Stim bersama bot!

Sunday, February 20, 2011 · 2 comments

Sorry yer.. ini bukan entry 18sx.. Ini entry pasal masakan je pon..

Lately, penyakit M aku makin menjadi2.. (bukan selalu pon ko mmg malas ke Ogy oiii) Taktau la datang mana penyakit M ni.. Sebab selalunya aku rajinnn... Hahahahha

So, last week masa cuti Maulidur Rasul, aku rajinkan sikit diri untuk masak. Tapi dalam pada rajin tu.. ade gak campur malas seceduk dua.. Maka resepi yg sesuai untuk aku buat time mood yang bercampur baur ni haruslah resepi yang simple tapi haruslah mengenyangkan iaitu...

Steamboat !!!!

Okeh.. malas nak carut panjang-panjang.. Meh tengok bahan-bahan yang aku campakkan dalam steamboat aku tuh..


Ni wantan mee (bayam) - sila ignorekan tupperware cap ayam tuhh.. teheheh



Aku xde masa de nak gentel2 isi ikan, isi udang, isi ketam bagai.. Dari susah payah buat sume tuh, baik aku beli yang ready made.. Kata nak yang simple kan..

Sayur aku letak oki mushroom, brokoli ngan mushroom yang 'spesies' biasa tu..


Haruslah ade udan


Begitu juga sutun



Nasi goreng xde nama.. Maybe kita namakan Brocoli Fried Rice.. Heheh


Aku prefer tomyam than sup.. Oh ye.. menu ni jugak aku sesuaikan dengan mode aku yang tgh berdiet.. Itu pasal la aku pilih tomyam dan bukan sup.. Eh.. ape beza kalau makan ngan sup pon kan.. Sama je kalori dia (gamaknye la...) Tomyam tu aku prepare dalam periuk lain dulu, then baru aku letakkan dalam steamboat pot ni.. Oh ye.. steamboat pot ni aku dapat masa company dinner on lucky draw.


Dah masuk2 sume bahan, cenggini la rupa dia.. Macam x sedap, tp sedap ok..


Muka salah seorang 'pemakan' yang sangat berpuas hati lepas berhari2 sound suruh buat steamboat..














Semalam kat mekdi

· 2 comments

Malam Selasa lepas, sbb boring n perut pon lapar.. kami pegi melepak2 kat mekdi Setia Alam. Memula ingat nak bg Damia main kat playground, tapi rupa-rupanya ramai lagi mak pak yang sama-sama boring n lapar dok heret anak2 sekali pegi mekdi. Maka Damia ngetest seround dua je.. Layan gambar lg baik da sbb aku still boring n xde idea nak taip ape..



Jgn hiraukan muka tuan tanah yg x berapa nak semenggah tu.. x kose aku nak tepek mekap segala memalam buta



ini encik hubby tuan tanah.. dia ni x kira pg ke petang ke, tengahari lit-lit ke.. die tetap ngan cap.. gasak ko la bang


ini adik tuan tanah yg bajet hot pakai jaket kat mekdi.. keh3


orang lain mentekedarah, ko main cak-cak.. patutla ko tambah cikeding sang anak..


habih sume orang nak ditegurnya..








E-mail

Wednesday, February 9, 2011 · 4 comments

Saje nak borak-borak pasal email..

Bukan ape, aku baru je create email account yg baru baru2 ini.. Ceh ayat.. Bila dah ada email yg baru, baru la ada rasa confident sikit nak email2 quotation ke, inquiry ke.. Ye lah.. seblom-seblom ni aku duk anta email pakai account yang aku create zaman muda remaja dulu.. Just imagine la, email budak-budak yg baru nak pegang komputer, gile jakun sampai nak heret cursor ke sini, pegi ke situ plak (paham ke ape yg cuba aku sampaikan?? gasaklahh...)

Email aku dulu mirna_46@yahoo.com (jgn gelak, kang aku tampo kang!!)

Aku pakai email ni kot x silap dari form 5 tau dak!! Itupon kira seribu rahmat la ada orang tolong createkan. Kot dak, ternganga-nganga je la aku apela menatang email tuh..

Ntah apehal aku dok letak email address aku cenggitu, tp for sure trend dulu-dulu mesti ade nombor kat blakang. Ade yang letak tarikh lahir la, tarikh couple la.. Aku x main a letak tarikh couple, ape barang.. keh3.. Tapi aku pelik sampai sekang, ape hebatnya nombor 46 tu. Pikir banyak kali pon aku xdpt recap balik apa significantnya no 46 tuh.. nomo jersey?? bukan.. dalam kelas selalu dapat no 46 kah?? Lagi bukan.. bukan sbb aku bijak laksana, tapi kelas aku ade xsampai 30 org student je pon..

Yang tang mirna tuh pulak.. aku rasa sebab dulu aku minat sangat kat Mirnawan Nawawi (hockey player tuh..) Main hoki pon x reti, wahhh.. ade hati nak feeling2 kat Mirnawan.. Padehal bile aku tgk2 balik, idak la ensem mane pon dia. Wakakakka.. (atau adakah ketidakhenseman dia jelas ketara disebabkan polident??). Jadi, xnak la nampak macam die hard fan, letak sikit je laaa.. amik mirna.. kiut konon.. phuii.. hahahah..

Jadi, aku gunalah email aku sampaikan anything related to kerja, fb notofication, job street, sumela dok masuk situ.. Spam usah kira la.. Memang berlambak2.. Ape yang keras hati sangat xnak create yg baru ntah..

Tapi itu duluuuuuuuu.. Sekarang tidak lagi!! Heheheh.. Aku dah ada email baru yg tampak lebih elegan.. hahaha.. elegan la sangat..

Krisis Mesir - Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia

Wednesday, February 2, 2011 · 2 comments

Artikel ni aku copy-paste dari blog blogger lain. Sesiapa yang tersinggah, harap boleh copy-paste ke blog korang.. Sama-sama kita doakan keselamatan kesemua mereka di sana.. Insyaallah..

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
By ariff On January 31, 2011
·

[Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

-Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

No title

Tuesday, February 1, 2011 · 0 comments

Aku rasa this year semangat untuk blogging adalah sangat kureng.. Kenapa ntah..

Bizikah?? Mungkin jugak kot (still ada kot lagi).

Lagi sehari, dah nak Chinese New Year.. Actually, opis aku ni dah start cuti pon.. Tapi disebabkan aku ni rajin.. Maka aku keja, bukan sengsorang pon. Bertiga orang.. keh3.. Time company bagi cuti, ko nak keje.. Time kena keja, menggedik2 pulak nak cuti.. Hahahah.. Ehhh.. cuti tu aku nak jugak.. Tapi aku nak replace time raya pose nanti.. Eh.. pose pon x habih ganti lg dah menggedik nak raya.. Huhhuuu..


Macam biasa, dekat2 CNY, company akan buat dinner n bagi bonus.. Dinner Ahad lepas, buat kat KEC (lagikkkk...) Tapi ini kali kalu, bos untung lebih kot.. Siap invite orphanage bagai.. Staf pon boleh heret anak & spouse sekali.. Dan ofkos la aku heret encik hubby dan cik anak. Ohh.. xde pic time dinner sbb x kose nak usung camera bagai.. Sebab aku mmg dah bajet, gerenti tak smpat nak snap pic, mesti makanan2 yang served tu dah kena sebat sekelip mata. Kah3


Dinner kali ni 'meriah' lain macam. Mana x meriahnya, general worker pon ada sekali. Agak-agakla.. Aku sampai dok ingat tengah dinner kat Bangladesh sane nun. Mana taknya, si abangla-abangla sekalian ni havoc betol dok 'menonggang' arak bagai nak rak.. Berlawan-lawan pulak diorang dengan si CA YA NUN ALIF, dok nak tunjuk hebat sgt diorang.. Last2 tergolek dog gak ko kat jamban. Apedaa..


Tapi series, aku rs budak2 orphanage tu gerenti terkezut tengok orang dok minum2 sampai ada yang muntah2.. Takpe dik, akak ni pon x habih terkezut lagik..


Esoknya tu, macam biasa, kena gi yard kat Telok Gong untuk lucky draw, angkat limau n angkat duhet bonus..

*bukan gambar sebenar*


Ini tahun, bukan setakat hamper, dapat jugak hadiah barangan elektrik.. Aku dok target dapat TV LCD, sekali x dapat.. penat aku dok mimpi siang malam sampai seminggu. ALst2 dapat kat org lain. Tapi xpe, aku dapat steamboat set.. ngeh3.. Bleh la mak men'steam' sambil naik boat.. kah3..

Ehhh.. malehla aku nak taip lagi..

Last but not least... untuk yang berbangsa Cina



 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets