aku rasa x ramai kawan² yang tahu pasal accident nih (ke aku mmg x ramai kawan). And maybe yg attended wedding aku pon x perasan yg kepala aku ni dah mcm robot dah time tu. Badan aku pon still sengal² ubi time kenduri tu.

Aku punya kenduri kawin @ 29/11/2008, aku eksiden ari Isnin,24/11/2008. Aku eksiden on the way nak balik KL, sebab aku start cuti ari rabu, maknenye lagi 2 hari la dari ari eksiden tu. Memula aku nak balik KL ari Ahad petang, membawak ke malam. Hati aku rasa mmg x best sangat, so aku postponed ke esok paginye, ari Isnin tu la. Padahal abah aku dah sound, bahaya balik subuh-subuh. Tapi, tu la..sah nak malang kan. Lagipon malang x berbau, kot boleh bau..mcm ne la agaknye bau die yek.

So, pagi senin tu..aku gerak around 6.00am. Aku terpaksa gagahkan jugak balik KL coz ade 1 tender nak di submit on Selasa. Semua jadah tender tu ade kat aku, nak x nak aku kena balik KL jugak-jugak. Aku naik keta kakak aku, coz time tu keta aku conditionnye x diservis & tayar memang agak x cun. eheheh.. Nak kawin punye pasal sampai pokai aku. hahahah

Semuanya ok je, aku pon x ngantuk langsung, tapi hujan renyai-renyai. X lame jadi agak lebat & baru aku noticed yg cermin depan keta tu agak blur, so aku x la bawak laju sangat. Dalam 80km/j. Ntah mcm ne tiba-tiba aku sedar keta out of control, berpusing n pummmm!!! terus masuk longkang.

Aku tersedar bila ade org ketuk cermin keta sebelah penumpang. Dalam hati aku "Mampos la, accident pulak..keta kakak aku lak tu!". Aku memang x larat nak bangun, sebab maybe aku tehempas sane-sini dalam keta sebab aku x pakai seat belt! (Lain kali jangan pakai seat belt lg yerk). Mujo India tu baik, dia tolong pecahkan cermin keta belah tepi (terpaksa) coz pintu memang xleh bukak langsung. India tu siap cakap "Enjin kasi mati, nanti takut melutup!". Seram pulak aku time tu. India tu tolong tarik aku keluar dari keta sebab aku jadik sengal sesengal-sengalnye, x tau nak buat ape.

Bile dah keluo dari keta, aku tgk keta dah park cun-cun dalam longkang, tepi hiway kat R&R Ladang Bikam. Sampai sekarang aku still seram semacam bile lalu situ. ye la, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat eksiden! Barang² yang dalam bonet sume tercampak keluar, gile dasat! Betambah baik India tu bila die tolong kutipkan sume barang-barang yang tercampak tu n siap escort aku g tempat beteduh. terharu i bang!

Macam biase, bile eksiden, cina² towing mula la bersepah². Aku ni sakit ni, time tu la ko tanye insurans ape la, itu la, ini la.. Aku sakit la bodo! Memang la physically x nampak aku badly injured, tp tetap sakit mengong! Yang paling best, sekor ni cakap " Keleta u cantik la adik." Ciss, nak cas aku anak org kaye la tu so that ko bleh hentam ribu-riban. Itu keta kakak aku bodoh! Dan aku terus terbayang macam mane la aku nak tanggung sume kerosakan keta tu. Sebab mmg tahap total lost!

Tapi, mujur... Aku masih sihat sampai ari ni. Aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih hidup, sebab aku mmg ingat aku mati that day. Aku bersyukur Allah memberikan aku peluang untuk terus menikmati hidup sebagai seorang anak, isteri dan sekarang seorang mama.
Pada abah & mak, x mungkin dapat aku lupakan kasih-sayang mereka, begitu juga yang lain-lain. Oh syahdu ler pulak aku rase. Better stop sekang, aku nak p tipon mak aku jap.

Mari rapat...jom lihatttt!!

Wednesday, April 7, 2010 · 5 comments

Heh..sibuk betol aku 2-3 ari ni. ngalahkan ape je.. korang x sibuk ke?? ke?? hahhh?? hoh!

Tadaaaa..


Gourmet Goo

Disebabkan aku adalah seorang working mommy (alasan), maka kadangkala Damia terpaksa la makan instant meal ni yang aku beli thru online. Dah berhari-hari aku nak update pasal goo ni, tapi x menyompek jeeee..kojo banyak aih.

Actually goo ni lebih kurang macam other instant baby's meal yang available kat market sekang tapiiiii aku prefer this Gourmet Goo since it is locally made n of course HALAL compared to other yang aku x tahu kesahihan sijil halalnye (perghhh..dah macam pegawai jakim). plus, murah juge! muhehehhhee..

aku dari Damia 5mth lagi dok google2 pasal baby's meal. ye la, nak kena wat early preparation. nanti kang anak dah 6 bulan still xde idea nak bagi makan ape. Memang la ade nestum, tapiii baby yang sorang ni x layan nestum. kalau aku mix 1/2 scoop dalam susu dia ok lagi, tp kot lebih dari tu..bolayan..sabo je la..

okeh.aku nak story on goo pulaks. actually goo ni ade various range: for 6mth+, 8mth+, etc. so, the main ingredients utk goo for 6mth range ni sayur + buah. dia ada beberapa choice macam :

- sweet vegetable medley
- pumpkin & pear
- apple & pear
- papaya & pear
- mango & banana

so, aku beli semua flavour. ye la, in case kot aku terkejung ke kan, xde la aku anta Damia g nursery tanpa any bekal. so far, Damia memang suka goo ni. aku tengok laju je die makan. Kalo setakat 2tbs tu, sekejap je weh. lega aku, at least x membazir. Yang tambah melegakan bila this goo xde any preservatives, added flavor. kiranya, garam gula ni memang x letak la. itu yang dikatakan kt aku, kot org tu cong aku, kire aku double cong korang la plaks..ngehehehh. so, untuk tahu lebih info on this Gourmet Goo, korang leh la surf link cik puan Iza ni.

Ehhh..ape korang ingat aku malas sangat ke nak masak untuk cik Damia aku nih?? dengan usaha jaya maranye, pagi tadi aku berjaya masakkan bubur untuk dia. muehehehheh.. Kot gitu, aku rasa nak kene search menu2 lain so that nanti xde la Damia jemu asyik makan bubur yg samaaa je..macam kite la..ce makan nasik jeeee..mestila sekali sekala timbul nafsu serakah nak makan western la, eastern la, nothern la, southern, bla..bla.. Isk, nak kene wat table ni. hahahah.. semangat kan main lagi..huuhhuuh

k la, aku nak g masak. masak yong tau fu sup. (ye ye la ko masak, beli kat pasar malam je beb. panaskan sup sajerrrkkkk!!!)

p/s : berjaya ke x misi aku nak masak tetiap pagi untuk Damia??

· 4 comments

sangat tak sempat nak update blog..later

p/s : aku just nak inform yg aku masih bernyawa walaupon x update blog

Once upon a time

Friday, April 2, 2010 · 6 comments

Lately, aku sangat suka dengar Hot Fm. Bukan ape,bile aku dengar this radio, most of their topik pagi @ Hot Chat tu memang yang best². Bukan macam sesetengah radio yang ntah pape ntah, bak kate Afdlin - xde content! Tapi actually, xde kene mengena ngan entry aku ni. (Intro kene gempak skek).

Takkkkk.. actually pagi td aku terdengar ade sedutan sorang caller bercerita pasal experience kena denda time sekolah. Terusss aku teringat zaman sekolah dulu-dulu.

Ehhh..time sekolah aku budak baik weih..hahahha..Sekolah rendah je la. Bila masuk sekolah menengah perangai yang macam-macam pon datang. Pengaruh kawan-kawan. Hahahahha.. Sendiri jahat nak salahkan kawan-kawan pulak..




Form 1 - Geng² kamar Janda

Hahahhaha..ni pic yang aku dapat dari x-schoolmate. Mase ni aku form 1, duduk asrama.. Padahal rumah x jauh pon dari sekolah. Kekononnya budak RK, kena la duk hostel so that cikgu-cikgi leh pantau kitorang nyer performance. Pantau la sangattttt.. Lagi aku banyak ngelat adela..

First time duk hostel, mak aku kata "Nanti nangis la ni..". ohhhh..sekali² tidak. Sikit pon aku x nangis, kira lagi eager nak duk hostel k. Seronok la konon, nanti x payah la aku tolong mak aku buat kerja² rumah yang sememangnya aku x buat walaupon mak aku dah membebel dari pagi santak ke malam. Hohhoh.. Aku duk Kamar 7 a.k.a 'Kamar Janda'. Ni semua gara-gara hostel Aspura ada 6 dorm je while Aspuri ade 7, so yang duk Kamar 7 ni standby la untuk dilabel sebagai 'Janda'. Ade aku kisahhhh?? Tujuan aku kemari untuk menuntut ilmu, bukan ber 'i lap u'. Cewaaahhhhhh.. Padahal aku paling gatal duk usha² abang² senior yang hensem².

Ohhh..duduk hostel memang menjadikan seseorang tu samada baik atau jahat sikit. Aku kategori yang jahat sikit tu la. Alaaa.. setakat ponteng² kelas je pon.. tu yang jadi jahatnye sikit je tuuu... Duk hostel xde havoc sangat, biase je.. sebab aku memang insan yang biase² je compare dengan member² yang comel² and berebut² rakan² sebaya n abang² senior nak buat awek. Aku ni, jangan harapla.. Jongos semacammmm.. Seriessss.. x sape ndak.. Name kakak² senior nak kirim salam pon xde. Sebab tu, form 3 aku x duk hostel dahhh..

Melalut aku cite pasal hostel life aku. A ah. Bila dah masuk form 3, kira budget otai gile la.... Masa tu geng² - Chu & Linda (Ini geng² untuk aku ponteng²). Aku ade geng lain - Kak Long & Syidah (Geng study, g tuisyen). Tapi yang memang x boleh blah (adik aku suka guna ayat nihhh), ade ke patut g memonteng depan bilik guru. Apekehandal nye kitorang nihh... hahahha.. Tapi, pandai x aku pilih geng nak ponteng? Chu & Linda ni budak hostel, cikgu² sayang.. Tambah lagi si Linda ni. Kesayangan kebanyakan cikgu. So, aku pon tumpang sekaki la... Padahal member tu ade hal hostel pegi jumpe warden, aku pon p sibuk nempek je ngan dia.

Aku ingat lagi, kitorang satu kelas penah kena denda jalan itik. Kalo setakat jalan je xpe, ini cikgu tu suruh kitorang naik tangga berbekalkan jalan itik tu. Haihhh..mujo x tersungko aku kat bucu tangga tu. Sape ntah cikgu tu, aku x ingat dah. Tapi ok la, dari dia suruh aku mengitik sorang² kan. Ramai-ramai xdela malu sangat.. Huahahahhah..

Naik form 4 - honeymoon year. Seriously, aku memang honeymoon btollll. Result sokmo pangkat 3. Hahahhh.. Asal tunjuk report card kat mak aku, gerenti merah jeee.... Time ni aku ada anti 1 cikgu cina - Lee Chee Tiong. Dia ni ajar math moden. Gile la,a de ke patut die tayang² result kat student lain. Aku memang kalo time kelas dia je...mesti ade aku kena denda sebab x bawak buku. Yang aku pon x serik² dok tinggalkan je buku tu kat rumah. Si Lee Chee Tiong tu siap sound aku "Mak kamu ke yang nak baca buku kat rumah?". Dengan dia ni je, aku kena denda diri atas kerusi la, tulis notes "Saya x akan lupa bawa buku Matematik Moden" x 100, etc. Yang paling haru, notes tu, dah pass kat dia, dia koyak depan² muka aku. Cess!! Penat aku tulis tau dakkk!! Tapi aku memang bertima kasih sangat² kat dia, sebab result SPM aku utk subjek math excel! Xdela aku bengap math lagi. Hohoohohooh..

Eh lupe..start Form 3 aku dah x berapa sememeh sangat dah, kire ok la... Hahhaah..(sukati aku la nak syok sendirik) baru la abang senior yang aku minat dulu tu sibuk nak kim salam. Dulu time aku dok usha ko, sikit pon ko x heran eh, sekang sibuk nak kim salam.

Sorry bro, u r no longer my taste! (betul ke ayat aku?)


 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets