My lil' precious.. PART 1

Tuesday, October 19, 2010 · 4 comments

Rasa-rasa macam x pernah lagi update pasal perkembangan Damia. Rasanya la.. gile malas nak selongkar lemari cek satu-satu en3.. Jadi ini hari, tak kira la pernah ke tak, aku tetap nak update pasal my little girl based on pic yang ada dalam pc haku ni.. Bukan apa, takut sok-sok terlupa sudah macam mana muka dia, saiz dia, kaler dia masa newly born.. Heheheh..

Hns..hns...I am full n sleepy..ZzzZZzzz...

Actually ada banyak scan image, yang 2D banyak gak sebab everytime gi cek up, scan, Dr.Rozita akan bagi. Scan 3D x banyak, dalam 3 pcs je kot.. masa 1st time scan 3D and dapat tengok muka baby.. wahhh.. memang over sexcited! Heheheh.. Tapi, aku noticed masa 3D scan, idum baby memang sejibik seketul hidung pak dia. So, memang sah dan kompem la anak encik Kamal.. Kahahahaha...

"Please take the camera away!! I hate it"

Ni betol-betol gambar yang disnap dalam labour room. Tergedik-gedik betol encik hubby nak tangkap pic sang anak. Perasaan aku?? Segala sakit dan penat hilang. Hilang di balik kemungilan wajah anak.. Cewahhh.. (ayat ala-ala novel Alaf 21 x??)

"Mama..wake up.. I'm starving"

Pic lepas keluar dari hospital. Sekejap je muka dah nampak lain kan?? Masa day 1, nampak ketara kesepetan matanya. Ni nampak besar bulat sikit.

"I hardly open my eyes...zzZZZzzzz"

This pic was taken on the way nak balik ke Kuala Kangsar. Masa ni Damia boleh bantai tidur all the way.. Jenuh aku kejutkan untuk bf dia.. Adehai.. Kekejungan tahap dewa bukan kerana mewarisi bakat semulajadi mamanya, tapi dek kerana jaundice.

2 weeks


Masa ni aku n Damia, both admitted kat Hospital KK for the 3rd time.. 3rd time ok!!! Sampai glemer gak la kami berdua time tu.. Keh3..

To be continued....

Drag me to hell

Monday, October 18, 2010 · 2 comments

Tajuk kuss semangat..

Actually bukan aku buang tebiat ke hape.. tu tajuk felem tuhhh.. Malam tadi 'ter'layan satu horror movie. Agak kus semangat gak la tengok..huhuhu. Jadi ini kali, aku nak buat felem prebiu sikit.. teheheheh..

Ini cerita adik aku dah war-warkan dari ari Sabtu pagi lagi. Beriye-iye.. "ade cite best Kak Ogy... cite hantu tau.. orang nak tengok!"

Jadi last night, berpakat-pakatla kami berdua berhimpit-himpit nak tengok citer ni.. Sepanjang citer tangan aku jap2 dok cover muka.. Keh3..


Leading actress

Cite pasal si Christine Brown yang al-kisah terlampo desperate nakkan post Asst.Manager kat bank die kerja. Sampaikan sanggup melupakan sifat perikemanusiaan.(tu dia..jarang-jarang aku dok guna perkataan ni). Dan mangsanya adalah sang makcik seperti pic di bawah.

Ni makcik tua yang telah meng'curse' Christine

Memang coii okeh makcik nih.. Kejenya nk gigit org ngan gigi pelesu dia je.. Geli tgk weihhh.. Part bermulanya tahap kengerian hidup Christine bermula bila makcik ni dok menyumpah dia dalam bahasa ancient Gipsi (gamaknyela..sbb aku x paham sepatah haram ayat maki dia). Tapi makcik ni x main la nak sumpah2 gambar bagai, dia sumpah pakai butang overcoat Christine tu je kehh..

'Upacara' menyeru Lamia..

Masa scene dok seru-seru nih memula memang agak seram ok. Mau tak, dok seru-seru roh jahat suh masuk dalam badan.. Kira macam main spirit-spirit la.. Tapi memang spoil mood seram aku bila Lamia (si roh jahat) tu masuk dalam badan tok bomoh tu, si Christine ni gi letak tangan si tok bomoh atas kepala kambing. So, 'ter'transfer la roh jahat tu dalam badan kambing. Memang la muka kambing jadi menyeramkan, tapi aku rasa nak gelak guling-guling. Keh3.. Dan pulak mat saleh ni nak selit comedy scene dalam cerita nih.


Scene ni memang kesian la.. Penat-penat je si heroin ni korek balik kubur makcik Sylvia nih and yo yo je ko berhempas pulas nak masukkan butang baju ko dalam mulut makcik nih. Siap kene hempap ngan cross lg.. but at last ko mati gak.. Hohoohoh.

To conclude, movie ni agak boleh tahan la.. Tapi kalo bleh buat request, aku nak request kat producer tuh, ko buang je la scene kambing tuh.. Kot nak jugak, tukar la dengan sang haiwan yang lebih brutal. Barula meremang-remang bulu tengkuk tengok. Ini kambing??

Muahahahha...

keje = stress = !!^&@@!!###

Thursday, October 7, 2010 · 3 comments

Aku ni balik-balik, kalo menghapdet pasal keje.. mesti nak bebel pasal stress.. aku rasa sepanjang melibatkan diri dalam arena pem'blogging'an ini (amek kau), x pernah la ada cerita yang best pasal keje. Gerenti x best punye. Asal keje je, x best. Asal x best je, mesti keje!

Disebabkan dek kerja yang lately makin menimbun-nimbun, aku tend to be seorang yang cepat marah. Selalunya tempat aku nak marah-marah tu of coz la kat rumah kan.. Kot marah-marah kat opis kang, ade lak yang kene buang keje. Hohohooho..

Kesian kat encik hubby yang kadang-kadang terpaksa 'sambut' setiap kemarahan isterinya yang saiko ni dengan penuh kasih-sayang (ye ke?). Kadang-kadang Damia pon terkena tempias kemarahan aku tu.. Marah je la.. bukan la aku belasah budak kecik tu sampai lembik.

Kepada encik hubby, maafkanlah isterimu yang saiko nih. Sesungguhnya aku x mampu nak melawan 'godaan' si amarah ini. Dan untuk Damia.. maafkan mama ye.. mama x sengaja nak marah-marah.. Hihihihi..

p/s : peace no war!

Mission accomplished!!

Tuesday, October 5, 2010 · 1 comments

Alhamdulillah.. planning 'buka' rumah berjaya. Walaupun kepenatan amat tapi hati rasa puas..

Tapi sayang.. terlupa nak amik pic dengan kengkawan yang datang.. Sibuk sangat la konon..

Cerita 'buka' rumah I'll update later je lah.. Sebab semalam sudah coti maka kerja bertimbun. Senak weh senak!

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets