Materialistik ke?

Thursday, May 27, 2010 · 5 comments

Hahhahah..tajuk entry x agak-agak. Kali ni punya entry aku nak buat entry on wishlist aku. Saje, so that nanti-nanti akan lebih bersemangat nak save duit n jadi kaye. Boleh ke cenggitu??? Hahahaha. So, my wishlists are:

First wish :

seksinya bb ini


Nak tukar phone. Sebab lemas okeh pakai hp yang same je. Wakakakka.. macam bagus-bagus je ayat. Ape keje ko cap duit ke Ogy? Ke ko 'supplier' metaphatamine (btol ke aku eja). Dah lame 'craving' for BB but still x dapat2 lagi. Takde ke sub-con or supplier yang nak rasuah aku ngan BB nih? Huhuhuuh..


Second wish :

I need a new lappy! Like this 'blue' one.

That day dah sound kat encik hubby betapa saye nak lappy yang baru. Yang ade sekang sudah seakan-akan nazak. Huhuhuhuhu.. Encik hubby buat dunno je. Xpelah, gunalah lappy yang ada until jahanam dulu ye. Jangan gedik sangat, laki ko bukan kaye. But still nak masukkan dalam wishlist. Ngehehhehe

Third wish :


Gucci handbag



Ohhh.. sangat teringin memiliki designer handbag. 1 pon jadilah. Actually, pernah je pakai designer handbag tapi of course la beli kat butik uptown! Muahahahhha..

Fourth wish :

Nak beli rumah sendiri. Rumah tu mesti ada swimming pool, so that boleh la aku berangan ala-ala mermaid gitu. Kot rasa stress sangat, boleh terjun terus masuk pool dari balkoni. Hehehheheh.. Kot gitu, ari-ari leh la aku terjun tiruk. Ye tak ye gak, kot nak impak lebih sikit, better aku duk kat apartment je, terjun dari tingkat 18 terus. Erk, bersepai lak tulang-temulang aku dalam pool tu nanti. Kensel apartment!

Nak rumah cenggini la lebih kurang
tapi kalo boleh pool tu besar sikit lagi


Fifth wish :

Last but not least, of course la nak g bercoti okeh. I x nak coti dalam Malaysia, i nak coti kat oversea u know. Muahhahahha.. Malaysia ni pun aku x abis round lagi, gedik nak ke oversea. Heheheh.. Name pon wishlist kannnnn.. So, destinasi bajet i ialah:

Istanbul, Turki


Tak ingat bila, tapi pernah tengok dokumentari pasal Istanbul. Sangat-sangat teruja. Sebab senibina kat sana memang cantik-cantik and view pon cantik-cantik gak. Masa tu jugak aku terus jerit kat encik hubby "D! nanti kite g Istanbul nak?". Dia terus jawab "Ok." Best x husband i? Jangan jeles okeh? Muahahhaa (dia ok kan aje, ntah bile nak peginye pon xtau!)

TAPI

Kot x dapat nak g Istanbul, aku ada listkan second choice :

Jepun

Motif nak g Jepun?



Nak pegang sekuntum bunga sakura di gurun sahara. heheh


K la, kot x dapat nak g Istanbul atau Turki, bawak je la aku g Bukit Tinggi. TAPI, bukan sekadar Bukit Tinggi, kena stay kat Tropicale Colmar okey. Hahahhaha.


nampak klasik x? kire ok la.. nampak mcm kat oversea gak


Okehlah. Enough dreaming! Huhuhu...

p/s : mintak-mintak la encik hubby bace this entry. And then dia senyap-senyap je suprisekan wife dia yang materialistik nih.. Hahahahha..























SH!To

· 0 comments

Inilah hasil kerja tangan aku

Tadi aku sibuk menggodek-godek layout

Adjust itu ini.

Sekali hasil mcm sh!to.

So malas nak repair balik

Pakai classic dulu

Sok-sok je la aku adjust balik





SH!tO

RUDE-RUDE BOY

Wednesday, May 26, 2010 · 0 comments



suka ini lagu.. suka itu gelek..hehehhe

Hati gumbira tidak terkira..

Saturday, May 22, 2010 · 1 comments

Semalam encik hubby udah pulang dari out-stesen (ceh, macam bagus je aku tulis out-stesen. Ehhh, jepun kira out-stesen ape??!!).

Bile encik hubby dah balik, macam-macam cerita yang aku bukak. Kire macam open table, tp xde makanan. Kire untung sebab aku perlu bermodalkan air liur je. Heh. Dari cerita opis sampaila ke cerita makcik nasik lemak aku cerita. Bukan nasik lemak makcik! Dia angguk-angguk saja. Paham atau setuju? Ke sekadar angguk nak puaskan nafsu hati aku je?

The best things bile encik hubby ada kat rumah mestilah sebab dapat makan 'benda' best! Ko ingat benda apa? X kisah la ape benda pon, janji aku puasssssssss. Hahhahaha.. Ye la, puas la dapat makan nasik.

Hari pon kembali seperti biasa. X payah aku susah-susah nak bukak tutup pagar. Hhihihihihi.. (Ntah ape yang best sangat ntah)

K lah, nak layan menuju puncak nih. AFUNDI maulana sendatttt!!! wakakakka


Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..

Friday, May 21, 2010 · 2 comments

I found this article in one of my fren FBs'. Just to share this info, so that kita lebih jelas tentang hukum-hakam dalam Islam. Am not very good though, but am trying to be one.

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

P/S : Semoga kita lebih berhati-hati

Ini macam pon ada ka?

· 1 comments




Ini macam punye claim pon ade ke?? First time aku jumpe.. HAHAHHAHHAA


For GRO : RM300

Kot aku la yang 'order' GRO tu.. pastu aku nak claim.. tak sampai hati aku nak tulis situ yang aku claim for GRO. Ingat company bapak ko ke suka hati nak tulis apa-apa claim pon. Kot ye pon, tipu la sikit. Takyah la terang-terang ko bagitau. Ape ke jujur (ke bodo?) sangat ko meng'claim'?

Ini manusia kat opis aku yang claim ni. Kira nak tunjuk hebat a tu, siap boleh order GRO segala. Elehhhhhhhhhhh... ape kelas GRO. GRO yangs setakat teman menyanyi je kot... Kat bawah opis ni pon berterabur kat rumah urut. Siap pandai urut tauuuuuuuuuuuu!!! GRO lelaki pon ada. Hahahahahahah.. Kot sape-sape nak dapatkan extra 'urutan' yang aku x sure tahap kehebatannya (korang g lah jengah rumah urut atas MK Fatimah ni) ahahahahah...

p/s : RM 300 berapa jam punye servis ek? Huhuhuuh

Buat sang suami

Tuesday, May 18, 2010 · 3 comments

Sedihnya. Dah lama encik hubby tak out-station, tiba-tiba kena g pulak kali ni (macam jauh sangat bunyinya). Bertambah-tambah sedih, bila tengok Damia macam tercari-cari kelibat babanye. Baba takde sayang, kita sama-sama tunggu baba balik bawak duit satu guni ok. Hihihiihi..

Selalunya, tiap pagi, aku yang akan gerak pegi keje dulu. Tak kira la aku lambat ke cepat, memang aku yang keluar dulu, sebab aku malas tutup & kunci pagar. Itu tugas encik hubby. Pemalas betul aku. Huhuuhu.. Jadi, nak tak nak, encik hubby jugak yang kena keluar last gara-gara bini yang amat rajin ni. Tapi, start semalam, aku yang kena buat semua tu. Japgi kang terkejar-kejar pulak, Damia dah start buat-buat batuk. Tu tandanya kejap lagi dia nak menangis ala-ala gedik. Saje dia suka tengok aku terkejar-kejar macam x cukup tanah je gayanya. Pastu kang dia tersengih-sengih je pulak. Saje suke ye.. Tenyeh kang. Hehehhe.. mesti baba gerun kan tinggalkan Damia ngan mama berdua je.

Bila balik dari ofis, lepas fetch Damia kat nursery, kadang-kadang encik hubby sampai rumah dulu. So, aku x payah susah-payah nak stop kereta, bukak pagar. Pagar dah ternganga luas dah, tinggal masuk & park je lagi. Huhuhuuhuh... Tapi, start semalam, kena bukak & tutup pagar sendiri. Pastu kedek-kedek masuk rumah & park Damia atas tilam dia. Paling x best bila encik hubby takde ialah, aku kena pikir pasal makan sendiri-sendiri aje. Huhuu.. Selalunya, encik hubby yang akan come out ngan idea-idea bernas untuk juadah dinner. Perggghh..kot baca memang orang budget aku bini paling malas. Hahhahahah.. Ehhhh.. x semestinya encik hubby bagi idea, dia jugak kena masak.. Pegi beli je. Hhahahaha... Xpe, kita ambik kesempatan untuk berdiet sementara ketiadaan encik hubby di rumah.

Rindu sama kamu
(camwhore gila, muka anak sipi xpe, janji muka dia penuh)

Cerita pasal dinner, malam tadi aku buat laicikang. Mengadap laicikang depan tv sambil si anak tido terkangkang, amatlah sedapnye. Hihiiiii.. Tapi..dek kerana laicikang itu, aku punya kapla banyak weng sampai ini time. Weng punye pasal, malam tadi aku x dapat nak tido, BUKAN sebab Damia, tapi sebab laicikang! Aku nampak tiang katil bergerak-gerak je malam tadi. Balik ni aku nak humban je longan tu, sakit kepala aku longan weih! (Tapi sayang la pulak sebab longan tu sedapppp.. banyak lagi pulak tu).

Tu la, masa laki ada rumah, keje aku pok-pek-pok-pek je.. Huhuhuuh.. Bila xde pon aku stil pok-pek gak lagi, tapi kat Damia la.. Dia tak paham takpe, yang penting ada yang sudi tadah telinga untuk mendengar. Hahahahh..

Encik hubby, siapkan kerja cepat-cepat. Lepas tu cepat-cepat balik okeyh. Tak tahan rasa, bukan tak tahan rindu, tapi tak tahan sebab bila membebel takde orang nak reply. Ngeheheh..

P/s : Baru dapat berita yang anak kakak aku admitted kat Seremban Medical coz ada infection kat lungs. Adik, jom kite pegi..





Yang aku suka.. yang aku tak suka

Thursday, May 13, 2010 · 0 comments

Harini macam-macam benda yang terjadik yang betul-betul bikin hati gua panas. Gua mau mencarut, tapi sebab azam bulan Mei adalah x nak memaki hamun x tentu hala, aku x jadik mencarut. Bila x dapat mencarut, dada aku sakit, hati aku sakit.. Kira ni betul-betul punya marah. Jadi harini aku nak memotivasi diri aku sendiri, aku nak list down je apa yang aku suka and apa yang aku x suka

Aku suka bila hantar dan amik Damia everyday kat nursery. Tambah lagi bila aku amik, Damia bersih dan wangi saje

Aku x suka bila, aku dah sampai kat ofis dan bersemangat mau bikin aku punya kerja, sekali aku dikunjungi mesej yang memang bikin hati PANAS. Susu Damia kat nursery dah habis! Apekehalnye ko x inform aku earlier? Apa dia ingat x penat ke aku nak ulang-alik, turun-naik tangga segala? Once is forgiven, tapi kot dah berkali-kali, betul-betul gua panas. Isk... Istighfar..

Aku suka bekerja di company yang bertemakan 1 Malaysia ni. Ye la, x salah bergaul dengan other races.

Aku x suka bila, adanya manusia-manusia yang selfish! Aku kerja, ko kerja. Sama-sama ada kerja. Bila ko mintak tolong, aku tolong. Tapi bila aku mintak tolong ko boleh buat shial plak eh. Urgent kepala hotak ko. Ko kira ko punye urgent, aku punya urgent macam mana??! Padahal bukan lama pon. Sengal betol.

K la.. cukup je 2 dulu..kang panjang berjela plak. Kang ada yang kata aku ni dok kutuk orang je, padahal diri sendiri pon x betul. Ape pedulik, it's my rights to voice out anything yang aku x puas hati in my own blog. Hahahhaha..

Tanggungjawab suami isteri

Wednesday, May 12, 2010 · 3 comments

Tanggungjawab suami
(Seksi x jejaka itu?? Ngehehehhe...)


Tanggungjawab isteri mithali
(Seksi x laptop tu?? Hahahhah)


Mampoih aku kut encik hubby a.k.a baby boy aku tau aku publish gambar gaya terlampau (memasak dengan berkain pelikat sahaja) tuh.. hahahahha.. Khusyuk betul menggoreng ikan sampaikan aku snap this pic pon dia x perasan. Tapi ini bukan kes dera ok. Sekali sekala apa salahnya tolong isteri. Diulang, sekali-sekala. Ape? Tak percaye? Kot tak caye, ce tengok kat chopping board tu, tengok kalernye.. Tu tanda aku rajin masak. Hahahhaha.. Encik hubby tak guna chopping board sebab x selalu memasak. Lagipun dia kan baby boy, maneleh masak selalu. Muahahahah..

Heaven sungguh aku berFB malam tadi. Sang suami redha untuk memasak, manakala sang bayi tidur dengan nyenyak

Agaknya malam tadi baru aku sambut mother's day kot.. Hahahahha


Rawak

Tuesday, May 11, 2010 · 4 comments


Semalam, lepas pick up Damia dari nursery, masuk-masuk rumah je, aku terus cek beg Damia. Kot-kot Damia bawak rokok g nursery. Kahkahkahkahhh.. Pale otak betol. Takla, saja la aku terus nak basuhkan botol susu, thermos bubur and masukkan baju kotor anak dara sorang tu dalam mesin basuh. Malumlah, semalam terpakasa pakai beg yang kecik sebab adik-adik nursery g letak susu kat tempat yang x pernah diletak. Aku pulak x cek. Berhari-hari, susu pon dah basi and dah tumpah. Padan la ada bau mashammm...

Cek punya cek beg anak dara tu, sekali....jumpa ini


Best gak jadi mak ni, anak x boleh makan, mak yang bedal semua

Rupa-rupanya ada birthday sape ntah la, tapi yang penting... aku suka ngan kek dalam tub tu. Shedappp wooo... Ala.. aku memang chocoholic.. pantang makanan bersalut coklat, semua jadi sedap. Hahahahaha.. Tapi tu la, lama dah x makan sweets yang kaler-kaler mcm m&m tu. Dulu-dulu dia jual bentuk nombor 8 kan? Sekang dah jadi nombor 0. Jelas ketara peredaran zaman, samalah beredarnya umur aku jugak. Dah nak menginjak 30 dah ni. Dulu-dulu punya plan, by 30's, aku set target, aku dah ada banyak reta. So,ada lagi 2 tahun lagi untuk mengubah mimpi menjadi realiti. Menuju puncak, gemilang cahaya.... Hohohooh

Misi berdiet still on.


inilah presentation dari orang yang x ambik course catering ke ape ke
pinggan + mangkuk plastik buat isi taufoo fa




walaupun nampak serabut, hasilnya amat membeRANGSANGkan

Since last Saturday, semua makanan yang aku masak bertemakan sup. Sup ayam, sup daging. Tak dimakan dengan nasik, tapi dimakan dengan bihun atau kuetiau. Hehehheh.Sedap di tekak aku, maka haruslah sedap di tekak encik hubby. Kot tak sedap, buat-buat sedap je la.

Unforgettable Mother's Day!

Monday, May 10, 2010 · 2 comments

09 Mei 2010 - Semalam hari Ibu. Kepada para Ibu masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu. X lupe my Omma n also Omma-in-law. Actually aku dah wish pon kat Omma semalam, kat Omma-in-law, encik hubby dah ucapkan. Aku kirim kat encik hubby je. Mueheheheh..

Masa aku wish kat Omma, Omma wish balik kat aku. Baru teringat aku pon sudah jadi Ibu juga. Huhuhuuh.. Ingat ke anak dara lagi. Hahahahah.. ya ampun encik hubby! X sangka cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam je bercintan-cintun, berdating, gaduh-gaduh, putus-putus. Pastu tunang-tunang. Kahwin. Beranak! Cepat betul. Damia pon dah 7 bulan. Hummm..

Oh ye, last time (entry last month) aku ada story pasal sorang akak yang begitu interested ngan Damia. Dia pon wish mother's day kat aku. Baik sungguh hati akak tu. Sokmo je ingat kat aku ngan Damia. Aku je x ingat kat dia. Wakakakkakak. Ye la, aku ni kan suka buruk sangka. Tapi semalam encik hubby sudah sound aku "Orang berbudi kita bebahasa." Hamik aku!

Semalam jugak, konon-konon nak g jalan-jalan kat JJ Bukit Tinggi. Sekali kau, dekat area Klang Parade pun sudah jammed. Jammed gila babi ok! Otak aku pun jadi jammed sebab Damia tak reti nak duduk diam, nak meniarap dalam kereta. Mujooo Damia tu kecik, kot x lebam punggung ko mama kerjakan. Hahahahah.. (nampak no kejam).

Sebab aku malas tahap gaban nak menempuh jammed (bunyi mcm aku yang drive), aku suh encik hubby pergi JJ Bukit Raja je la. Alang-alang boleh la kita mengimbau kenangan silam. Mueheheheh.. Standard la, port budak-budak UiTM Shah Alam berdating. Kalau time study dulu, for sure terserempak ngan member-member la. Rupa dah takde port lain nak dating.

Konon-konon nak g kejap je pon JJ tuh, sebab nak beli bedak dengan rashes cream untuk Damia. Kesian anak dara sorang tu, ntah apa la yang nursery tu buat agaknya sampai berbirat tengkuk anak aku tu berbirat n beruam. Tang "alu" dia pulak, naik ruam. Maybe diorang biarkan anak aku terperuk dengan pampers yang dah berat terlampau lama. Aku rasa la. Aku pun dah malas nak bebel kat nursery tu. Tapi pagi tadi time hantar Damia pergi nursery, aku dah pesan elok-elok dan penuh tatasusila mintak TOLONG dia sapukan bedak & rashes cream yang aku dah belikan tu. Ni pesan elok-elok, jangan ko main balun je bedak budak-budak lain kat anak aku tu.

Sekali kau, sampai JJ, konon nak pekena apa yang patut dulu, lalu kat depan VOIR tu, tengah ada sale POLO 'Dahaga'. Heheee.. Ramai gila orang, dan orang pon macam nak gila shopping barang-barang POLO tu. So, aku pon tak nak ketinggalan, tak dapat beli takpe, dapat menyemak dan menambahkan kesesakan pon kira ok. Memang gila murah, kasut yang aku dok usha dari CNY dulu pon less up to 40%, baju-bajan sampai 70%. Perghhhh.. nasib baik the nite before, aku sudah tengok itu "Confessions of a shopaholic", so faham-faham je lahhhh.. Jangan tambahkan hutang kad swipe tuh ye. Telan air liur je la tengok kasut idaman aku tu.

Oh ye, pasal Mother's Day, takde celebrate mana pon. Cukuplah sekadar ucapan dari encik hubby (Ceh..mithali betol aku). Then, makan-makan kat JJ je (bukan kat hotel pon), pastu encik hubby bagi coklat.

Coklat?? Coklat je ke?

Bunga takdak ke bang?

Frust!

Takpelah, bunga bukan boleh makan pon

Pujuk diri sendiri je laaaaaaaaaaa).

WTH Maxis!

Friday, May 7, 2010 · 3 comments

Aku baru je baik demam nih. Tapi tak 100% baik lagi la. Still ade rasa sengal-sengal kat anak tekak. Rasa macam anak tekak kena garu dengan garpu. Gatal amat! And hingus pon still nak menjejeh keluar especially bila aku kat tempat sejuk macam kat opis aku nih. Sejuk gila. Tak tahan weih. Dah la tempat aku betul-betul bawah air-cond. Bila aku tukar suhu air-cond ni, kang aku lesap jap, gerenti! Adaaa je orang g tukar balik suhu bagi sejuk. Nak aje aku sorok remote air-cond nih, tapi kang bos aku yang kekwat tuh sibuk plak tanya mana g remote air-cond. Macam mana la nak baik aku punya demam.

Actually aku bengang gila nih. Saja suka-suka nak marah-marah. Kalau xde benda yang nak dimarahkan dalam masa setengah hari - aku akan jadi sangat stress (Bengong betol). So, aku akan mula sibuk-sibuk nak cari pasal ngan orang. Hahahahhahhaaa...

Maxis. Aku nak membebel nih. Aku tak tau la orang lain pakai okkkkk je, apesal aku pakai x ok? Lately, bila buat call, the line akan disconnect dengan sendirinya. Samalah dengan berukbeng! Meme nate beruk! Jalur lebar hape ke benda kalo pakai 2 minit - disconnect. Gitu la hari-hari. Padahal masa trial seminggu tu..dok elok je ko punya line. Bila aku refer ke maxis jawapan dia "We are upgrading our line." Dok upgrade je la keje ko dari dulu, hasilnya sama je. Ape yang ko hapdet ntahhhhhh....

So, mulai ari ini, saya berikrar tak mau lagi pakai maxis. Padahal saya adalah pengguna maxis yang amat setia since saya belajar lagi. Tapi disebabkan kamu maxis menjadi semakin sebal dan bebal.. malah monthly bill saya pon ntah menatam apakah yang kamu caj disitu, maka saya xmau lagi pakai maxis. (Padahal maxis x kisah pon aku x guna line dia lagi..macam bagus je ko Ogy)

Ok.. stress sudah kurang. Bolehla aku makan dengan tenang. Heheheheh

Alahai Damia

Thursday, May 6, 2010 · 5 comments

Aku rasa dah terlalu banyak mengeluh. Mengeluh bukan kerana kesal dek nasib diri, tapi dek sikap sesetengah orang yang masih tak berpijak di bumi nyata. Salah sendiri tetap nak menyalahkan orang lain dan masih lagi nak berselindung dan berpura-pura. Dan aku rasa sangat penat. Macam-macam manusia zaman sekarang.

Eh intro macam gile dasat. Ngeheheh.. Hari ni aku nak buat entry bergambar.

Pasal apa?

Pasal..

tadaaaaa....!!!! (macam dasat sangat)

Nur Amani Damia Binti Mohd Kamal

Inilah anak gue..Damia. Sekarang dah pun berusia 7 bulan 2 hari. Semakin hari, semakin bermacam-macam perangai yang dah ditunjukkan. Termasuklah sangat suka menjerit time-time mama atau baba nak tido. nak kena babab sekali nih. Heheheh.. Sebab aku x pernah pon nak story pasal perKEMBANGan Damia, maka nak la cerita sekali ni. Nanti-nati 2 kali pulak. Ngehehhee..


X ingat dah berapa weeks mase nih.

Above was captured around 30 weeks, if I'm not mistaken. Punyalah susah bangatt!! Kejap-kejap tutup muka, kejap-kejap hisap jari.. After a few trial (by the gynae of course) barulah sukses! Ya.. sukses!! Hahah.. The first moment dapat dengar baby punye heart beat pon aku dah meleleh air mata, apelagi tatkala dapat melihat wajahnya. Tak tau nak explain macam mane eh. Begitu besar kekuasaan Yang Maha Esa.


Day 1 : Hosp. Sg. Buloh



Damia was born on 04th October 2009, Sunday, 3.27pm. Gambar tu memang fresh lagi. Encik hubby yang amik gambar tu after qamatkan baby. Hihihhi..Berat 2.5kg, ok for premature baby. Ini baby x sabar-sabar mau keluar oo... Baru 35 weeks sudah mahu keluar. Tapi aku dok imagine gak, alangkan 35 weeks pon sudah 2.5kg, agak-agak kot cukup bulan berapa la beratnye ye. Huhuuhuhu.. Lucky me, kot x kena la aku menge'push' dengan lebih hebat. Yang 2.5kg ni ponnnn....menggigil kepala aku dibuatnya.. Aim time meneran tu memang nak keluarkan baby cepat-cepat. Dah keluar tu, perghhhh.. kelegaan yang amat sangat walaupun badan aku memang rasa sangat lemah sebab after deliver tu aku punya blood pressure agak bahaya. Aku yang sepatutnya kena hantar ke wad tapi x jadi sebab kena tahan kat labour room untuk further monitoring by doc. Kalau x kena masuk darah, tapi doc bagi chance dulu, and after few hours baru la condition aku stabil sikit. Jam 8 baru dapat masuk wad.



Day 3 : Otw nak balik ke Kuala Kangsar


Damia was spotted jaundice tapi still below serious level. Mesti ramai yang tahu, kalo baby yg spotted jaundice, they tend untuk tidur aje.. so, otw nak balik ke Kuala Kangsar, memang dia tido je.. Jenuh aku kejutkan dia nakbagi susu.. Huhuuhuuh... Selambe derk je dia tido.. Esoknya pergi bawak check kat Klinik Kesihatan dengan bangganye aku terus kena tahan hospital sebab level jaundice Damia reached 14.7. Yang bestnya aku masuk hospital sebab Damia jaundice sampai 2 kali. ekekekkeke...




Jaundice. Kat hospital pon maintain tido je kejenya. Anak sapala ni..Hahahah




Juruhnye anok nihhh...

Ni pic time Damia berusia 3 weeks kot x silap. Ni kali ke-3 pergi check jaundice. Alhamdulillah, turun gak tahap jaundice dia. Aku pon dah glamer sangat kat wad jaundice tu. Huhuhu.. Tapi best gak, sebab nurse & adik-adik praktikal semua baik-baik. Punya baik sampaikan cara nak breastfeeding baby pon diajar. Siap tacing-tacing lagi.. Hahahahhah..



Damia asyik muntah-muntah


Ingatkan lepas kes jaundice, xdela aku kena stay kat hospital lagi. Rupanya kena jugak. Sebab lebih kurang 1 minggu lepas tu, Damia asyik muntah-muntah. Especially setiap kali lepas bf. Kesian wehh... Masuk hospital, Damia kena puasa. Bayangkan baby berpuasa! Meantime, Damia cuma dapat 'makanan' thru drip (betol ke eja gitu?). Kalau aku ingat-ingatkan balik, memang nak menangis je kerja aku. Mana taknye, admitted Rabu malam, terus start puasa until ari Jumaat. Itupon lepas jumpa specialist kat Ipoh coz the doc nak amik sample tisu Damia kat bahagian bontot. Cian anakku, kecik-kecik dah kena rasa semua tu. Kalau boleh, biarlah aku yang menaggung semua kesakitan dia. 3 hari kat hospital menyebabkan mata aku sangat bengkak sebab terlalu banyak menangis mengenangkan nasib Damia. Macam-macam yang terlintas kat fikiran aku. Oh ye, doc suspected Damia ada Hircsprung Disease, tapi x confirm lagi until diorang test that sample. Alhamdulillah, Damia free from that disease but until today aku still tak tau apa yang menyebabkan perut Damia kembung & keras macam tu. okeh, x mau ingat itu. Aku sudah mau sedih.

Ingin melompat lebih tinggi

Selingan


Itu saya punya Omma. Standard la, dalam pantang kita duduk je okeh. Xpayah buat pape. Hehehehhe... Ehhh.. jangan tak tau, orang dalam pantang ni gedik ok. Dia pon sibuk gak kadang-kadang nak buat itu ini. Huhuhuuh.. Masa ni mak aku nak buatkan pulut kuning untuk anta ke masjid sebagai tanda syukur yang Damia disahkan tak menghidapi apa-apa penyakit. Alhamdulillah...

Budak manja


Abaikan muka seorang ibu yang sememeh tu. Fokus pada baby yang tengah terpeleot tu. Tido tu... Haihhh.. masa ni dah dekat nak habis pantang so, macam-macam perangai dia tunjuk. Nak tido terpeleot gitu la, nak tido atas riba la. Tapi x lama pon. Saja nak manja-manja gitu. (Manja la sangatttttt..... )

Meeting the twins


Megat Mukhriz


Megat Mushrif


Aktiviti ujung minggu. Mengunjungi the 2-days-older brothers. Hehehhehe.. Ye la, kakak ipar aku bersalin ari Jumaat, aku bersalin Ahad. 2 days older la. Mak aku siap sound " Twin okeeehhh!!!! Sangat comel, macam anak mat saleh, hidung boleh buat hanger you! Sessi melawat macam biasa, cuma Damia maintain meneruskan aktiviti Sleeping Beauty dengan jayanya. Elok keluar dari rumah mak mertua abang aku tu, baru la dibukak matanye. Aisehhhh...


5 month

5 months old. Sudah semakin buas. Kadang-kadang kalo diangkat melonjak-lonjak. Tak nak ok!!! Eksyen betol. Kalau x dipujuk suruh tido, nak main je la kejenya. Huhuhu.. Takpe, janji sihat.
Okeyla, malas mau sambung lagi ini entry. Kang orang kata duk tayang anak je kejenye. Hehehehhe.. anyways, entry ni aku start since semalam, baru ini pagi siap. Hohohohooh....



Monday, May 3, 2010 · 2 comments

lemah dan x berdaya..

aku gagahkan jua..jari-jemari ini terus menari-nari pada huruf-huruf itu. ohhh...

rentikan la Ogy..demam buat gaya demam.. xpayah poyo nak buat entry kesian

sekian, terima kasih

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets