Friday, November 4, 2011 · 0 comments

Uiii.. rasa lama gila x berhapdet ini blog.. Berbulan-bulan oih.. ntah mana punya malas la yang dah tersangkut kat aku sampaikan liat sangat nak menghapdet. Padahal banyak je kot cerita-cerita yang nak aku bebelkan.. Gossip-gossip yang nak diumpatkan (oi..x baik mengumpat!!).. Hal-hal yang nak dikepochikan..


Ok la..


Seiring dengan semangat serta tahap kerajinan yang begitu membuak-buak..mehla aku merepek barang sepatah dua.. Oh ye.. merepek pasal pregnancy la.. Senahohohoho


Sekang aku dah 35 weeks pregnant. Alhamdulillah, setakat ni takde la lagi apa-apa masalah yang kronik unless bleeding masa awal-awal pregnant hari tu. Maybe masa tu aku dok buat kerja-kerja berat kot.. Tapi lepas-lepas tu ok je...sampailah ke hari ni..


Sepanjang 2nd pregancy ni aku takde pun mengidam yang pelik-pelik. Selamat poket encik hubby.. Tapi aku rasa masa pregnantkan Damia pon aku takde nak idam-idam ni. Cuma cepat terliur kalau tengok orang makan apa-apa la.. Hehehhe.. Lepas tu cepat-cepat jugak la aku paksa encik hubby gi belikan.


So far, barang-barang baby pon semua dah standby dan dah selamat masukkan dalam kereta pon just in case kot-kot aku nak terberanak awal macam kes Damia hari tu. Kot x standby awal-awal, ada pulak yang dok hangkut dua tiga beg masuk hospital. Hahahha.. serius lawak gila kot aku ingat balik time bersalinkan Damia. Memang tak standby apa-apa barang, tup-tup nak terberanak. Encik hubby p angkut segala barang-barang macam nak suruh aku berkampung terus kat hospital. Aku rasa, mesti nurse-nurse kat Hospital Sungai Buloh tu pakat gelakkan aku. Mau tak, ade ke patut set pantang bersalin aku pon dia hangkut sekali bawak p hospital. Adehaiii...


Harap-harap bersalin kali ni takde masalah.. Insyaallah..

Kisah Di Neraka

Friday, September 30, 2011 · 0 comments

Post ni aku copy paste dari blog cik chelsea. Sharing is caring plus peringatan untuk diri sendiri juga..

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿


( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

P/S : berpesan-pesanlah walaupun sepotong ayat...

Day 1 - My favourite song

Wednesday, June 22, 2011 · 0 comments



Meantime, aku suka sangat dengar lagu ni.. ye laaa... orang nak feeling2 jadik billionaire (tak agak2 nak billionaire terus).


Eh.. x sangka.. day 1 challenge telah berjaya kulaksanakan...

Do it or not doing it??

Tuesday, June 14, 2011 · 4 comments

Aku rasa blog ni semakin kusam setiap hari.. Mana taknya, aku just masuk blog sendiri pon untuk cek updates bloggers yang ada dalam blog list aku je.. Nama nak update.. ya ampun.. aku malas seh.. Capek bangat!! Ntah apa yang capek sangat tak tau la..

So.. aku nak try challenge diri aku untuk :

30 days blogging challenge:

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – How important you think education is?
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – Your views on drugs and alcohol
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your view on homosexuality.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – Your reflection in the mirror
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


Hahahahahha.. mampu ke tak aku nak buat.. Just wait n see.. Kah3.. (Aku gelak guling-guling siap-siap dulu)

Friday, April 22, 2011 · 1 comments

Some people just don't understand jokes..

But when it comes to them.. They'll absolutely said "Hey..it just another jokes babe..."

And I think I should've said ..."Pale hotak ko.."

Aku buat jokes salah.. ko punya jokes semua betul..

Apa punya tarbus la ko..

Yang ke-2

Thursday, April 21, 2011 · 7 comments

Akan datang..

Baik korang baca nih..

Friday, April 8, 2011 · 0 comments

Ini hari aku malas nak merepek meraban panjang-panjang.. sebab teman tengah pay attention dengar hot fm sebab dia punya guest adalah Usop Wilcha.. hehehhe.. Kena pay full attention sebab teman nak memantapkan serta mengupgrade lagi kebolehan teman dalam bertutur dalam bahasa Perak..

Okeh.. meh aku promote satu barang baik. Ini barang lain tempat gerenti x dapat punya.

Barang baik yg aku maksudkan ialah......

KEK... beraneka jenis.. beraneka rasa.. Ok aku tipu.. setakat ni puan baker baru provide aku 3 gambar untuk 3 jenis kek. Oi puan baker.. suh cek publish kat blog, tapi setakat 3 je gambo.. Macam mana bisnes nak berkembang pesat cenggini??


Red Velvet

Size : 1.5kg

Harga : RM 50


Aku still x berpeluang nak rasa red velvet ni. Malah x pernah rasa, so puan baker.. kot-kot rasa nak saya promote tahap extreme,bawak-bawakla bagi sample barang sekilo.. lepas tu barulah sedap nak mencanang cerita kesedapan kek tersebut. Betul tak? Betullllllllllllll...



Oreo Cheese Cake


Size : 1.5 kg

Harga : RM 50


Yang ni ok.. Keknya tak rasa berlemak sangat.. Oreo banyak gak.. dan x manis sangat.. Sedang-sedang.. Bak kata orang sesedap tekak.. Compare to SR, i'll choose this one coz this one is better.. SR is quite tasty but not to my liking.. Macam gile berlemak.. Tapi kot sape yang rasa-rasa nak melebihkan rasa manis dan sekaligus meningkatkan kadar kolestrol serta meningkatkan risiko diabetes, maybe korang boleh request puan baker tambahkan cheese barang sekilo lagi, pastu gula barang sekampit. Aku sure puan baker x kisah punya.. Tapi sebarang kesan sampingan lepas tu memang xde kena mengena ngan puan baker la kan, sebab korang sendiri request macam tu.. sendiri tanggung la..


Hi-Fiber Cheese Cake

Size : 1.5 kg

Harga : RM 55


Kek yang ni aku dah rasa.. dan rasanya superb!! Gua gerenti.. lu olang makan, gerenti teringat sampai berminggu-minggu.. Keh3. Eh.. ini serius! Sebab ni pon aku dah rasa.. Cuma puan baker mmg gila pemurah sbb bahan-bahan fiber memang berlambak pastu xde la di blend smpai hancur.. Macam aku suka benda yang terasa butiran dia ni.. So, mmg aku prefer those things x payah blender terus pon xpe.. baru sedap.. Ok..cukup-cukupla aku verangans nak jadi tukang kutuk/puji masakan orang.. Masakan sendiri pon belum tentu sedap. Wakakakah.. Untuk order, korang boleh la contact terus puan baker tu sendiri ek..


Puan Aida 06-799 9420 (no tipon rmh sudah.. sebab puan baker adalah full-time housewife a.k.a penunggu rumah) atau Emel : puteriaida76@gmail.com



Kalau nak order melalui aku pon boleh.. just email ke prosmaliza@yahoo.com.. Then perihal nak C.O.D ke, nak letak deposit ke, nak bayar monthly installment ke, pakai credit card ke.. nak mintak anto ke atau self pick-up korang blh direct deal ngan puan baker..


Btw, mintak maaf banyak-banyak la coz kualiti gambar x berape menggiurkan.. Aku pon pelik.. Maybe tukang tangkap gambo tu parkinson orangnye.. Ngehehhe

Bile tender demi tender terus memburu diriku..

Thursday, March 31, 2011 · 0 comments

Maka aku x punya masa langsung untuk update blog.. Maka terjawab jugak persoalan 1-2 reader yang kadang-kadang rajin nak bertanya.. Keh3.. ada gak orang nak baca blog aku.. *terharu*


Ok.. aku ejegeret saje..

Dah sekian lama x update blog, otak pon jadi beku.. dan menghadapi kesukaran menghasilkan ayat-ayat secara spontan. Ayat-ayat yang aku taip sekarang ni, mengambil masa beberapa minit untuk aku taip.. Taip.. dan delete.. taip lagi.. dan delete lagi.. Susah betol kan.. Padahal, sebelum ni aku just taip without deleting any single words.. keh3.. ejegeret lagik..

Serius nih.. kemana perginya 'soul' aku nak berblogging nih.. Marilah berdamping denganku wahai roh blogging...

Coi.. kecut perut tiba-tiba.. tarik balik ayat tu..

Serius nih.. kemana perginya 'soul' aku nak berblogging nih..

Ok.. FULL STOP!

(pic credit to google)

Pernah tak?

Sunday, March 13, 2011 · 2 comments

Korang pernah tak, zaman sekolah dulu-dulu.. malas belajar. Bila time exam, baru terkial-kial nak stay up sampai pagi.. minum red bull or even livita so thta bijik mata terbuntang dan punya kekuatan sekawan gajah.. Aku pernah..

Korang pernah tak, once dah dapat result exam.. rasa menyesal.. Terus pasang nawaitu lepas ni nak study lebih rajin n xde lagi istilah last minute but end up.. Still sama.. Aku pernah.. Malah selalu.. Hek3

Korang pernah tak, terlepas solat Subuh, padahal alarm dah melalak berkali-kali, tapi korang tekan snooze n sambung tido.. Oh memang 'sedap' tido subuh-subuh sebab kata ustaz/ustazah masa sekolah dulu-dulu kita tido berselimutkan kulit 'oinkoink'. Aku pernah, even usia dah nak menginjak 30 dalam masa setahun pon masih x berubah.. Astaghfirullah.

Korang pernah tak, bangun pagi dengan semangat yang gila berkobar-kobar. Plus pakai baju baru untuk pergi keje.. bertambah2 semangat yang ada.. Tapi sampai opis.. Semangat yang 100% tinggal 10% sebab 90% lagi dah tercicir kat mana-mana. Ada yang kat rumah, kat mak pak kat kampung, kat suami, kat anak..

Korang pernah tak, bila terbaca/ terdengar berita kematian/ kehilangan, terus teringat setiap orang/ benda yang kita sayang. Terus teringat bahawa segala di muka bumi adalah pinjaman, segalanya sementara. Tak kiralah siapa diri kau, apa kerja kau, apa pangkat kau kat opis, dan berapa banyak pon gaji kau, bila Allah inginkan kita kembali.. pasti takkan terlambat walau sepicing pon..

Korang pernah tak, setiap kali bila pergi kerja, sentiasa mengingatkan mulut supaya jangan mengutuk/ mengumpat, tapi bila sampai opis, tengok kerja yang menimbun-nimbun tapi ada orang yang nampak agak rileks, terus hati rasa panas dan hati di dalam terus mengutuk2 ntah sapa-sapa.. Isk.. x senonoh la aku nih..

Korang pernah tak, sangat/ agak benci dengan seseorang itu. Tapi bila dia tak ada lagi berhampiran korang, hati rasa rindu.. Eh, aku tgh rindu-rindu ke.. Ouchh!!

Korang pernah tak, tetiba rasa rindu dengan mak bapak kat kampung. Terus packing n capai kunci, drive balik kampung.. even in the middle of the nite.. Aku selalu time bujang dulu.. Sekarang of course la x boleh drive selamba badak, sebab tu semua x perlu.. I kan dah ada pak supir.. Huhuhu..

Korang pernah tak, terjaga tengah malam, terus bangun basuh-basuh muka.. sambil-sambil tu dalam kepala dah list out whatever things yang nak dibuat like kemas rumah, lipat baju yang dah nak sebakul tu, boil botol susu anak, menyapu mana runag yang patut, etc. Sekali nampak lappy on, terus korang pasang nawaitu nak jenguk-jenguk FB and blogwalking sekejap but end up, korang tersangkut more than hour.. Aku pernah dan sedang.. Aisehhh... menyesal aku singgah kat lappy ni...

Stim bersama bot!

Sunday, February 20, 2011 · 2 comments

Sorry yer.. ini bukan entry 18sx.. Ini entry pasal masakan je pon..

Lately, penyakit M aku makin menjadi2.. (bukan selalu pon ko mmg malas ke Ogy oiii) Taktau la datang mana penyakit M ni.. Sebab selalunya aku rajinnn... Hahahahha

So, last week masa cuti Maulidur Rasul, aku rajinkan sikit diri untuk masak. Tapi dalam pada rajin tu.. ade gak campur malas seceduk dua.. Maka resepi yg sesuai untuk aku buat time mood yang bercampur baur ni haruslah resepi yang simple tapi haruslah mengenyangkan iaitu...

Steamboat !!!!

Okeh.. malas nak carut panjang-panjang.. Meh tengok bahan-bahan yang aku campakkan dalam steamboat aku tuh..


Ni wantan mee (bayam) - sila ignorekan tupperware cap ayam tuhh.. teheheh



Aku xde masa de nak gentel2 isi ikan, isi udang, isi ketam bagai.. Dari susah payah buat sume tuh, baik aku beli yang ready made.. Kata nak yang simple kan..

Sayur aku letak oki mushroom, brokoli ngan mushroom yang 'spesies' biasa tu..


Haruslah ade udan


Begitu juga sutun



Nasi goreng xde nama.. Maybe kita namakan Brocoli Fried Rice.. Heheh


Aku prefer tomyam than sup.. Oh ye.. menu ni jugak aku sesuaikan dengan mode aku yang tgh berdiet.. Itu pasal la aku pilih tomyam dan bukan sup.. Eh.. ape beza kalau makan ngan sup pon kan.. Sama je kalori dia (gamaknye la...) Tomyam tu aku prepare dalam periuk lain dulu, then baru aku letakkan dalam steamboat pot ni.. Oh ye.. steamboat pot ni aku dapat masa company dinner on lucky draw.


Dah masuk2 sume bahan, cenggini la rupa dia.. Macam x sedap, tp sedap ok..


Muka salah seorang 'pemakan' yang sangat berpuas hati lepas berhari2 sound suruh buat steamboat..














Semalam kat mekdi

· 2 comments

Malam Selasa lepas, sbb boring n perut pon lapar.. kami pegi melepak2 kat mekdi Setia Alam. Memula ingat nak bg Damia main kat playground, tapi rupa-rupanya ramai lagi mak pak yang sama-sama boring n lapar dok heret anak2 sekali pegi mekdi. Maka Damia ngetest seround dua je.. Layan gambar lg baik da sbb aku still boring n xde idea nak taip ape..



Jgn hiraukan muka tuan tanah yg x berapa nak semenggah tu.. x kose aku nak tepek mekap segala memalam buta



ini encik hubby tuan tanah.. dia ni x kira pg ke petang ke, tengahari lit-lit ke.. die tetap ngan cap.. gasak ko la bang


ini adik tuan tanah yg bajet hot pakai jaket kat mekdi.. keh3


orang lain mentekedarah, ko main cak-cak.. patutla ko tambah cikeding sang anak..


habih sume orang nak ditegurnya..








E-mail

Wednesday, February 9, 2011 · 4 comments

Saje nak borak-borak pasal email..

Bukan ape, aku baru je create email account yg baru baru2 ini.. Ceh ayat.. Bila dah ada email yg baru, baru la ada rasa confident sikit nak email2 quotation ke, inquiry ke.. Ye lah.. seblom-seblom ni aku duk anta email pakai account yang aku create zaman muda remaja dulu.. Just imagine la, email budak-budak yg baru nak pegang komputer, gile jakun sampai nak heret cursor ke sini, pegi ke situ plak (paham ke ape yg cuba aku sampaikan?? gasaklahh...)

Email aku dulu mirna_46@yahoo.com (jgn gelak, kang aku tampo kang!!)

Aku pakai email ni kot x silap dari form 5 tau dak!! Itupon kira seribu rahmat la ada orang tolong createkan. Kot dak, ternganga-nganga je la aku apela menatang email tuh..

Ntah apehal aku dok letak email address aku cenggitu, tp for sure trend dulu-dulu mesti ade nombor kat blakang. Ade yang letak tarikh lahir la, tarikh couple la.. Aku x main a letak tarikh couple, ape barang.. keh3.. Tapi aku pelik sampai sekang, ape hebatnya nombor 46 tu. Pikir banyak kali pon aku xdpt recap balik apa significantnya no 46 tuh.. nomo jersey?? bukan.. dalam kelas selalu dapat no 46 kah?? Lagi bukan.. bukan sbb aku bijak laksana, tapi kelas aku ade xsampai 30 org student je pon..

Yang tang mirna tuh pulak.. aku rasa sebab dulu aku minat sangat kat Mirnawan Nawawi (hockey player tuh..) Main hoki pon x reti, wahhh.. ade hati nak feeling2 kat Mirnawan.. Padehal bile aku tgk2 balik, idak la ensem mane pon dia. Wakakakka.. (atau adakah ketidakhenseman dia jelas ketara disebabkan polident??). Jadi, xnak la nampak macam die hard fan, letak sikit je laaa.. amik mirna.. kiut konon.. phuii.. hahahah..

Jadi, aku gunalah email aku sampaikan anything related to kerja, fb notofication, job street, sumela dok masuk situ.. Spam usah kira la.. Memang berlambak2.. Ape yang keras hati sangat xnak create yg baru ntah..

Tapi itu duluuuuuuuu.. Sekarang tidak lagi!! Heheheh.. Aku dah ada email baru yg tampak lebih elegan.. hahaha.. elegan la sangat..

Krisis Mesir - Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia

Wednesday, February 2, 2011 · 2 comments

Artikel ni aku copy-paste dari blog blogger lain. Sesiapa yang tersinggah, harap boleh copy-paste ke blog korang.. Sama-sama kita doakan keselamatan kesemua mereka di sana.. Insyaallah..

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
By ariff On January 31, 2011
·

[Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

-Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

No title

Tuesday, February 1, 2011 · 0 comments

Aku rasa this year semangat untuk blogging adalah sangat kureng.. Kenapa ntah..

Bizikah?? Mungkin jugak kot (still ada kot lagi).

Lagi sehari, dah nak Chinese New Year.. Actually, opis aku ni dah start cuti pon.. Tapi disebabkan aku ni rajin.. Maka aku keja, bukan sengsorang pon. Bertiga orang.. keh3.. Time company bagi cuti, ko nak keje.. Time kena keja, menggedik2 pulak nak cuti.. Hahahah.. Ehhh.. cuti tu aku nak jugak.. Tapi aku nak replace time raya pose nanti.. Eh.. pose pon x habih ganti lg dah menggedik nak raya.. Huhhuuu..


Macam biasa, dekat2 CNY, company akan buat dinner n bagi bonus.. Dinner Ahad lepas, buat kat KEC (lagikkkk...) Tapi ini kali kalu, bos untung lebih kot.. Siap invite orphanage bagai.. Staf pon boleh heret anak & spouse sekali.. Dan ofkos la aku heret encik hubby dan cik anak. Ohh.. xde pic time dinner sbb x kose nak usung camera bagai.. Sebab aku mmg dah bajet, gerenti tak smpat nak snap pic, mesti makanan2 yang served tu dah kena sebat sekelip mata. Kah3


Dinner kali ni 'meriah' lain macam. Mana x meriahnya, general worker pon ada sekali. Agak-agakla.. Aku sampai dok ingat tengah dinner kat Bangladesh sane nun. Mana taknya, si abangla-abangla sekalian ni havoc betol dok 'menonggang' arak bagai nak rak.. Berlawan-lawan pulak diorang dengan si CA YA NUN ALIF, dok nak tunjuk hebat sgt diorang.. Last2 tergolek dog gak ko kat jamban. Apedaa..


Tapi series, aku rs budak2 orphanage tu gerenti terkezut tengok orang dok minum2 sampai ada yang muntah2.. Takpe dik, akak ni pon x habih terkezut lagik..


Esoknya tu, macam biasa, kena gi yard kat Telok Gong untuk lucky draw, angkat limau n angkat duhet bonus..

*bukan gambar sebenar*


Ini tahun, bukan setakat hamper, dapat jugak hadiah barangan elektrik.. Aku dok target dapat TV LCD, sekali x dapat.. penat aku dok mimpi siang malam sampai seminggu. ALst2 dapat kat org lain. Tapi xpe, aku dapat steamboat set.. ngeh3.. Bleh la mak men'steam' sambil naik boat.. kah3..

Ehhh.. malehla aku nak taip lagi..

Last but not least... untuk yang berbangsa Cina



"Gangsterisme"

Monday, January 24, 2011 · 3 comments

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

What are u lookin' at punk?!



p/s : Ada gaya2 macam kaki pukul x anak dara aku?

makcik x kayo-kayo..

Tuesday, January 18, 2011 · 2 comments

tadi tiba-tiba teringat kat nuffnang.. sebab gila lama x cek.. manela tau kot2 dah beribu-ribu lemon kat dalam tuh.. boleh cash out buat bayar utang ptptpu..

sekali..


verangans la ko.. buat entry pon serba malas.. nak beribu.. kalo entry setakat 1 entry sebulan, nak cecah 10 hengget pon semput.. keh3

Mission accomplished!!

Tuesday, January 11, 2011 · 2 comments

Finally, 1st mission untuk 2011 sudah sukses.. Alhamdulillah..





*mana tak sukses, sebab pakai taktik kotor.. wakakak..
fedulikk!!

Opening enty - 2011

Wednesday, January 5, 2011 · 7 comments

The first entry ever since new year.. Hohoohoh.. Orang lain siap hapdet pasal p celebrate new year bagai.. aku baru kedek-kedek nak cite resolusi tahun baru.. Aku xde cite2 celebrate new year bagai.. Lagha sume tuh.. kah3..

Sebab dah terlambat, maka kensel cite resolusi.. X koser mak nak bebel pasal tu..

Since few months, aku adalah amatlah bz gile. Bukan naik pangkat, dan bukan juga naik gaji (Upset je bunyi) tapi 'naik' workload. Last November, senior aku resign. Maka, banyaklah tender-tender yang kena aku setelkan.. Luckily, ada staf baru but still, keje adalah berlambak-lambak. Penat!!

Tapi, kalau tengok at the brightside (sisi yang terang), ini peluang aku untuk explore macam-macam benda.. Ok, jadi kita pikirlah yang baik-baik aje lepas ni.. Bila berpikiran baik, maka mulut aku takdela nak menyumpah2 je kejenya.. Bila mulut x menyumpah2, maka hati jadi sikit baik.. Maka muka pon otomatik menampilkan mood yang baik-baik saje.

Ok.. stop pasal keje.. bosan dowh!! Ofis keje, rumah pon cite keje ke??

Masuk bab Damia.

Damia finally makes her first step masa bulan doblas last year.. Dan sekarang sudah ber'step-step'. Dah boleh cakap 'nak', 'mama', 'baba' ngan 'nanak'. And sekarang aku dok ajar dia cakap 'susu' tp still x boleh2 lagi. Bukan apa, kadang-kadang tengah syok2 dia main, tiba-tiba merengek-rengek x tentu pasal. Bila kita pujuk, angkat lagi dia menggelepar semacam. Jadi, aku selaku mama yang sangat extreme tahap 'mithali'nya.. x boleh tahan benda-benda macam tu. Kang ade aku pulak yang sama naik nak 'menggelepar'. So, kalau dia tau sebut 'susu' kan senang. Terselamat sikit ko dari kegeleparan mama. keh3


My lil Drama Queen..

gedik ok anak dara sorang nih..

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets