Bile takde mood semua benda jadi x best!

Thursday, June 24, 2010 · 0 comments

Standard la bila gegirl nih. Dalam sebulan mesti ade sekali datang penyakit emo yang x tau asal keturunan dari mana. Tiba-tiba je nak marah.

Tapi macam aku lak, sekali dalam sebulan tu kira miracle! Bukan sebab aku x suka marah-marah. Sebab kalo level normal aku, dalam sebulan tu, gerenti 5-6 kali gak aku emo. Itu emo yang x tentu pasal, xde sebab musabab. Kot campur emo yang dikenali asal-usul ni.. perghhh.. memang boleh kata tetiap hari. Bukan ape,kot dalam sebulan xde rasa nak marah, rasa x normal pulak. Hehe

TAPI!!!! arini.. memang sume benda aku pandang ngan rasa xde mood. Pandang pc xde mood, pandang air xde mood, pandang muka bos xde mood... jenuh aku tunggu mood datang. Eh, bile bukak FB ade pulak mood aku. Menderu-deru datangnye. hahahaha

Dah..tu je update aku. Aku dah xde mood balik ni..

Garage Sales!!

Tuesday, June 22, 2010 · 0 comments

Korang ade banyak barang terpakai yang tak digunakan lagi, condition masih tip top, tapi sayang nak bagi kat orang?

Rasa nak jual semua barang-barang tu tapi xtau nak jual kat mana??

The answer is here!! Anyone interested to join me on Garage Sales? This event will help you to sale all your bundle/preloved or even NEW item.

For more details, please leave comment or email at mirna_46@yahoo.com

p/s : first come first serve basis since the space is limited. Reservation until the end of this week only!

Jangan main bedal je..

Monday, June 21, 2010 · 0 comments

Aku bosan hari ni. So aku google punye google, aku terbaca pasal status halal-haram ni. Nampaknya ada gak makanan yang aku dah 'sondol'. Cett!!

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?

Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Random lagi

· 0 comments

Malas nak fikir tajuk panjang-panjang. So, random lah!

Last weekend balik kampung. Bila balik kampung, absolutely rasa malas nak balik KL balik. Bosan oh! Bile la aku nak dapat kerja kat area Perak eh. Gile x best dok kat KL nih. Bagi orang yang suka jalan-jalan & sopim-sopim, maybe ok lah. BUT it is so not me.. Ecehhh..

Last Friday gerak dari rumah around 10pm gitu. Luckily bukan musim cuti, so jalan lengang la gak. Tapi apasal smpai lambat eh?? Ini mesti salah driver!

Terkejut jugak tengok mak - agak pucat dan susut sikit badannya. Sedih pulak. Katanya x berapa lalu nak makan. Kesian omma! So, esok siangnya, aku masakkan la makanan yang ada rasa pedas-pedas, kot-kot la mak berselera.

Petang sabtu, terus gerak balik SP. Singgah kenduri kahwin kawan encik hubby. Selamba je aku pakai jeans. Hahah, ala... dah malam pon. Jumpa kejap je, makan pon kejap jugak. Sebab dah malam kan, orang pon dah nak kemas-kemas. Pastu terus balik rumah in-law.

Balik kampung kali ni memang x sempat langsung nak jalan-jalan. Xpe, maybe next time la.. Eh..kate x suke jalan-jalan? Ngahahha..

(nak update entry yang sejemput ni pon ambik massa dari pagi)

Cakap x serupa bikin

Friday, June 18, 2010 · 0 comments

Hidup akan jadi masalah bila wujudnya orang yang cakap x serupa bikin. Mulanya akan bercakap lain, lepas tu terlampau mendengar kata-kata orang, cakapnya akan jadi lain pulak.

Susah..susah.

Terbelenggu dan terjerut diri kalau terjebak dalam keadaan macam ni. Kadang-kadang berasa jauh hati pon ade.

Berapa kali nak beralah? Ce explain sikit.

Miss my mak, abah & kampung sooo bad!

Thursday, June 17, 2010 · 2 comments

Lama gila x balik kampung. Rindu sangat! Tambah lagi bila dapat tahu mak x sihat.

Sedih pulak. Rasa diri macam anak x guna pon ada.

POX ayam

Monday, June 14, 2010 · 1 comments

Bersiaran dari rumah.

Meaning BERCUTI.

Bukan sebab nak g holiday mana-mana, tapi kena jaga budak kecik yang terkena chicken pox.

Cepat sihat sayang mama...

Saturday, June 12, 2010 · 2 comments

Dah berapa hari Damia demam. Baik je dari demam, dia muntah-muntah pulak. Kesian nengoknye. Bila muntah, dehydration. Selera pon kureng, makanya bibir sedikit kering dan pecah. Kesian anak mama. TAPI, still bertenaga untuk mengganas.

Berapa kali nak cakap Damia x suke plaster ni mama!





Towel basah pon Damia x suka la mama!


Macam ni la best!

Kenapa malu-malu?

Wednesday, June 9, 2010 · 0 comments

Mood x berapa nak ada sebab malam tadi x dapat nak tido dengan lena. Anak demam woh! Xpe, pengorbanan namanya. Dan pengorbanan ada hikmahnya. Hikmahnya, aku dapat masuk lambat arini. Ngeh ngeh ngeh

Mood bekerja memang x ada. Standard la aku. hari-hari pon memang x ber'mood' nak keje. Apedaaa. Tiba-tiba ada lagu Sweet Dreams. Ohh.. handphone BLACKBERRY aku bunyik. Private number. Cuak sikit. Sebab aku takut pengutip hutang yang tipon. Tapi aku angkat gak.

Caller : Hallo, assalamualaikum cik. Saya Haji Abdullah nalipon dari Celcom centre.

Me : Waalaikumsalam. Ah, kenapa ye?

Caller : Semalamnya di Celcom ada buat satu cabutan bertuah dan nomo cik termuncul dalam cabutan itu. Hadiahnya adalah uang tunei RM7k.

Me : Abih tu? (at this point aku dah tau dah apa muslihat Haji Abdullah ni)

Caller : Jadi saya nalipon ni mau mintanya no acc cik untuk diberi uangnya menerusi ATM. Apa nomonya ya cik?

Me : Saya xde no acc.

Caller : Ngak ada pakei buku acc ya? Kalo boleh dipinjam no acc kawan2 atau saudara mara?

Me : Eh,nak bagi saya duit kenapa x issue cheque je?

Caller : Begitu ya?

Tut..tut..tut. Terus dia letak teleponnya.

Suka-suka hati ko je ye Haji Dollah nak mintak acc no aku. Kot ye carikla mangsa yang x laser macam aku. Sebenarnya banyak lagi ayat die nak mengayat mintak no acc aku tuh. Tapi aku just pick up main point je. Kot aku letak sebutir-sebutir ayat die tu mau ngantuk korang baca.

Kot ye nak bagi aku duit jangan malu-malu nak isu cek. Pastu jgn malu2 mintak aku datang ambik cek tu kat Celcom centre ya. Oh ye.. lagi satu lain kali kok mau nipu orang, jangan diguna nama yang Haji ya pak.

Weekenders

Tuesday, June 8, 2010 · 6 comments

Woot..woot... last weekend was the busiest weekend ever. Tak pernah lagi kami (me, hubby & lil' Damia) keluar dari pagi menyantak ke malam. Selalunya, kami akan keluar pas Zohor and balik before 9 p.m. Tak pon x keluar langsung. Ekekekke

Tapi seris penat weh. Last time berjimba macam ni adalah before kawin. Lepas kawin terus aku jadi tua. Terus xde perasaan nak keluar. Terus feeling-feeling tua. Huuhuhuh.. Lebih suka memerap kat rumah. Ntah ape benda yang aku suka sangat duk kat rumah ntah. Padahal bukan best sangat pon. Hahhahah..

Oh ye.. nak cite pasal weekend kan. Actually bersemangat gila dari malam balik dari uptown 24 tuh. Bukan apa, sebab dah lama gila nak bawak Damia ukur shopping mall yang jauh sikit tapi balik-balik g JJ Bukit Tinggi gak. Tapi, last weekend memang aku nekad, ape nak jadi, jadila.. aku tetap nak teruskan niat nak g Midvalley. Lame woh x pegi mid. Dulu-dulu kalo g mid, for sure otw balik, gerenti aku x bercakap-cakap ngan encik hubby. Aku kan suka emo x tentu pasal. Hahah

Punye la lama x pergi mid, sampaikan sesat barat kitorang sefamily. Padahal bukan susah sgt pon jalan dia. Ini semua angkara si driver yang suka ingkar cakap co-pilot. Sokmola dia nak tunjuk kehebatan built-in GPS dalam diri dia tu. At last, salah jalan, dah nak masuk Gardens dah. Yang best siap tanye pak guard parking kat mana. Plate je wilayah weih. Takpe, xtau tanya ye, kalau malu bertanya sesat jalan.

Mid still seperti dulu. Saiz x berubah pon. Hahahah.. And orang sangatlah ramai. Mari mana ramai-ramai nih? Oh okek, 1st thing mestilah claim hadiah dari encik hubby yang dah dijanjikan dari last month. Perjanjian tetap perjanjian! Dah dapat hadiah baru hati rasa sedap nak berjalan-jalan.

peng'edit'an cobaan pertama kali

Oh, jangan terperanjat dengan kehadiran AMAH yang memang selau nak steal the limelight MAJIKANnye. Ngehehe.. Adik aku tuh.. Actually dia nak pergi Aquaria tp drop by sekejap hantarkan moist chocolate cake yang kakak opis dia buat. Memang sedap gile. Time kasih la adik terchenta!! Tapi the cost for the cakes was too expensive coz dia demand for Kenny Rogers. Memilih btol, food court taknak. Takpe, layankan aje. But at last, duit aku selamat dalam poket encik hubby, coz bf adik aku yang belanja. Kot tau awal-awal ko nak belanje Boan, akak order banyak-banyak, biar sesak dada ko time nak bayar.

isk..busuknye ucu nih

me wif adik yang tinggi menggalah.

Jangan tanya kenapa adik aku tinggi while aku sedikit rendah. Aku lempang kang!

mama ♥ Damia

asal balik-balik pic kat sini je eh

Wajah bf adik aku dirahsiakan buat sementara waktu. Adik aku buli bf dia untuk tangkap gambar je. Kesian kat ko Boan, kot ada adik lain, memang aku kenenkan dah ngan ko. Eh lupe,aku pon tumpang buli sikit. Ala.. setakat mintak tolong tolakkan stroller Damia semntara mak pak Damia bz nak bergambo. Wakakaka

letih no gaya

Pic was taken on Sunday. Damia masih penat. Bangun tetap awal, lepas mandi terus Damia sambung tido until 11.30 am. Kesian Damia. Takpe, this week kita ronda lagi eh.






Terjah uptown 24!

Monday, June 7, 2010 · 0 comments

Last weekend memang sangat bz. Mane taknye, balik je dari kerja last Jumaat, mandi-mandi, solat-solat, terus keluar. Destinasi?? UPTOWN!!. Gile lama rasa x pergi uptown. Pakat-pakat lupa la abang-abang DJ uptown tu kat i. Maklumla, i kan suka sangat berkaraoke atas stage uptown Shah Alam tuh.. PASThahahah.. x kuase mak!

Actually pergi uptown ada misi. Hahha.. Tolong member belikan jersey untuk encik hasbennya sempena world cup yang bakal menjelang tiba. Uih ayat.. x tahan oi. Baik hatinya. Aku? jangan harap aku nak belikan jersey, kot beli nanti encik hubby ingat aku merestukan dia conquer tv sepanjang world cup season. BIG NO ok.. aku x suke tgk bola. Tapi yang peliknye, time berchenta dulu boleh pulak aku layankan bola tu.. Maklumla, strategi nak memikat. Wakakak..

Member tu mintak tolong belikan coz aku slalu story kat dia yang encik hubby memang selalu beli jersey kat uptown tu ok. Nak kata dapat murah x jugak, tapi sbb jersey die berkualiti & design dia memang sejibik seketul macam yang ori punye. Harga pon okey, so okeh la kan. Eh, kantoi lak laki aku pakai jersey cap uptown. kui3


baba.. n9 masuk world cup x tahun ni??



Cute je aku tgk topi nih. Macam topi joker. Aku paksa Damia pakai. Sape suruh tak duduk dendiam dalam stroller. Dah kena buli ngan mak sendiri. Ekkeekke.. Aku paling nyampah tunggu encik hubby pilih jersey. Sangat cerewet ok. Kalah aku ni. Teliti gila. habis diselak-selak merata celah jersey tuhhh.. Hoiiihhhh.. lame aku tunggu. Sawan aku pon dah nak datang. tapi mujur dia noticed muka bini yang dah nak bertukar, cepat-cepat dia bayar. Mana taknye, lama.. aku pulak lapo. Huh!





muke x puas ati sbb x dpt topi n9



Tak jauh dari uptown Shah Alam tu ada satu restoran seafood yang bagi aku not bad la masakan dia. And the most important is, harga berbaloi-baloi. Lagipun kat situ ada gak jual tauhu bakar, sotong kangkung suma tu. All time feveret tuhhhh... Dulu time belom kawin,masa tu dah keja dah pon, memang slalu aktiviti dating akan berakhir kat restoran ni la. Kot masa study dulu, slalu end up kat Pok Tet. Sebab kat situ ada harga student. Siap bila time nak bayar tuh, abe2 tu akan tanya; "Student ke?" Tapi bila dah kerja, ada duit sikit, aku jadi lupa diri. Terus rasa tak standard nak makan kat Pok Tet. Berlagak tak aku? Aku memang berlagak.

Settle makan-makan, mata pon dah x tahan. Dalam keta, aku dah tido dulu tapi tangan still maintain pangku Damia. Magik x?

Basa-basi

Thursday, June 3, 2010 · 6 comments

menyampah lak bila ada orang yang berbahasa 'pelik' begini ye :

aq = aku

ary = hari (y not ko gunakan ari)

kew = ke (terpeleot lidah aku)

omeigod = oh my God (kan lg singkat pakai OMG?)

ade banyak gak lagi.. tapi agak kemalasan nak list down. sebab dah rasa menyampah sangat2.. hahahha

Gua mati la

Wednesday, June 2, 2010 · 0 comments

Sape ada bace news pasal satu storm yang melanda Guatemala a.k.a Guamatila city. Tropical Storm Agatha. Nama x agak-agak. Ayu gitu.. tapi ganas rupenye kau.



Ko tengok tuh.. macam terowong beb




Skala 2:100,000


ALTO = No Entry (heheheh - gelak pon kena buh dlm bracket ok)


Kot terasa-rasa nak tau lebih lanjut pasal cik puan Agatha a/p Agimarumuthu ni, silalah korang google sendiri eh. Korang tau x batman berasal dari Guatemala? X pecaye? Aku ade bokti okehh.. ada gambar awek batman dalam news pasal storm agatha nih


SEE! Inilah rumah batman. Asal-usul batman.
Kesian bini batman. Ni la namanya sayang bini tinggal-tinggalkan


Okeylah.. aku dah merapu!
aku dalam keSTRESSan
+_+

Israel laknatullah - jahanam la ko!

Tuesday, June 1, 2010 · 2 comments

Mesti ramai yang dah tau pasal serangan israel laknatullah ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tersentuh mendengar berita ini. Semoga Allah lindungi mereka terutama yang menaiki kapal Mavi Marmara. Selamatkan mereka Ya Allah.

nak tau lebih lanjut :

Bantuan Gaza

Bantuan Gaza 1

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets